Badminton: Syarat Ketat Galas Cabaran Negara
Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI pada 16/04/2015 ( ikhsan.azmi@kosmo.com.my ) KONSISTENSI akan menjadi kriteria utama pada sesi pemilihan pemain badminton untuk beraksi pada dua pertandingan utama tahun ini iaitu Piala Sudirman di China dan temasya Sukan SEA 2015 di Singapura pada Mei dan Jun depan. Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) , Morten Frost Hansen berkata, sesi pemilihan pemain yang dilakukan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam dan hari ini merupakan sebahagian daripada proses untuk mencari pemain-pemain yang terbaik. Jelasnya, antara kriteria lain yang akan turut menjadi perkara utama dalam proses pemilihan itu ialah konsistensi, prestasi semasa pada kejohanan-kejohanan yang disertai serta tahap kecergasan sebelum para pemain diberikan tanggungjawab untuk membawa cabaran negara. “Saya tidak boleh menjanjikan jika pemain ini menang semua perlawanan dan dia akan terpilih kerana ia sebahagian daripada proses. Kami akan lihat ju...