Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-202309

[t23i16] Bolehkah Kucing Makan Kelapa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  Apakah kucing boleh makan kelapa? Kucing boleh memakan kelapa dalam kuantiti yang kecil sebagai makanan tambahan, tetapi perlu diambil perhatian terhadap beberapa faktor: Serat: Kelapa mengandungi serat yang tinggi, dan terlalu banyak serat dalam diet kucing boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti cirit-birit atau sembelit. Oleh itu, berikan kelapa kepada kucing kita dalam jumlah yang sangat sedikit. Minyak Kelapa: Minyak kelapa adalah minyak yang diperoleh daripada kelapa dan boleh digunakan dalam pemakanan manusia. Beberapa orang memberikan sedikit minyak kelapa kepada kucing mereka sebagai tambahan kepada makanan mereka. Walau bagaimanapun, berikan dengan berhati-hati dan dalam jumlah yang sangat sedikit, kerana minyak kelapa adalah lemak yang tinggi dan berlebihan boleh menyebabkan masalah berat badan. Keracunan: Pastikan bahawa kelapa yang diberikan kepada kucing...

[t23i12] Maksud Warna Hijau dalam Logo

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ [Kandungan] Maksud Warna Hijau dalam Logo Contoh Logo Hijau dan Maksudnya Pilihan Nada Warna Hijau yang Sesuai Warna Lain yang sesuai untuk Dipadankan dengan Warna Hijau dalam Logo Penutup Maksud Warna Hijau dalam Logo Warna hijau dalam logo mempunyai banyak makna dan simbolik yang boleh digunakan untuk menyampaikan mesej atau identiti sesebuah organisasi, produk atau perkhidmatan. Makna warna hijau dalam logo biasanya dikaitkan dengan alam sekitar , kesihatan , ketenangan , pembaharuan , harapan dan pertumbuhan . Selain pada itu warna hijau pada logo melambangkan  kepercayaan , kestabilan , keselamatan dan kewibawaan . Dalam konteks logo, warna hijau boleh digunakan untuk menarik perhatian , menimbulkan emosi positif , mencipta kesan profesional atau menonjolkan nilai-nilai tertentu . Warisan budaya juga memainkan peranan penting dalam penggunaan warna hijau, sebagai cont...

[t23i30] Pasar Kraftangan & Pasar Ikan Masin Kota Kinabalu

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pasar Ikan Masin Kota Kinabalu Pasar ini bebtul-betul terletak di sebelah Pasar Kraftangan sehinggakan Tedi menyangkakan ia adalah dalam pasar yang sama tetapi apabila disemak dalam Google Map ternyata bukan. Kami beli ikan bilis, ikan masin, kuih cincing, amplang dan Kopi Tenom di sini. Pasar Ikan Masin K.K Gerai No. 16 Aziz. 011-65263634 Liza Aziz, 013-5528833 Aziz, 012-8027030 Muzib. # Saturday, 30 September 2023, 14:14 # 20230930 # Xiaomi M2101K7BG # gambar: IMG_20230930_141446 # # lokasi: https://maps.app.goo.gl/xYh8TJ31jWv6jvii8   # Aidan pada masa ini melelapkan mata, keletihan maklumlah sejak daftar keluar hotel kami menghabiskan masa berjalan-jalan di sekitar Pasar Kraftangan dan Pasar Ikan Masin ni, jarak berjalan kaki dari Hotel The Klagan boleh tahan juga, tetapi memandu kereta ke sini bukan satu pilihan buat kami kerana sukar untuk mendapatkan tempat letak k...

[t23i21] Peribahasa Mengisi

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Peribahasa yang mengandungi perkataan "mengisi". Mengisi gantang pesuk Maksud peribahasa "mengisi gantang pesuk" ialah: Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil . Gantang = alat untuk menyukat beras dan sebagainya. Pesuk bemaksud tembus atau bocor dalam konteks peribahasa ini. Mengisi perian bobos Maksud peribahasa "mengisi perian bobos" ialah: Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil . Peribahasa lain yang sama makna: Mengisi gantang pesuk . bobos = berlubang besar. perian = sejenis bekas yang daripada buluh yang digunakan untuk mengisi air. Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ~20230921~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t23i09] Nama Pasukan Bola Sepak yang Menarik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Assalamu'alaikum semua. Wow nampaknya ini adalah kiriman pertama interpretZZ pada bulan September 2023 ini menunjukkan semakin berdebu interpretZZ.com ini. Nak dikatakan ketandusan idea tu tidaklah, cuma tangan ini semakin malas menaip perkataan-perkataan yang sesuai. Tambahan pula kisah DNAA Zahid Hamidi menyibukkan diri Tedi ini yang cuba memahami proses mahkamah. Ramai pakar udang-undang kata mahkamah tidak ada pilihan melainkan terpaksa melepaskan Zahid Hamidi tapi PMX Anwar Ibrahim tiba-tiba kata janganlah kata mahkamah tidak buat keputusan, baca hujah-hujah dan keputusan mahkamah, jangan percaya kata-kata ahli politik. Nampaknya Tedi terpaksalah ikut kata pakcik Anwar Ibrahim itu, jangan percaya ahli politik, termasuklah kata-kata dia, kan? Hihihi. Berbalik kepada topik Tedi mempersembahkan kiriman kali ini seperti tajuk di bawah. Bagaimana memilih nama team bola yang me...

Popular