[T21G10] Aiskrim Malaysia Bubur Kacang Versi Mummy
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Semalam Mummy buat bubur kacang durian. Banyak juga yang Mummy buat sehinggakan banyak yang berbaki. Memandangkan masih ada banyak baki bubur kacang durian tersebut, Mummy mengambil keputusan untuk menjadikannya aiskrim Malaysia. Kolaj gambar Aidan dan Aina makan aiksrim Malaysia berperisa bubur kacang durian yang dibuat Mummy semalam. # Saturday, 10 July 2021, 18:31 # 20210710 # IMG20210710183107-COLLAGE.jpg # OPPO Reno 2 # Mula-mula sahaja Aina dan Aidan bersemangat makan aiskrim bubur kacang tersebut, akhirnya Master yang terpaksa habiskan bagi pihak mereka. Mungkin kerana aiskrim Malaysia ini keras tidak seperti aiskrim yang biasa mereka makan. Pengalaman Master dengan Aiskrim Malaysia Tak tahulah jika kawan-kawan ada pengalaman bertemu dengan aiskrim Malaysia ini? Aiskrim Malaysia ini kalau ikut pengalaman Tedi adalah aiskrim buatan sendiri menggunakan satu plastik khusus ya...