Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Perang Dunia Ke-2

Kereta Kebal Paling Teruk Semasa Perang Dunia Ke-2

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ, وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: King Tiger (Jerman) Tančík vzor 1933 (Czech) Type 95 Ha-Go (Jepun) Situasi Malaysia Perang Dunia Ke-2 mengambil masa 6 tahun untuk ditamatkan. Tempoh perang yang panjang itu menyaksikan lahirnya idea-idea kereta kebal yang ganas, namun tidak kurang juga yang sangat teruk rekaannya. 1. Kereta Kebal King Tiger / Tiger II Masalah Utama: Terlalu berat dan kompleks sehingga menjejaskan mobiliti. Kereta kebal ini adalah percubaan Jerman untuk menghasilkan perisai paling kebal, namun ia gagal berfungsi dengan baik kerana: Enjin Lemah: Tidak mampu menampung berat perisai yang melampau. Kerosakan Mekanikal: Sering alami kebocoran minyak dan patah drive shaft . Roda Terkunci: Rekabentuk roda bersilang menyebabkan ia lumpuh jika satu roda rosak. Akhirnya, banyak Tiger II hanya dijadikan bunker statik dan mudah dimusnahkan oleh serangan udara pihak Bersekutu. 2. Kereta Kebal Tančík...

Dinosaur bermuncung buaya, berkaki itik diperkenalkan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: Paradigma baru Diet Pertarungan: Spinosaurus vs T-Rex Filem Rujukan Pemangsa setinggi 50 kaki ini adalah satu-satunya dinosaur yang banyak menghabiskan masanya di dalam air. Raksasa yang dinamakan Spinosaurus aegyptiacus itu telah lama diketahui saintis melalui penemuan fosil beberapa lama dahulu, cuma kebanyakan tulang-tulangnya musnah di Jerman semasa Perang Dunia ke-2 . Sekarang, selepas 70 tahun, rangka baru ditemui di Maghribi yang memberitahu dinosaur ini adalah lebih akuatik daripada apa yang disangkakan. Spinosaurus mempunyai leher yang jinjang , tangan depan bercakar dan kuat , rahang yang kuat dan tulang padat seperti Penguin . Dia berenang di dalam air dengan kaki rata yang mungkin berselaput , seperti yang ditunjukkan dalam kajian oleh Journal Science yang baru diterbitkan. Konsep lama Spinosaurus, ketika ia disangkakan hidup di daratan. Raksasa ini juga ...

[t16f24] Adakah Kereta Kebal Rusia Tidak Bagus Berbanding Kereta Kebal Jerman atau Tentera Bersekutu?

Imej
Ini adalah bacaan sejarah dan tidak menunjukkan sokongan Tedi kepada mana-mana pihak. Soviets telah cuba sedaya upaya untuk menjauhkan tentera Jerman dari Moscow. Stalin terpaksa memindahkan angkatan tentera dari Timur Jauh dan juga Leningrad untuk kukuhkan pertahanan. Pada masa yang sama juga Soviet berjuang habis-habisan untuk menamatkan kepungan musuh ke atas Leningrad. Pada hujung kepungan selama 900 hari itu, sejuta orang awam kehilangan nyawa mereka. Soviet juga hampir hilang Stalingrad keseluruhannya kepada Jerman, di mana pada masa itu Jerman telah menawan 90% kota yang telah musnah itu. Dalam keadaan yang kritikal seperti itu, mereka terpaksa menggunakan semua tentera dan mesin yang ada. Tentera mereka selalunya tidak terlatih, dan jentera mereka selalu bermasalah. Keadaan ini memberikan jawapan kepada persoalan di atas - ya, kereta kebal Soviet lemah pada masa itu. Bagaimana jika dibandingkan dengan kereta kebal Jerman? Soalan ini susah untuk dijawab. Kereta kebal Jerman...

Bagaimana Amerika Syarikat siapkan kapal perang dalam masa sehari pada Perang Dunia Ke-2

Imej
Tiada siapa yang boleh membina sebuah  kapal dalam tempoh satu hari. Itu adalah salah faham yang disebabkan oleh cara kenyataan itu diungkapkan. Kapal A mungkin mengambil masa dua bulan untuk dibina, tetapi apabila barisan  pengeluaran bersedia dan berjalan, mereka menghasilkan kapal pada kadar satu hari. Jika anda masih tidak faham, kita cuba  contoh ini: Katakan mereka sedang membina 60 buah kapal dan mereka mengambil masa 60 hari untuk menyiapkan sebuah kapal. Mereka akan mula membina kapal pertama pada hari pertama dan yang kedua pada hari kedua dan seterusnya. Pada akhir enam puluh hari mereka telah membina kapal pertama mereka dan keesokan harinya yang kedua selesai dan pada hari ketiga yang ketiga selesai. Jadi kapal-kapal yang dibina sedia pada kadar satu hari, tetapi mereka tidak dibina dalam sehari. Jawapan oleh Craig Weeler. 20160722

Kenapa Jepun serang Pearl Harbor

Imej
Ramai yang tahu bahawa Jepun pernah serang Pearl Harbor, satu perlabuhan tentera Amerika Syarikat di Hawaii. Serangan ini terkenal kerana Jepun berjaya serang Pearl Harbor secara mengejut dan menerima hanya sedikit tentangan. Tapi Tedi kurang arif mengapa Jepun perlu serang Pearl Harbour? Kenapa Jepun mahu serang perlabuhan Pearl Harbor tersebut? Serangan Jepun ke atas Pearl Harbor adalah kerana beberapa sebab. Menghancurkan armada laut Amerika di Pasifik (Pacific Fleet) Jepun mahu memusnahkan aset penting armada perang Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Pacific Fleet sebagai langkah mengelakkan Amerika Syarikat daripada masuk campur atau menghalang Jepun menjajah Belanda India Timur dan juga Tanah Melayu. Selain itu kemusnahan kepada Pacific Fleet akan membolehkan Jepun menjajah Asia Tenggara dengan mudah Ketika itu, Jepun mahu meluaskan tanah jajahannya kerana mereka kekurangan sumber untuk menyokong pertumbuhan industri mereka. Memberi masa kepada Jepun menguatkan armad...

Kelly La Rue: Apakah Kesan Tembakan Peluru Kapal Perang ke atas Kereta Kebal

Imej
Peluru bersaiz 16" akan mewujudkan kawah 50 kaki lebar dan 20 kaki dalam di mana jarak tembakan adalah tidak relevan. Sebagai contoh peluru MK. 8 APC (Armor-Piercing, Capped) mempunyai berat 2700 lb dan telah direka untuk menembusi perisai keluli keras yang dipasang pada kapal perang asing.

Popular