Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201802

[t18j02] Nor Aina setahun

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Selamat Hari Lahir Nor Aina! Kenangan Manis: 20 Februari 2018 Malam ini kami menyambut ulang tahun kelahiran Nor Aina yang pertama. Kini, Aina sudah berusia satu tahun! Kami pergi makan-makan di Secret Recipe Salak Tinggi . Aina makan biskut baby sahaja... hahaha... kesian dia tengok kami makan kek! 🍰 Sepotong kegembiraan buat Aina. Ulasan Tedi Pejam celik, pejam celik, dah setahun Aina. Walaupun masa ni dia cuma boleh makan biskut, Tedi pasti Master dan Mommy yang paling seronok tengok perkembangan dia. Semoga Aina terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah! ~20180220~ Terima kasih kerana sudi melawat iklan sebagai tanda sokongan. interpretZZ.com

[t18b01] Bawa Aina ke Klinik Hikmah Kota Bharu

Imej
Hari ini 01 Feb, Nor Aina dibawa ke Klinik Hikmah di Kota Bharu sebab nak suntik vaksin pneumococcal. Sebelum ke Klinik Hikmah kami dibawa bersarapan di  Aliya Nasi Kerabu Pohon Celagi Kampung Binjai Pasir Mas  oleh Tok Abah. Tok Abah dan Tok Ma tidak ikut ke Klinik Hikmah Kota Bharu. Aina si bayi perempuan berusia 11 bulan 9 hari dibawa ke Klinik Hikmah Kota Bharu. Aina memakai gaun Minny Mouse berwarna merah pada hari ini. # Thursday, 1 February 2018, 11:51 # DSC_0946 # Sony G3226 # Jalan Kuala Krai, Bandar Kota Bharu, 15150 Kota Bharu, Kelantan # 465R+FG Kota Bharu, Kelantan # https://goo.gl/maps/M65jrCZSsZK2  # Saja nak inject sebab Aina selalu kena lelah bila musim hujan, manalah tahu dengan vaksin pneumococcal ni akan mengurangkan sedikit masalah kesihatan Aina yang baru berusia 11 bulan 9 hari. Label ubat vaksin pneumococcal yang diberikan kepada Aina, bayi perempuan berusia 11 bulan 9 hari. Label ini perlu direkod supaya dapat dijadikan rujukan untuk s...

[t18b03] Wakaf Bharu -> Kota Bharu -> Sultan Ismail Petra Airport -> klia2

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Tadika Al-Munir Cawangan Wakaf Bharu, Jalan Puteri Saadong, 16210 Wakaf Bharu, Kelantan. 0193833472. # Saturday, 3 February 2018, 16:15 # 20180203 # HUAWEI H30-U10 # IMG_20180203_161519 # ~20180203~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t18b13] Tukar Pemegang Pintu Kereta Proton Persona 2008

Imej
Semalam Tok Abah bawa kereta Proton Persona 2008 1.6 transmisi manual ke bengkel. Tujuannya nak tukar pemegang pintu kereta bahagian pemandu yang patah. Setakat ni sudah tiga pemegang pintu kereta Proton Persona 2008 tersebut yang patah, mungkin kerana sudah reput sesuai dengan usianya yang sudah hampir 10 tahun itu. Tok Abah tukar pemegang pintu kereta bahagian pemandu dengan harga RM 55 (lima puluh Ringgit Malaysia sahaja), di mana harga itu adalah bagi pemegang pintu kereta dengan warna perak (silver) iaitu sama dengan warna badan kereta Proton Persona 2008 tersebut. Harga Pemegang Pintu Kereta Kemudian ketika  Tukar Suis Sensor Undur Kereta Proton Persona Elegance , Master sempat tanya harga pemegang pintu kereta itu dan harganya ialah RM 35 satu set untuk warna hitam dan RM 55 satu set untuk warna silver. Kemudian Master mengupah Pak Lang Epul menukar pemegang pintu kereta Proton Persona itu berwarna hitam dengan harga RM 60 untuk 4 set atau RM 15 satu set. Tiada...

Pengalaman bawa stroller naik kapal terbang

Imej
Kami telah empat kali bawa stroller si bayi Nor Aina menaiki kapal terbang. Dua kali dengan menaiki penerbangan MAS (Malaysian Airline System) ke dan dari Kuching , manakala dua kali menaiki penerbangan AirAsia pergi ke dan balik dari Kota Bharu . Penerbangan dengan MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) manakala penerbangan dengan AirAsia di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) . Semua pengalaman bawa stroller bayi naik kapal terbang itu berlaku pada bulan Disember 2017 dan Februari 2018. Tedi akan ceritakan mengikut turutan huruf syarikat penerbangan. Pengalaman bawa stroller naik kapal terbang AirAsia Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu Mula-mula kena check in menggunakan kiosk, sebelum ke kaunter check in. Kena ke kaunter kerana bawa bayi. Staff  AirAsia melekatkan tag pada stroller. Stroller digunakan macam biasa melalui pemeriksaan imigresen, cuma kena pastikan tiada barang lain diletakkan pada stroller  semasa diimbas. troll...

T18B19 Tambah nilai Touch n Go di MyMydin tanpa caj

Imej
Kepada para pengguna kad Touch n Go yang selama ini pening kepala di manakah nak tambah nilai kad Touch 'n Go tersebut secara percuma? Apakah maksud tambah nilai Touch n Go percuma? Maksudnya ialah tambah nilai Touch n Go di Malaysia tanpa dikenakan sebarang caj. Selalunya caj yang dikenakan adalah 50 sen. Jangan pula kawan-kawan pergi ke lokasi berkenaan dan kata nak Touch n Go percuma... tak boleh lagu tu... Betulkah ada tempat boleh topup kad TNG dengan percuma? Jawapannya: ada. Macam mana boleh reload kad Touch 'n Go percuma kalau syarikat Touch n Go Sdn Bhd mengenakan caj ke atas perkhidmatan tambah nilai kad TNG tersebut? Jawapannya: sebab bukan syarikat TNGSB yang kenakan caj tersebut, sebaliknya ejen yang mengenakan caj tersebut. Contohnya jika anda reload di stesen minyak dan dicaj 50 sen, maka ejen di stesen minyak tersebutlah yang mengenakan caj tersebut untuk dijadikan sumber keuntungan mereka. Kini boleh tambah nilai kad TNG di MYMYDIN di Malaysia Baiklah, ...

T18B24 Aina masuk wad Hospital Putrajaya kali ke-3

Imej
20180224, Sabtu, Aina telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya sekitar jam 2 pagi tadi . Ia adalah susulan kami bawa Nor Aina ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya sekitar jam 8:30 malam, hari Jumaat, 20180223 kerana dia mengalami masalah nafas kencang dan muntah-muntah . Aina dimasukkan ke wad kerana pada malam sebelumnya iaitu pada hari Khamis, 20180222, Aina telah menerima rawatan nebulizer sehingga jam 12:30 tengah malam, sebelum dibenarkan pulang. Jadi memandangkan masalah sama berulang, doktor pakar telah memutuskan bahawa Nor Aina perlu dimasukkan ke dalam wad. Ini adalah cerita panjang yang terpaksa Tedi pecahkan mengikut hari: 22.02.18: Bertemu nenek dan tok dari Holland 23.02.18: Bertemu semula nenek Holland mahu discaj 24.02.18: Aina dimasukkan ke dalam wad. 25.02.18: Besarnya tahi hidung Aina 26.02.2018: Aina suka tengok belon 27.02.2018: Aina tinggal seorang 28.02.2018: Hidung Aina tersumbat, tak dapat Hello Kitty 01.Mac.2018: Kami tidur di parking stadium 02...

Aliya Nasi Kerabu Pohon Celagi Kampung Binjai Pasir Mas

Imej
Jarang kami makan di luar sebenarnya jika balik ke Kelantan. Tetapi kebelakangan ini Tok Abah rajin membawa kami ke kedai-kedai makan di sekitar. Kali ini di Pasir Mas pula iaitu di Alya Nasi Kerabu Pohon Celagi di Kampung Binjai. Kalau ikutkan pengetahuan Tedi kedai makan ni di Pasir Mas, tapi Google kata Kota Bharu. Adakah Pasir Mas ni dalam Kota Bharu? Jika cari dalam Google, terjumpa kedai nasi kerabu ni ada cawangan kedua di bandar Kota Bharu. Alya Nasi Kerabu Pohon Celagi. Tel: 013-7118145 Menu: Kambing bakar, daging bakar, ayam bakar, nasi berlauk, nasi sup, A.B.C, cendol. # Thursday, 1 February 2018, 10:30 # DSC_0932.JPG  # Telefon pintar Sony G3226 # Al'ya,nasi Kerabu Kambing Bakar, Jalan Kedai Mulong - Pendek, Kampung Binjai, 16010 Kota Bharu, Kelantan Komen interpretZZ mengenai nasi kerabu di sini? memang terbaik. Datang sendirilah cuba makan, Tedi nak puji pun malas. Selain nasi kerabu ada juga kuih-muih tradisional. Gambar nasi kerabu ayam bakar dengan solok lada,...

Popular