Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hari Raya Aidilfitri

[t22e02] Balik Kelantan pada hari raya pertama dari Negeri Sembilan

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Berhenti sebentar di SHELL Perasing R&R, LPT, 24000 Kemaman, Terengganu pada jam 4:29 petang untuk beli minuman dan kudapan sebelum meneruskan perjalanan dari Serting ke Wakaf Bharu pada hari raya pertama 2022. # Monday, 2 May 2022, 16:29 # IMG_20220502_162901 # Xiaomi M2101K7BG # https://goo.gl/maps/LrcLMbBavxGJwNDD9  # Pada jam 6:12 petang kami mula menghampiri Plaza Tol Kuala Terengganu. Berlaku sedikit kesesakan di sini sehingga kami beratur di lorong kiri, tetapi apabila Master beralih ke lorong kanan jalan sebenarnya lengang tiada kenderaan. Mungkin semua menyangkakan bahawa lorong kanan itu adalah lorong SmartTag sahaja seperti mana yang disangkakan Master pada awalnya. Tetapi sebenarnya ada 3 pondok tol di mana 2 pondok tol di kiri adalah menggunakan kad Touch 'n Go manakala pondok tol paling kanan adalah lorong SmartTag. Entah kenapa ramai pemandu beratur di pondo...

[t22e28] Beraya di Rawang, Pantai Permai dan Bangsar

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Hari ini jauh juga kami beraya. Kami ke  Rawang - rumah kawan sepejabat Mummy Pantai Permai - rumah pengasuh Aina dan Aidan. Bangsar - rumah sepupu Mummy Decathlon Jalan Klang Lama - beli-belah sempena berkelah ke Sunway Water Theme Park esok. Aidan bersiap untuk keluar beraya. # Saturday, 28 May 2022, 11:40 # OPPO Reno2 # IMG20220528114027 # Rumah BBST # Aidan dan Aina sedang menikmati hidangan rumah terbuka kawan Mummy di M Aruna Rawang # Saturday, 28 May 2022, 14:00 # Xiaomi M2003J15SC # IMG_20220528_140016 # https://goo.gl/maps/tyjoduVtZsMMo1XT9  # Berhenti sebentar di Hentian Sungai Buloh arah Selatan untuk tunaikan solat jamak taqdim qasar Zuhur dan Asar ketika dalam perjalanan dari Rawang ke Pantai Permai. # Saturday, 28 May 2022, 16:10 # 20220528 # Xiaomi M2101K7BG # https://goo.gl/maps/XRRsA5cmWd7bS7du5  # Aidan sedang makan dan minum d...

[t22e03] Raya ke-2 di Wakaf Bharu, Desa Rahmat, dan Kampung Kedemit

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Beraya di Desa Rahmat Singgah beraya di rumah sepupu Mummy di Desa Rahmat. Sepupu Mummy ni memang rajin buat rumah terbuka dan rumahnya adalah destinasi wajib beraya setiap Hari Raya. # Tuesday, 3 May 2022, 13:12 # IMG20220503131224 # OPPO Reno2 # Beraya di Kampung Kedemit Aina, Aidan & anak tuan rumah makan aiskrim Malaysia ketika Mummy beraya di rumah kawan beliau di Kampung Kedemit. Aina dan Aidan seperti orang mengantuk disorongkan bantal apabila terus tanpa segan silu menerima pelawaan makan aiskrim Malaysia daripada tuan rumah. # Tuesday, 3 May 2022, 15:28 # IMG_20220503_152805 # kamera telefon pintar Xiaomi M2101K7BG # Lorong Kedemit # Aina dan Aidan bergambar bersama-sama anak-anak tuan rumah sebelum berangkat pulang. # Tuesday, 3 May 2022, 15:48 # 20220503 # IMG20220503154847 # OPPO Reno2 # Lorong Kedemit #   ~20220503~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat ik...

[t16g10] Dari Wakaf Bharu Kelantan ke Felda Sungai Lui Negeri Sembilan, 17 jam

Imej
17 jam perjalanan dalam kesesakan rakyat pulang ke kota Alhamdulillah, jam 12:00 tadi rombongan Tok Ayah dan Pak Ngah Shah selamat tiba di Felda Sungai Lui di Negeri Sembilan setelah menempuh perjalanan selama 17 jam dari Kampung Delima di Wakaf Bharu. Mereka menggunakan laluan Tendong - Mulong - Machang - Kuala Krai - Kuala Lipis - Simpang Pelangai - Kemayan - Felda Sungai Lui . Perjalanan bermula pada jam 5.00 petang Sabtu (20160709) sebelum mereka tersangkut di Machang selama 3 jam . Pada jam 11.00 malam mereka baru sampai ke Kuala Krai tapi kemudian mereka sangkut pula di Kuala Krai selama 8 jam . Pada jam 4.30 pagi Ahad baru mereka sampai di Gua Musang . Kawan Mommy yang bergerak pada waktu yang sama iaitu sebelum Subuh hari Ahad turut tersekat dalam kesesakan jalan raya di Machang.   Kerajaan Kelantan perlu bina lebuhraya, jambatan, dan lorong memotong Nampaknya rakyat Kelantan kena cari taktik lain untuk pergerakan keluar masuk Kelantan semasa raya. Kerajaan negeri Kela...

PG07 Beraya di Terengganu

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ PG07-R54: Beraya di Kuala Terengganu Mengikut rekod pada Google Map Timeline, kami telah ke Kampung Tok Adis untuk beraya di sana. Gambar mercu tanda Allah peliharakanlah Terengganu kelihatan dari jauh semasa kami dalam perjalanan dari rumah kawan Mummy di Batu Rakit ke rumah kawan Mummy di Kuala Terengganu untuk beraya. Kawan Mummy yang mana Tedi tak pasti, yang Tedi ingat abangnya jual insurans. Ketika balik dari rumahnya kalau tak silap kami melalui bawah jambatan Kuala Ibai yang berdekatan Masjid Terapung tu. # Thursday, 7 July 2016, 18:54 # 20160707_D2533 (8).JPG # Sony D2533 # ~20160707~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

12 jam dari Wakaf Bharu ke Gua Musang

Sekarang jam 4.30 pagi. Bermakna Tok Ayah dan rombongan sudah berada dalam kereta selama 12 jam, dan kini mereka baru berada di Gua Musang. Semalam mereka tersekat di Machang selama 5 jam. Dari Kuala Krai ke Gua Musang pula mereka tersekat selama 7 jam. Dahsyat betul pergerakan kereta semalam, nampaknya ramai memilih Sabtu untuk travel pulang ke destinasi masing-masing kerana mengejar hari bekerja pada Isnin. Ini tidak menghairankan kerana tentunya ramai yang mahu berehat pada hari Ahad. Pagi ini pula, mungkin gerombolan baru kenderaan akan memulakan pergerakan pulang ke destinasi masing-masing. Dari Gua Musang ke Felda Sungai Lui akan mengambil masa 4 jam jika tiada kesesakan. Tedi doakan perjalanan mereka lancar selepas ini. Aplikasi Google Map dan Waze pula nampak macam tidak beraksi baik pada pagi ini kerana jalan yang mereka berikan nampak tak bagus. Mungkin mesin pelayan mereka mengalami bebanan dek musim perayaan tahun ini. 20160710

NESTLÉ CORN FLAKES pupus di pasaraya

Imej
Semalam selepas kami bergerak pulang dari kedai bakery Yummie di Bangi , kami segera menuju ke TESCO Hypermarket Bandar Baru Nilai . Tujuan kami ke sana adalah untuk membeli emping jagung ( NESTLÉ CORN FLAKES ) yang bakal menjadi ramuan penting dalam resepi Cornflakes Madu yang Mommy ingin buat sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Malangnya hajat kami ke sana tidak tercapai kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini sudah kehabisan stok. Maka kami merayau pula ke beberapa buah pasaraya yang agak terkenal di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi, namun hasilnya masih hampa kerana NESTLÉ CORN FLAKES yang diingini tetap juga belum ditemui. Akhirnya kami berjaya mendapatkannya di sebuah kedai runcit yang terletak di hadapan Empress Hotel dengan harga yang agak mahal iaitu MYR 12.90 (dua belas Ringgit Malaysia dan sembilan puluh sen sahaja), selalunya kami beli dalam lingkungan harga MYR 8 (lapan Ringgit Malaysia sahaja) ke bawah. Hebat sungguh teknik pema...

Raya di RSA 2 Gambang Timur di LPT

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ 14:50 Kami dalam perjalanan ke Terengganu dari Temerloh. Kami masuk ke Lebuhraya Pantai Timur tadi dari Plaza Tol Chenor . Singgah di RSA 2 Gambang Timur atau Hentian R&R Gambang Arah Timur menghala ke Kuantan, nasib baik ada gerai makanan dan minuman Muslim yang dibuka pada hari raya kali ni. Mengikut pengalaman dulu memang tutup habis gerai di sini tambahan pada masa itu kami tidak membawa sebarang bekalan makanan dan minuman. Kali ni kami dah bersedia dengan nasi impit dan rendang tetapi ada pula gerai yang dibuka, maka kami beli dan makan nasi lemak. Ketika berada di sini kami perasan ada seorang perempuan pakai jubah melekap di punggung, nak tegur kami takut pula kalau dia segan nanti. Semoga ada kaum keluarga dia yang tegur. Di sini ramai kanak-kanak yang membantu ibu bapa mereka berniaga mungkin kerana kakitangan yang sebenar pulang beraya di kampung halaman. ...

Tips Konvoi Kereta Hari Raya

Pada hari raya yang mulia ini ramai di antara kita yang akan berkonvoi ke destinasi masing-masing. Kami pun akan berkonvoi 3 buah kereta ke Terengganu iaitu dengan sebuah Proton Preve, sebuah Proton Iriz, dan sebuah Subaru XV STI. Ini adalah beberapa peraturan yang kami perlu ikuti semasa berkonvoi dengan kereta: 1. Semasa berkonvoi jangan kehilangan kereta di hadapan anda, pastikan ada pasangan dalam setiap kereta untuk berhubung antara satu sama lain jika kereta di hadapan hilang dari pandangan. 2. Kekalkan kelajuan yang tetap dan sesuai untuk corak pemanduan setiap pemandu. Jangan ada yang terlalu laju atau terlalu perlahan. 3. Pastikan niat anda jelas, pasang lampu signal lebih awal untuk tukar haluan atau masuk simpang. 30 meter adalah jarak yang dicadangkan. 4. Kekal dalam konvoi setiap masa, jangan memandai nak berhenti sendiri atau tukar haluan sendiri. Berkomunikasi dahulu untuk tetapkan di mana perlu berhenti jika perlu berhenti. 5. Jika anda berasa anda memandu perlah...

Felda Sungai Lui pra-raya 2016

Alhamdulillah, kami sudah sampai ke rumah Tok Ayah di Felda Sungai Lui pada waktu Maghrib tadi. Perjalanan dari Sepang ke Felda Sungai Lui melalui Lebuhraya LEKAS dan Kuala Pilah tadi agak terganggu oleh pergerakan trafik yang perlahan dari Ulu Bendul ke pekan Kuala Pilah. Tedi tidak pasti sama ada Kuala Pilah ini sebuah bandar atau pekan, tapi macam best je disebut pekan... hehe.. Di kiri kanan jalan ke Kuala Pilah agak unik sebab anda boleh melihat ramai peniaga menjual itik-itik salai yang digantung di gerai masing-masing. Kebiasaannya ada juga peniaga yang jual daging salai, tapi Tedi macam tak nampak pula tadi. Lemang turut menjadi produk popular yang dijual di kawasan yang sama. Di rumah Tok Ayah kami berbuka dengan nasi putih berlaukkan Sup Tulang dan Rendang Dagin, dua hidangan yang kaya dengan kolestrol. Kemudian pada jam 11 malam tadi, Tedi bantai pula Nasi Impit berkuah kacang. Bulat sudah perut Tedi yang sudah mengempis hasil puasa tahun ini. Esok kami akan bergerak ko...

Sakinah buat Biskut Dahlia

Imej
29 September 2016 Gambar kakak Sakinah sedang membuat kuih raya iaitu biskut dahlia atau biskut daisy. Biskut dahlia ni Tedi tak berapa suka sebab ada ceri walaupun sebenarnya ia sama sahaja dengan kuih semperit yang menjadi kesukaan Tedi. Beza kuih dahlia dan kuih semperit cuma dari segi rupanya sahaja dan juga kehadiran aksesori tambahan pada kuih dahlia atau kuih daisy. Kejap dahlia kejap daisy, Tedi pun tak tahulah...

Popular