Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel _keratan_akhbar_

[t13g31] Rumah angkat pertama UMK

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ, وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: Rumah Angkat Pertama UMK Tanggungjawab Sosial & Kasih Sayang Perancangan Program Berterusan KOTA BHARU, 30 Julai 2013 - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membuktikan keprihatinannya dalam membela nasib warga emas di negeri ini dengan menjadikan Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin di sini sebagai rumah angkat pertama universiti itu. Rumah Seri Kenangan yang merupakan pusat jagaan harian warga emas ketika ini menempatkan seramai 129 penghuni. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose dalam satu majlis berbuka puasa bertemakan ' Yang Tua Disayangi, Yang Muda Dilindungi ' yang turut dihadiri oleh Penguasa Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Wira Mahmood , di sini baru-baru ini. Menurut Raduan, pemilihan rumah jagaan tersebut sebagai rumah angkat UMK bertujuan memenuhi tanggungjawab sosial universiti kepada masyarakat, sela...

[t15h03] Hargai Perpaduan Dalam Pelbagai Kaum

Imej
gambar keratan akhbar bertajuk "Hargai perpaduan dalam pelbagai kaum" REMBAU, 3 Ogos 2015 – Rakyat negara ini perlu menghargai perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang sedang dinikmati sekaligus menjadikannya sebagai asas pembinaan negara bangsa bagi kelangsungan ge­nerasi akan datang. Menteri Besar, Datuk Seri  Mohamad Hasan berkata, perpaduan tersebut perlu dihargai menerusi sambutan hari-hari kebesaran agama yang disambut dengan meriah dalam suasana harmoni.

[t12e28] Perpaduan kaum elak tragedi

Imej
(14)NASIONAL, Isnin 28 Mei 2012, BERITA HARIAN keratan akhbar bertajuk "Perpaduan kaum elak tragedi" Raja Perlis minta rakyat tidak termakan hasutan boleh gugat keharmonian Oleh Shamsul Munir Safini bhnews@bharian.com.my KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail meminta rakyat menjadikan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama sebagai nadi kemakmuran negara bagi mengelak berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 . Titah baginda, rakyat seharusnya tidak termakan hasutan segelintir golongan cuba memecahbelahkan perpaduan serta keharmonian negara dengan menyebarkan hasutan bagi sesetengah kes kecil, dengan harapan masyarakat bergaduh dan berbalah sesama sendiri. Baginda bertitah, rakyat di negara ini perlu menjadikan panduan peristiwa di negara luar apabila rakyat sebangsa dan seagama bergaduh sesama sendiri hingga menyebabkan kehancuran dan penderitaan. Tanpa perpaduan, negara terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan yang bol...

Kursus perkasa pemandu pelancong masjid

Imej
  Kursus Pelancongan Siri 1/2012  Anjuran: Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber, Masjid Negara dan Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)   Tempat:   Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Peserta:  45 orang petugas dan sukarelawan yang bertugas sebagai pemandu pelancong di jabatan kerajaan atau agensi pelancongan. Fokus: Khidmat pelanggan dan kemahiran berkomunikasi Objektif: Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta dalam merancang dan menguruskan tugasan sebagai pemandu pelancong. Modul: Ceramah, kemahiran komunikasi, komunikasi berkesan, kemahiran mendengar, dan latihan mengendalikan pelancong dan pelawat yang melawat ke masjid. Kandungan keratan akhbar: Kursus perkasa pemandu pelancong masjid BAGI memberi pendedahan dan informasi terkini mengenai bidang tugas sebagai pemandu pelancong masjid, Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber, Masjid Negara dan Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) tel...

Popular