Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kanak-kanak

[t13l31] Dinding inspirasi

Imej
Dinding putih bersih suci tidak menjana pemikiran kreatif kanak-kanak. Itulah pesan seorang pakcik. Dia menerima pesanan itu daripada seorang kawannya yang baru pulang dari luar negara. Kawannya itu adalah ahli psikologi. Ceritanya bermula apabila si kawannya itu melawat pakcik tersebut di rumahnya. "Bersih dinding rumah kau ni" "Ha'ah, tapi susah juga nak jaga, budak-budak tengah lasak, sibuk nak conteng sana-sini." "Baguslah macam tu, kau biarkan je mereka conteng. Dinding yang putih bersih macam ni, tak bagus untuk pemikiran kreatif mereka." Berkat nasihat kawannya itu, pakcik itu mencanangkan idea yang sama ke mana-mana sahaja dia pergi. Terbaru, dia melancarkan aktiviti menconteng white   board di syarikatnya. Menjadi adat ibu bapa atau penjaga melarang kanak-kanak menconteng dinding rumah tatkala kanak-kanak berada pada zaman "kegemilangan" mereka dalam mengenal alam. Kini mungkin mereka boleh fikirkan ...

[t16e10] Hadiah buat ibu dan kakak tersayang

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Sedih Tedi baca warkah kali ini, tentang seorang budak yang mungkin tidak mengerti apa-apa mahu membeli hadiah untuk kakaknya, dan seorang makcik yang mungkin mendapat pengajaran daripada pengalamannya bersama budak lelaki itu. Daripada kisah ini Tedi dapat hayati konsep rezeki, di mana Allah akan berikan rezeki atau bantuan kepada seseorang melalui apa sahaja cara atau melalui siapa sahaja sama ada kita sedar atau tidak. Lebih bahagia jika kita yang dipilih Allah untuk menjadi medium sampaikan rezeki kepada orang lain. Jadi jangan kedekut kerana apa sahaja yang kita kongsi itu ternyata lebih terasa manisnya. Telah beberapa kali Tedi baca kisah ini dan Tedi tidak pernah bosan membacanya. Terima kasih kepada mereka yang berkongsi surat ini.   Bertemu seorang budak lelaki di pasaraya Aku sedang berjalan berhampiran sebuah pasaraya, apabila ku lihat seorang juruwang memulangkan s...

Kanak-kanak berkerusi roda dilarang masuk muzium, takut permaidani kotor.

Imej
Kerusi roda penghidap kernicterus didakwa akan mengotorkan permaidani.   Sebelum ini kisah seorang budak sekolah berkerusi roda yang dianaktirikan menarik perhatian Tedi, kini seorang budak perempuan yang menghidap neurological disorder pula menjadi mangsa.   Lexi Haas , 11 tahun yang dibawa ibu bapanya berjalan-jalan di Ships of the Sea Museum di Savannah, dihalang daripada masuk ke dalam muzium.    Ok lagilah kalau halangan itu ada alasan yang logik, namun kakitangan yang berkenaan memberi alasan, kerusi rodanya akan mengotorkan permaidani muzium!   Pihak muzium telah meminta maaf dan menunjukkan perasaan terkejut dengan sikap kakitangan tersebut.   Kakitangan itu telah dipecat.   Baca dan tonton video berkaitan di, " Museum issues apology after disable girl denied access. "   20130713  

How to think, not what to think!

Imej
Children need to be taught how to think, not what to think! Kanak-kanak sepatutnya diajar BAGAIMANA untuk berfikir, bukan APA untuk difikirkan! Mendidik anak bukannya mudah terutama yang masih kanak-kanak dan sibuk meligat. Kita mungkin selalu lupa bahawa kanak-kanak itu baru nak memahami dunia. Mendidik anak untuk tahu bagaimana untuk berfikirr mungkin lebih mencabar dengan memberi mereja ujian berbanding hanya menyuap apa yang kita mahu mereka tahu, 5 jun 2012

Popular