Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2)

Jemput Tok Mak dan Tok Ayah dari Bandung | 20160511

Imej
Malam ini kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) untuk sambut ketibaan Tok Mak dan Tok Ayah dari Bandung. Kapal terbang tiba jam 9 malam, dan lebih 30 minit kami menunggu di Balai Ketibaan almaklumlah bahawa kedudukan dari parking kapal terbang tu ke pintu Balai Ketibaan memang jauh. Keterangan  Bayi lelaki bernama Irfan ini kelihatan comel dan tenang, sedang duduk di tempat duduk khas bayi yang dipasang pada sebuah troli bagasi. Mereka berada di luar kawasan yang ditandakan oleh papan tanda besar BALAI KETIBAAN ANTARABANGSA (atau International Arrival Hall). Irfan sedang menunggu kedatangan Tokki dan Tok Irfan yang dijangka keluar dari pintu balai ketibaan itu tidak lama lagi. Melalui cermin dan pintu kaca di belakang Irfan, beberapa kaunter TOURISM MALAYSIA dan pergerakan penumpang yang baru tiba dapat dilihat. Irfan mungkin tidak sabar untuk bertemu datuk dan neneknya, sementara troli di bawahnya, dengan tulisan yang bermula UNTUK KEGUNAAN..., bersedia unt...

Kiosk reload dan jual kad Touch 'n Go di KLIA2

Imej
  05:32 pagi, KLIA2. Kami baru sahaja menghantar Tok Mak dan Tok Ayah menaiki kapal terbang untuk bercuti di Bandung. Tibalah masanya untuk ambil kereta di tingkat CP7 tempat letak kereta B. Sebelum itu kami perlulah membayar tiket dahulu di CP4 atau lobi tempat letak kereta. Di situ Tedi melihat ada satu mesin untuk tambah nilai ( reload ) kad Touch 'n Go yang Master kata namanya ialah Self-service Kiosk atau Kios Layan Diri Touch 'n Go . Apa yang Tedi sempat baca pada mesin itu ialah tambah nilai ( reload ) kad TnG adalah percuma , dan kita boleh juga membeli kad baru Touch 'n Go melalui mesin itu. Jadi kepada kawan-kawan di sekitar kawasan Sepang yang mahu mencari tempat jual kad touch n go tidak perlulah bersusah-payah lagi kerana anda boleh mendapatkannya di Kiosk Layan Diri Touch 'n Go di KLIA2.   Kiriman lain yang berkaitan dengan kad Touch 'n Go: Tukar kad Touch 'n Go (TnG) tamat tempoh Tambah nilai (reload) kad Touch 'n Go (TnG) di ERL KLIA2 Loron...

Kadar Teksi KLIA2 ke Bandar Baru Salak Tinggi

Imej
Alhamdulillah kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dari Pulau Langkawi di Kedah Darul Aman di Malaysia menggunakan penerbangan AirAsia AK6315. Pesawat AirAsia AK6315 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) pada jam 8:20 malam. Setibanya di KLIA2 perkara pertama yang kami risaukan sebaik sahaja keluar dari Balai Ketibaan adalah bagaimana untuk pulang ke kediaman kami di Bandar Baru Salak Tinggi. Mummy menyemak kadar GRAB untuk ke Bandar Baru Salak Tinggi, kosnya ialah RM 45 (empat puluh lima ringgit Malaysia sahaja) untuk perjalanan sejauh 20 kilometer sahaja. Kami memutuskan untuk menggunakan khidmat teksi bermeter di KLIA2 untuk pulang ke rumah. Perkara pertama yang menjadi tanda tanya ialah berapakah kadar teksi bermeter KLIA2? Kadar Teksi KLIA2 Bermeter Teksi Bajet KLIA2 Tambang Teksi KLIA2 bermeter ke Bandar Baru Salak Tinggi Tambang teksi KLIA2 bermeter lebih murah berbanding GRAB Kenapa takut naik teksi bermeter...

[t22a30] Terbang balik Kota Bharu dengan AirAsia melalui KLIA2

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Setelah sekian lama tidak menaiki kapal terbang kerana wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, akhirnya kami menaiki kapal terbang AirAsia untuk pulang bercuti di Kelantan sempena cuti Tahun Baru Cina 2022. Kandungan Menaiki ERL dari Salak Tinggi ke KLIA2 ,  E-boarding tak boleh guna di KLIA2 ,  Beg diukur dan ditimbang di KLIA2 ,  Pengalaman pertama Aidan menaiki kapal terbang ,  Beg muntah sudah tidak disediakan ,  Senarai harga tambang teksi dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu   Menaiki ERL dari Salak Tinggi ke KLIA2 Kami seperti kebiasaan ketika menaiki kapal terbang, sekali lagi meletakkan kereta di Stesen ERL Salak Tinggi sebelum menaiki ERL ke Stesen ERL KLIA2. Jaraknya dekat sahaja iaitu cuma 2 stesen. ERL akan berhenti di Stesen ERL KLIA dan kemudian Stesen ERL KLIA2. Jadi jangan terburu-buru keluar, sila pastikan n...

Aina tunggu kapal terbang penerbangan AK6312 ke Pulau Langkawi

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ # Peristiwa: Aina sedang menunggu untuk berlepas ke Pulau Langkawi di Balai Berlepas J20 menaiki kapal terbang AirAsia AK6312 yang dijangka berlepas pada jam 07:05 pagi dan tiba di Pulau Langkawi pada jam 08:20 pagi. Aina sibuk nak tengok kapal terbang AirAsia yang berhenti di tepi balai berlepas dan menangis setiap kali tak nampak kapal terbang AirAsia di jendela setiap balai berlepas yang kami lewati. # Gambar: kapal terbang AirAsia, lapangan terbang, suasana pagi. # Bila: 2019-01-31 jam 06:44 pagi hari Khamis # Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang di Selangor di Malaysia. # Kamera: telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A. ~20190131~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Ada mall tak di KLIA2?

Itulah bunyi soalan seorang pakcik kepada Master pada beberapa tahun dahulu. Baru sekarang Tedi terdetik untuk menyambung ulasan Tedi. "Tiada. Ada pun kedai-kedai macam lapangan terbang biasa sahaja." - jawab Master dengan yakinnya. Namun ternyata jawapan Master itu tidak berapa tepat bagi diri Tedi. Ini adalah bersandarkan kepada fakta bahawa KLIA2 telah direkabentuk kepada 2 bahagian iaitu bahagian  mall dan bahagian lapangan terbang. Ia dibina dengan idea untuk menjadikan KLIA2 sebagai hub membeli-belah selain berfungsi sebagai lapangan terbang. Mall bermaksud satu kawasan membeli-belah yang besar yang tertutup (mungkin dalam satu bangunan) dan tidak ada lalu-lintas kenderaan di dalamnya . Ini bermakna jika kawan-kawan tidak mahu menaiki kapal terbang, sebaliknya hanya mahu membeli-belah, anda masih boleh singgah ke sana. Berkenaan harga barangan di sana tiada pula Tedi semak dan periksa. Kebanyakan kedai di sana adalah kedai pakaian dan perhiasan, tetapi masih a...

Popular