Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Liga Perdana Inggeris

[t16e08] Aston Villa heret Newcastle untuk tersingkir bersama mereka

Imej
Newcastle hanya mampu seri dengan Aston Villa. Nasib kita kini seperti telur di hujung tanduk, dan kita tahu kini bahawa nasib Newcastle United terletak kepada baki 1 perlawanan terakhir. Namun sebelum perlawanan menentang Tottenham itu, The Toon mungkin akan tersingkir lebih awal jika Sunderland berjaya menewaskan Evertoon dalam perlawanan di pertengahan minggu nanti. Peluang yang ada pada Newcastle hanyalah apabila Sunderland kalah dalam baki 2 perlawanan mereka manakala Newcastle menang menentang Tottenham, satu perkara yang agak mustahil memandangkan Sunderland berjaya menundukkan Chelsea 3-2 dalam perlawanan malam tadi. Harapan semakin kelam, Newcastle sudah terjebak kakinya dalam kelompok penyingkiran mengekori Norwich City yang sudah pasti akan tersingkir, dan hanya keajaiban sahaja dapat membantu kita. Penyokong Aston Villa tiada semangat kesukanan. Menyoroti perlawanan semalam Tedi kecewa dengan sikap penyokong Aston Villa yang mengganggu perlawanan dengan mencampak bel...

[t16g27] Aston Villa kelab paling dibenci

Imej
Dengan ketiadaan  Sunderland A.F.C dan Middlesbrough dalam senarai perlawanan musim depan, peminat  Newcastle United F.C telah mengundi Aston Villa sebagai kelab 'yang paling dibenci' oleh mereka dalam saingan  Championship League musim depan. Apa yang paling mengecewakan ialah The Magpies akan menghadapi musim dalam Championship League tanpa saingan dari Wearside iaitu Sunderland atau saingan dari Teesside iaitu Middlesbrough yang kedua-duanya bermain dalam Liga Perdana Inggeris (English Premier League) . Pihak ChronicleLive telah melakukan tinjauan pendapat di kalangan peminat untuk melihat siapa yang pasukan yang paling dibenci yang akan dihadapi anak buah Rafa Benitez pada musim depan - dan ia tidak mengejutkan apabila keputusan tinjauan pendapat itu mendedahkan Villans terletak dalam senarai paling atas. Kedua-dua pihak penyokong sudah terjebak dalam persengketaan sejak 2009 apabila peminat Newcastle marah dengan ejekan Aston Villa ke atas penyingkiran mereka ...

[t16d19] Newcastle United harapkan Manchester City terganggu dek Real Madrid

Imej
Pagi esok jam 2.45 pagi waktu Malaysia akan menyaksikan Newcastle United melayan Manchester City. Rafael Benitez berharap fokus Manchester City akan terganggu oleh persiapan separuh akhir Champions League menentang Real Madrid. Perkara yang sama juga menjadi impian semua penyokong Newcastle United apabila pasukan kesayangan mereka akan menentang pasukan di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris itu. Tambahan lagi Manchester City telah membelasah Chelsea 3-0 minggu lepas. City mara ke separuh akhir Champions League untuk kali pertama, melayan kunjungan Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir pertama yang akan berlangsung pada 26 April, dan Benitez mencadangkan bahawa para pemain City mungkin akan jimatkan tenaga mereka dan cuba elakkan kecederaan supaya mereka dapat bermain di pertandingan peringkat Eropah tersebut, sekaligus memberi peluang kepada Newcastle untuk menang.  “Mereka adalah pemain professional dan mereka akan cuba menang tetapi Champion League akan berle...

[t16d18] Yeay... Newcastle kalahkan Swansea 3-0

Imej
Wah, malam semalam adalah malam yang menggembirakan Master kerana kedua-dua pasukan bola sepak yang beliau sokong telah berjaya jinakkan lawan masing-masing. Pertama, Kedah FA telah tewaskan Johor Darul Takzim dengan jaringan gol 2-1 dalam perlawanan Piala FA. Bekalan tipis ini mungkin boleh membantu Helang Merah dalam perlawanan timbal balik di Stadium Larkin nanti. Kedua, pasukan Newcastle United berjaya tundukkan Swansea City 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris. Newcastle gunakan formasi 4-4-1-1 untuk kalahkan formasi 4-4-2 Swansea. Newcastle tidak asing dengan kekalahan sehingga mereka kini terperosok di tempat kedua terbawah Liga Perdana Inggeris. Perlawanan semalam adalah penting bagi Newcastle kerana jika menang, ia akan bantu mereka dekatkan jurang dengan Norwich, dalam usaha membantu mereka hindari penyingkiran dari Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan. Sebelum itu, Sunderland telah berjaya belasah Norwich, 3-0 pada perlawanan yang telah berlangsung lebih awa...

NUFC: Bakal leburkan rekod 42 tahun MU?

Imej
Manchester United mungkin akan kehilangan rekod zaman bolasepak moden England yang mereka pegang selama 42 tahun. Para penyokong muda Newcastle United mungkin tidak pernah tahu bahawa Manchester United pernah tersingkir daripada liga utama England iaitu pada 1970-an. Pada musim 1973/74 dalam Divisyen Satu (sekarang Liga Perdana), Manchester United menduduki tangga 21 daripada 22 kelab dan tersingkir bersama Norwich (tangga terakhir) dan Southampton (tangga 20). Ketika itu perbezaan mata di antara Manchester United dan Birmingham yang berada di atas sempadan penyingkiran adalah 5 mata di mana pada masa itu hanya 2 mata diberikan untuk setiap kemenangan. Pada musim 1973/74 tersebut, Newcastle United berada di tangga ke-15, ketika Leeds United menjuarai liga dengan perbezaan 5 mata di hadapan Liverpool. Derby county dan Ipswich pula mengisi 4 tempat teratas, ini bermakna 3 daripada 4 pasukan yang berada dalam kelompok yang kini digelar slot ‘Liga Juara-juara’ kini hanya...

Formasi 4-3-3 Taruhan Toon Army untuk Tewaskan Formasi 3-5-2 The Saint?

Imej
Nampaknya Newcastle United masih dalam dilema kerana masih di dasar Liga Perdana Inggeris. Malam ini Newcastle akan berkunjung ke Southampton, sepak mula pada jam 10:00 malam waktu Malaysia. Adakah Formasi 4-3-3 Boleh Menewaskan Soton? Pertemuan ini memang penting bagi Newcastle untuk mendapatkan mata mendekatkan jurang yang telah dibina Norwich. Setakat ini formasi 4-5-1 dan 4-4-1-1 tampak tidak berkesan. Masalah pertahanan amat membebankan Newcastle manakala penjaga gol Karl Darlow yang menggantikan Robbie Elliot pula baru ada 2 pengalaman bermain dalam Liga Perdana. Nampak gaya The Mag mencadangkan sesuatu yang revolusi untuk perlawanan kali ini iaitu, jangan harapkan pertahanan yang sering bocor, tapi sandarkan kepada semua penjaring gol Newcastle.     Barisan Penyerang 3 Serangkai Dalam barisan penyerang, Townsend, Mitrovic dan Perez disenaraikan. Mitrovic telah sumbat 8 gol, di mana 3 gol disumbat dalam 2 perlawanan terakhir. Perez pula setakat ini menyumba...

Lapan Pemain Rafa Benitez Boleh Pertimbangkan Lawan Swansea

Imej
Skuad Newcastle United kelihatan seperti tinggal tulang namun Benitez sebenarnya miliki banyak pilihan untuk perlawanan Sabtu ini. Rafa Benitez kata dia dah sedia asah kapak untuk pertemuan seterusnya di antara Newcastle dan Swansea pada Sabtu ini di St James’ Park. Dia pun mengaku yang dia berasa marah yang amat, tidak pernah dia semarah itu sejak bertugas di Newcastle, ketika perlawanan menentang Soton, Sabtu lalu. Dia ketika itu terpaksa menamatkan permainan dengan menggunakan 2 pemain tengah untuk mengisi pertahanan tepi dan 2 pemain pertahanan tengah yang kurang berpengalaman. Bahagian tengah pula menyaksikan mereka kurang bersaing dan cuma menyerang apabila sudha terlewat. Aleksandar Mitrovic , Ayoze Perez , dan Papiss Cisse tidak menerima sebarang hantaran yang bagus sepanjang 90-minit permainan. Ini adalah perubahan yang dicadangkan oleh peminat Newcastle untuk perlawanan Sabtu ini. Fabricio Coloccini Colo adalah pemain tengah yang diharapkan dapat menggantika...

Newcastle pinjam penyerang Leicester dan penjaga gol Sparta Prague

Imej
Newcastle telah meminjam penyerang Islam Slimani dari Leicester dan penjaga gold Martin Dubravka dari Sparta Prague sehingga hujung musim 2017/2018. Slimani, 29, sertai Leicester pada Ogos 2016 dengan rekod perpindahan £29 juta tetapi dia hanya bermain 2 perlawanan Premier League musim ini. Manakala Dubravka, juga 29 tahun, telah membuat 11 penampilan untuk Sparta Prague. "Slimani adalah seorang pemain dengan pengalaman bermain di Premier League," kata bos Newcastle United, Rafael Benitez. "Dia adalah pemain yang boleh mencabar pemain pertahanan dan menjaringkan gol. Diharapkan dia akan menambah pengalaman dan karakter berbeza pada barisan penyerang yang kita ada sekarang." "Dubravka adalah seorang penjaga gol berpengalaman. Dia perlu sesuaikan diri dengan segera memandangkan dia datang dari luar negeri, tetapi dia sangat lincah dan ada kemahiran dengan kakinya." "Dia akan meningkatkan persaingan di kalangan penjaga gol, sesuatu yang Kita nant...

[t16e07] Siaran Langsung EPL di HyppTV

Imej
Entah siapalah yang prepare laman web HyppTV tu, langsung tak boleh membantu. Adakah patut boleh nampak rancangan sampai petang hari saja? Tak tahulah mungkin sebab komputer riba Tedi ni dah uzur sebab tu jadi macam tu. Tapi pengalaman sama juga dilalui bila guna telefon pintar, tak mesra pengguna juga. Malaslah nak komen banyak-banyak. Nasib baiklah malam nanti ada siaran langsung 4 kelab terbawah Liga Perdana Inggeris yang bergelut dengan penyingkiran, ada harapan tonton kemenangan Newcastle malam ni. Norwich City lawan Manchester United, jam 7.45 malam, saluran HyppTV 708 Manchester United wajib menang ke atas Norwich, dan Tedi rasa mereka pasti bersemangat sebab mereka nak slot Champion League tahun depan. Aston Villa lawan Newcastle United, jam 9.55 malam, saluran HyppTV 709 Newcastle wajib menang ke atas Aston Villa walaupun dengan rekod di tempat lawan yang tidak memberangsangkan. Aston Villa mungkin akan diejek peminat mereka sendiri pada malam ini. Semua faktor lai...

Kami takkan kalah!

Imej
Maafkan jika tulisan ini menyakitkan mata... Tapi cikgu Tedi kata kalau mahukan mata yang cerah kenalah pandang benda yang hijau... Semalam kami bergerak pulang dari Sungai Besar ke Sepang menggunakan jalan yang kami tak pernah lalui hasil panduan daripada aplikasi Waze. Master sengaja menggunakan aplikasi tersebut semasa dalam perjalanan pulang manalah tahu jika ada jalan pintas atau ada apa-apa info penting yang boleh menyekat perjalanan kami. Tetapi, semalam bukannya kami dibawa melalui jalan pintas, sebaliknya kami dibawa melalui jalan yang orang lain mungkin tak mahu lalu. Ironinya di sepanjang perjalanan ini kami dapat melihat sawah padi saujana mata memandang, beburung beterbangan di kawasan sawah, sungai yang luas dan panjang di tepi jalan, dan deretan anak muda bertenggek atas motosikal di tepi-tepi jalan. Dalam masa 3 jam lebih kami sampai di rumah. Siaran langsung Newcastle vs Sunderland di saluran HyppTV 708 Kami sampai lewat sedikit daripada jangkaan, sepatunya k...

Rafael Benitez kalah dalam perlawanan menentang Leicester City, namun...

Imej
Adakah ini tanda kebangkitan, atau cuma kesan sementara?   Yes ... akhirnya Newcastle United mula menunjukkan perubahan, dari segi pertahanan yang semakin padat, dan juga beberapa percubaan yang nyaris memberikan kemenangan. Benar, The Magpies kalah dalam perlawanan menentang Leicester tempoh hari, namun perubahan yang ketara dapat dilihat. Perlu diingat jua bahawa pasukan yang bermain pada pagi Selasa lalu kebanyakannya dibarisi pemain bukan utama kerana masalah kecederaan yang membelenggu para pemain. Cuma apa yang Tedi harapkan adalah corak perubahan yang diperlihatkan akan dapat dikekalkan, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam . Rafael Benitez tetap positif dengan pasukannya walaupun kalah kepada Leicester City. Dia gembira dengan persembahan, komitmen, dan kerajinan yang ditunjukkan para pemain Benitez akan mencari perkara-perkara kecil yang perlu diperbaiki yang boleh memberi perubahan dan membantu kita menang. Dia gembira apabila The Magpies menyerang dan m...

Popular