Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hiburan

Belanja RM 306,248.41 untuk pembedahan agar serupa dengan Justin Bieber

Imej
Trend Dunia Kerana minat sangup lakukan apa sahaja? Tidak terkecuali juga kepada seorang peminat Justin Bieber yang benar-benar menggilai penyanyi muda itu. Encik Toby Sheldon , 33-tahun daripada Los Angeles , seorang pencipta lagu, seorang lelaki (Tedi sangkakan hanya kaum perempuan sahaja meminati Justin Bieber ), dilaporkan sanggup membelanjakan US$97,000 untuk menjalani pembedahan kosmetik bagi menjadikan rupanya seakan-akan bintang pop remaja itu. Pembedahan itu melibatkan usaha melebarkan bahagian sisi mulutnya. Dia memaklumkan bahawa mulutnya mengambil masa sebulan untuk pulih, matanya pula tidak dapat dibuka selama seminggu selepas pembedahan. Kawan-kawannya "memuji" usahanya itu dan memanggilnya Tony Bieber . Barulah Tedi kenal siapa itu Justin Bieber , terima kasih pakcik Tony Bieber ! Sumber Info ( Gawker 20131020)

Tidak selamanya kami menyanyi - UNIC

Imej
Unic kembang empayar perniagaan sebagai bekalan ketika tidak diperlukan nanti »Oleh Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my MENYEDARI tidak boleh bergantung harap kepada sumber pendapatan dari aktiviti seni saja, tiga anak muda yang menganggotai kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan , Ahmad Fadzli dan Fakhrul Radhi , menubuhkan syarikat, UNIC Nasyeed & Training Consultants . Selain terus aktif melalui persembahan nasyid, UNIC menggabungjalinkan konsep berhibur sambil mendidik melalui program motivasi dan kursus latihan di peringkat sekolah dan juga universiti. Berbekalkan pengalaman juga, mereka menubuhkan sebuah lagi syarikat iaitu UNIC Records . Tujuan penubuhan syarikat itu bertujuan memenuhi kehendak pasaran dalam bidang penerbitan album, buku dan yang berbentuk pendidikan untuk segenap lapisan masyarakat serta berfungsi sebagai pengedar kepada semua UNIC Records dan pelanggan mereka. Fadzli berkata, terus giat mengatur langkah dalam bidang perniagaan, UNIC bergerak se...

75 Tahun Kehidupan Superman

Imej
Klip video berdurasi 2-minit menceritakan sejarah 75 tahun Superman. Superman kini sudah berusia 75 tahun dan logo khas ini dihadiahkan kepada beliau.     75 tahun telah berlalu semenjak Jerry Siegel dan Joe Shuster melahirkan Superman pada tahun 1938 .  Sejak kemunculan pertamanya di dalam komik, watak yang juga digelar Manusia Besi ( Man of Steel ) itu telah melalui pelbagai kisah. Gelaran manusia besi diberi kerana Superman adalah seorang hero yang kebal di bumi. Beliau menentang peperangan, bertarung dengan "salinan" dirinya sendiri dan juga wataknya telah diadaptasi ke dalam drama TV, filem dan juga permainan video. Pernah juga Superman mati, tapi sebagai hero dia terpaksa hidup kembali. Sempena sambutan ke 75 tahun Superman, DC Comics telah menerbitkan animasi pendek yang diterbitkan oleh pengarah filem Man of Steel , Zach Snyder , yang dibantu Bruce Timm , salah seorang pencipta " Superman: The Animated Series ". Video ini disertai alunan muzik latar bel...

Kompilasi penakluk Giant's Keep B8 - Raksasa Angin

Imej
Baiklah hari ini Tedi nak buat sedikit catatan tentang Giant Dungeon yang baru sahaja Tedi berjaya takluki setelah mencuba beberapa kombinasi raksasa yang ada dalam koleksi Tedi. Giant Dungeon yang paling tinggi Tedi takluki setakat ini adalah B8 iaitu Wind Giant (Raksasa Angin). Secara teorinya untuk menewaskan Wind Giant di B8 tentunya memerlukan makhluk berunsur Api. Malangnya Tedi tidak punyai ramai makhluk api yang bagus tapi nasib baik Tedi ada 2 ekor makhluk api dari kategori NB5 dan NB4. Kompilasi makhluk yang Tedi gunakan untuk menewaskan Giant B8 adalah: Sekhmet 5*, Raoq 6*, Chasun 6*, Fire Occult Girl 5*, dan Belladeon 5*. Sekhmet 5* Tedi pilih Sekhmet sebagai ketua kerana dia boleh menaikkan HP rakan seperjuangan sebanyak 33%. Dia ni belum hebat lagi kerana Tedi belum habis build barisan rune miliknya disebabkan kekurangan mana stone. Tapi Tedi suka 1 skill dia yang boleh mencuri buff pihak lawan dan digunakan pada dirinya sendiri. Sungguh awesome kan? Skill itu bukan...

[t16e06] Festival Catur Terbuka DPULZE ke-2 di Cyberjaya

Imej
Festival Catur Terbuka DPULZE ke-2 Berita baik kepada semua peminat catur, DPULZE Cyberjaya akan mengadakan Festival Catur Terbuka DPULZE ke-2 seperti ketetapan berikut: Lokasi: DPULZE Shopping Centre, Cyberjaya, Aras LG. Tarikh: 7 - 8 Mei 2016 , (pusingan pertama jam 10 pagi). Penganjur: DPulze Shopping Centre dan Tesla Chess Academy . Festival ini menawarkan hadiah sehingga RM 7,550  (tujuh ribu lima ratus lima puluh Ringgit Malaysia) dan hanya terbuka kepada 200 peserta terawal yang mendaftar. Pemenang pertama boleh memenangi RM 1000  (satu ribu Ringgit Malaysia) dalam bentuk wang tunai. Aturcara festival: 7 Mei 2016 08:00 - 09:30 : Pendaftaran dan mesyuarat peserta. 10:00 - 12:00 : Pusingan 1 dan 2. 12:30 - 13:30 : Makan tengahari. 13:30 - 17:30 : Pusingan 3, 4, dan 5. 8 Mei 2016 10:00 - 12:30 : Pusingan 6 dan 7. 12:30 - 13:30 : Makan tengahari. 14:00 - 17:00 : Pusingan Blitz (9 pusingan). 17:30 : Penutupan dan pemberian hadiah. Maklumat lanjut boleh didapati di Laman We...

[t17f11] Kenal Aweera sebab Caliph Buskers

Imej
Selepas berulangkali menonton Romancinta yang dipersembahkan Mojo dan Caliph Buskers di final Anugerah Juara Lagu melalui YouTube, Tedi mula menonton video-video lain yang berkaitan. Ada video pasal asal penglibatan Caliph Buskers dalam persembahan tersebut. Kemudian melarat pula ke video "pertikaman lidah" di antara Aweera dan Edry KRU di mana Aweera lebih banyak menyerang manakala Edry serahkan segalanya kepada peguam. Aweera tak puas hati kerana dia anggap dirinya yang patut dijemput nyanyikan lagu tersebut dengan hujah dia yang membawa lagu tu layak ke final. Padahal pada masa tu dia dah keluar dari kumpulan Mojo. Ini adalah contoh tajuk yang membuatkan Tedi marah setiap kali membacanya kerana Tedi berasakan bahawa siapa yang cakap macam tu sebenarnya yang cuba buat drama... Tedi berasakan perangai Aweera ni bak hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Kalau orang dah tak jemput tu janganlah sibuk nak join juga. Hodoh perangai macam tu. Itu komen sebelum persemba...

[t14h16] Toon Tiger: Skuad Perlawanan Pertama

Imej
Toon Tiger kembali beraksi dengan pembukaan aksi Liga Perdana Inggeris Setelah sekian lama, tahun ini Tedi membantu Master untuk kembali menyertai Liga Fantasi EPL 2014/2015. Bezanya kali ini skuad Toon Tiger bukan hanya main tangkap muat sebaliknya melalui proses pemilihan yang agak memeningkan kepala Tedi. Skuad Perlawanan #01 Toon Tiger.   Barisan skuad bolsasepak Toon Tiger dengan formasi 3-5-2. Kelihatan juga penaja EA FIFA 15.   Formasi: 3-5-2 menjadi pilihan kerana Tedi tidak yakin dan tidak berpengetahuan mengenai barisan pemain pertahanan, maka Tedi memilih untuk mendapatkan mata melalui pemain tengah dan serangan. Awalnya Tedi mahu gunakan formasi 3-4-3 tetapi Marouane Chamakh tampak takkan menyerlah dalam perlawanan menentang Arsenal, maka dia terpaksa digugurkan. Penjaga Gol: Thibaut Courtois dipilih kerana dia adalah pemain Chelsea yang dijangka akan mempunyai barisan pertahanan kental. Tedi terpaksa bertaruh Courtois akan dipilih Jose Mourinho berbanding Petr...

[t14k22] Siapa Annie dalam lagu Smooth Criminal nyanyian Michael Jackson?

Imej
Tadi Master tunjukkan kepada Tedi klip video "Smooth Criminal" nyanyian Michael Jackson. Walaupun Tedi tak berapa kenal siapa dia ni, Tedi agak tertarik dengan lirik lagu dia. Dalam lagu tu disebut beberapa kali, "Adakah awak okay, Annie?" Dan lagu tu menceritakan mengenai seorang wanita bernama Annie yang diserang oleh seorang penjenayah licik dipanggil "Smooth Criminal" . Dan pakcik Michael Jackson ni tak habis-habis bertanya, "Adakah awak okay, Annie?" Bila mendengar perkataan itu diulang banyak kali dan penceritaan dalam bait-bait lagu tu, Tedi mula yakin, mesti lagu ini mengenai sebuah kes jenayah ke atas seorang wanita. Maka Tedi mula menggelitar siapakah Annie tersebut? Apa yang terjadi kepadanya sehingga dimasukkan dalam lagu? Setelah beberapa pembacaan, rupa-rupanya watak Annie tu merujuk kepada Resusci Anne , sebuah patung yang digunakan dalam latihan bantuan CPR. Dalam latihan itu frasa, "Adakah awak okay Annie?...

Kenapa anak panah Legolas tidak pernah habis?

Imej
Tedi baru sahaja habis menonton filem  Lord of The Ring, The Two Towers di HyppTV tadi. Tedi bukanlah peminat filem Lord of The Ring ni, tapi ada satu watak yang agak menarik minat Tedi. Watak itu ialah seekor Elf yang bernama Legolas . Dalam filem tersebut dia adalah seekor Elf yang sangat cekap memanah. Dia memanah dengan laju sambil melakukan aksi akrobatik jika tidak gimnastik. Bekalan anak panahnya kelihatan tidak pernah kehabisan dan tak nampak pernah habis. Maka Tedi pun tertanya-tanya, Kenapa anak panah Legolas tidak pernah kehabisan? Perkara pertama yang bermain di minda Tedi ialah kaum Elf mempunyai keajaiban di mana tabung  anak panah mereka akan sentiasa berisi. Jika benar demikian kenapa bukan ada satu anak panah sahaja dalam tabung mereka? Ataupun anak panah itu wujud sendiri secara silap mata apabila mereka mahu memanah? Gambar Legolas dari francais filem Lord of The Ring Akhirnya setelah membuat beberapa kajian dan mendapatkan jawapan daripada pem...

Bagaimana mengalahkan formasi 4-4-2 dalam Top Eleven?

Imej
Formasi 4-4-2 memang memeningkan kepala Tedi kerana ia adalah formasi yang stabil untuk menyerang dan bertahan. Apatah lagi apabila bertemu lawan yang sama kuat atau lebih kuat, kalau lawan yang lemah tu, selamba saja Tedi titik. Hehehe. Namun setelah sekian lama menanti dan mencuba, Tedi rasa Tedi dah tahu formasi yang konsisten untuk menewaskan formasi 4-4-2 Default tersebut.

Karya agung: Canon D (Pachelbel's Canon)

Imej
Master selalu kata lagu Bawaku Pergi oleh Zizan dan Kaka macam saduran sebuah lagu lama. Master kata lagu itu dibawa oleh Spice Girls , tapi Master sampai sekarang tak ketemui lagu bawaan Spice Girls yang dikatakan itu. Maka Tedi mula melakukan eksplorasi sendiri. Lagu yang mungkin menjadi saduran Bawaku Pergi. Pachelbel's Canon Salah sebuah lagu yang Tedi dengar mempunyai rima yang mungkin disadur Bawaku Pergi adalah Canon D atau Pachelbel's Canon. Tedi dengar lagu ini memang dahsyat, ia seolah mengimbau memori. Berhantu! Sebab itulah agaknya Bawaku Pergi ni jadi berhantu juga, dek kehebatan lagu klasik ini. Lagu ini telah dibawa dalam pelbagai versi seperti: Canon Rock oleh Jerry C Versi Piano oleh iklan Tosando Music , iklan ini menjadi viral dan berjaya membuka hati ramai warga dewasa Jepun untuk belajar piano. How Where When oleh Cleo Laine dan James Galway. Klasik ala Pagagnini.  Persembahan muzik klasik yang kelakar. OST Drama My Sassy Girl . ...

Kucing dan penguin

Imej
Kucing dan penguin memang comel. Jadi apakah yang akan berlaku jika mereka bertemu? Adakah kecomelan mereka akan bertukar kepada sesuatu yang menggerunkan umat manusia dan seluruh dunia? Mungkin kita masih belum sempat melihat keletah mereka bersama. Malahan dalam filem Madagascar pun , tiada kucing yang Tedi perasan hadir untuk membanteras kenakalan Sang Penguin. Jika tiada, maka kita ada-adakanlah... Kucing-Penguin adalah makhluk ajaib yang terhasil apabila Sang Kucing bergabung kuasa dengan Sang Penguin. Mereka boleh bergabung walaupun mempunyai struktur anatomi badan yang berbeza kerana mereka mempunyai satu persamaan iaitu.... mereka makan ikan.   http://stuffonmycat.com/stuff-on-my-cat/i-am-a-penguin   Kucing-Penguin boleh meningkatkan kuasanya kepada satu tahap yang digelar Super Kucing-Penguin. Dalam tahap ini, mata mereka akan kelihatan lebih ganas dan warna mereka akan berubah daripada hitam-putih kepada hitam-putih-oren. Misai mereka juga akan...

Candy Crush Saga untung $633000 sehari!

Imej
Mommy pernah kehairanan apabila Master cakap pemilik Candy Crush Saga, King akan disenaraikan ke bursa saham. "Macam mana mereka boleh untung, game tu kan free? Takkan orang beli kot?" , kata Mommy. Tedi pun hairan juga, namun statistik yang akan Tedi huraikan ini mungkin akan membantu menjelaskan bagaimana mereka buat duit? Sekitar 45 juta orang ketagih bermain permainan percuma Candy Crush. Tawaran untuk nyawa/gerakan tambahan boleh dibeli dengan harga 99 sen (sekarang mungkin $1.99) 70% pemain tak perlukan nyawa/gerakan tambahan itu. 30% pemain sanggup membayar untuk menang! 0.3*45juta = 13.5 juta pemain yang membayar!!! wow! 13.5 juta * $0.99 = $13.365 juta Nampaknya silaplah Mommy kata tiada siapa yang beli. Jutaan yang sanggup bayar tu! Orang Malaysia mungkinlah tak jadi habit lagi membeli dalam talian ni, tapi budak2 di luar negara, ia perkara biasa. Ini testimoni seorang penagih Candy Crush Saga, " Candy Crush teaches me nothing an...

Kalori takut kepada filem seram!

Imej
Berita baik buat peminat filem seram! Satu kaji selidik yang ditaja oleh sebuah syarikat sewaan filem di United Kingdom mendapati bahawa menonton sebuah filem seram boleh membakar sehingga 200 kalori. Kajian oleh University of Westminster itu menyukat penggunaan tenaga sekumpulan manusia yang menonton pelbagai filem seram. Mereka mendapati bahawa denyutan nadi penonton meningkat dan adrenalin dihasilkan, membakar kalori 1/3 kali lebih daripada rekod purata. Susunan filem yang membakar kalori dengan pantas adalah: 184 kalori - The Shining 161 kalori - Jaws 158 kalori - The Exorcist Senanglah macam ni, tak perlu bersenam teruk-teruk, cukup dengan beli atau sewa DVD filem seram dan tonton secara berterusan, kan? Tedi tak minat filem-filem seram ni, patutlah Tedi gemuk! Sumber:  http://www.telegraph.co.uk/news/uknews/9638876/Watching-horror-films-burns-nearly-200-calories-a-time.html 20131127

Watak Iron Man baru dipegang seorang gadis

Imej
Tempat  Tony Stark sebagai  Iron Man akan diambil alih oleh seorang gadis kulit hitam bernama Riri Williams. Riri adalah seorang pelajar genius di  MIT yang baru berusia 15 tahun. Dia telah membina sut Iron Man sendiri di universitinya menyebabkan Tony Stark tertarik kepadanya. Riri Williams seterusnya mengambil tempat Tony Stark dalam siri komik bary bertajuk Invincible Iron Man. Pencipta dan penulis siri Iron Man, Brian Michael Bendis menyatakan bahawa dia mahu mencipta versi moden dalam cerita superhero. Dia berasa bahawa kisah sworang gadis muda yang hidupnya dipenuhi tragedi tapi berjaya ke kolej adalah sesuatu yang memberi inspirasi. Michael Bendis juga mahu memberikan kaum wanita lebih banyak wakil di dalam komik. Keputusan Marvel untuk menggantikan watak Tony Stark dengan Riri Williams menyebabkan 2 kem peminat Iron Man terbentuk. Ada yang tidak sabar dan gembira menerima kehadiran Riri Williams. Ada juga yang mengecam kerana Riri patut menjadi Iron Wom...

Jalaluddin Hassan dan budak sekolah menengah..

Imej
Peel Master ialah beliau akan mengambil masa sebulan sebelum memotong rambutnya. Apabila rambut beliau memanjang, melepasi telinga, nampaklah sedikit serabut, walaupun masih handsome . Buktinya apabila kawan beliau menegur, "Dah macam Jalaluddin Hassan, aku tengok rupa kau ni." Tedi pun tak tahu sama ada itu satu pujian atau satu sindiran? Tapi sebab Jalaluddin Hassan tu kira famous  juga di bumi Malaysia ni, maka Tedi rasa pakcik tu memuji Master. Manakala Master pula blur  dan masih tak dapat merungkai pujian pakcik tersebut. Jadi, disebabkan Master rasa terhina dek kata kawannya itu, beliau pun memotong rambutnya pada hujung minggu lepas. Keesokannya, apabila Master pergi ke pejabat, kawannya yang lain pula menegur, "Macam budak tingkatan 4 rupa engkau ni." Master menepuk dahi beliau... "Tak kisahlah, asal jangan kata macam Anuar Zain, sudah." - getus hati Master. 19 Mac 2014.

Cara Kalahkan Formasi 5-4-1

Imej
Melawan formasi 5-4-1 adalah satu tugasan yang agak menyeksakan Tedi. Agak sukar untuk menentang formasi 4-5-1 ini apabila Tedi menggunakan formasi 4-1-2-3. Kebelakangan ini ramai pula yang menggunakan formasi ini sehingga Tedi terpaksa memilih untuk mencari formasi dan taktikal yang sesuai untuk mengalahkan formasi 4-5-1 ini. Bukanlah sukar sangat untuk menembusi 5 pemain pertahanan. Masalahnya ialah dengan susunan taktikal pemain tengah. Kebiasaannya mereka yang menggunakan formasi 5-4-1 ini akan menggunakan strategi bertahan atau strategi ultra-defensive . Formasi 5-4-1 tipikal hadir dalam dua susunan. Susunan pertama adalah dengan menggunakan CDM, CAM dan 2 wide midfielder . Susunan kedua adalah dengan menggantikan CDM dan CAM dengan CM. Kedua-dua susunan ini sama tahap kepayahannya. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah kita memerlukan formasi menyerang atau mentaliti menyerang. Tidak kisah bagaimana teruknya pertahanan kita jika kita dapat megelakkan per...

Poke-Han peranti Pokemon Go terkini membantu Pokemon Master

Imej
Pokémon Go kini merebak seperti api yang liar marak membaham apa sahaja di laluannya. Tetapi ia juga menyebabkan keletihan, terutamanya di bahagian tangan kerana para Pokémon Master terpaksa memegang telefon pintar di hadapan mereka sepanjang hari. Tapi kini para Pokémon Master tidak perlu gusar lagi kerana terdapat sekumpulan manusia dari pejabat Rocketnews di Jepun yang telah mencipta satu alat yang akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para Pokémon Master di seantero dunia itu. Tambahan pula peralatan canggih itu hanya memerlukan modal yang murah dan takkan menjejaskan poket mereka. Peralatan canggih yang dikenali sebagai Poké-Han itu akan membantu para Pokémon Master menyangkut telefon pintar mereka di paras yang selesa yang menggalakkan mereka menegakkan badan dan menaikkan kepala mereka ke atas. Ia juga membantu meluaskan medan penglihatan untuk membantu para Pokémon Master selalu perihat...

The Challenger, Mazda CX5 dan Belladeon

Imej
Mencuri masa sebentar mengisi ruang kosong Terjaga Tedi daripada lena yang singkat, dan badan terasa mulai pulih dari keletihan bermain badminton di The Challenger PJ semalam. Habis bermain jam 10 malam, kemudian tunggu Mommy pick up dalam jam 11 malam baru sampai kerana beliau kesesatan dalam perjalanan dari Mydin Mall USJ . Kemudian kami ke Puncak Jalil , menukar beg duit Master yang kawan beliau tertukar setelah menumpang simpan barang dalam beg raket beliau. Terasa tekak haus setelah terjaga, gagahi diri ke dapur bawah untuk minum air dari mesin penapis berjenama Cuckoo . Setelah membasahkan tekak terlihat pula komputer riba berjenama DELL Latitude D630 yang tidak diusik semalaman, maka Tedi mula menghadapnya. Mana tahu kalau ada nukilan menarik? Tiada apa untuk dinukilkan, maka Tedi habiskan masa menonton Prince of Tennis .   Bakal pandu uji CX5 Pagi nanti, sekitar jam 10 pagi, kami telah berjanji untuk memandu uji sebuah kereta Mazda CX5 di Bangi . Ini adalah...

The Battle of The Five Armies amat menyedihkan

Imej
Hari Ahad yang lalu Tedi ditaja menonton The Hobbit: The Battle of Five Armies oleh PLUS Expressway Group. Tedi bukanlah peminat tegar The Hobbit kerana bagi Tedi ia agak membosankan. Tapi dek kerana orang ramai sibuk memperkatakan mengenainya, Tedi pun sibuk nak menontonnya, dan hasilnya Tedi sangat kecewa, mungkin kerana jangkaan yang diletakkan amat tinggi! Ini beberapa komen Tedi. Kosong kosong kosong Apabila menonton filem ini, Tedi berasakan kekosongan yang amat sangat! Aksi perangnya banyak tapi tanpa aksi yang mengkagumkan. Tiada emosi yang menyeksa kita yang memaksa kita berharap akan datang hero atau peralatan canggih membantu mereka yang hampir tewas. Thorin bukan Optimus Prime! Ada satu ketika di mana pasukan Iron Foot dari Iron Hill pimpinan sepupu Thorin hampir tewas dan dia memerlukan bantuan Thorin, Thorin tak keluar kerana dia mabuk harta. Tapi akhirnya dia keluar dengan pasukannya. Ketika ini Tedi berharap d...

Popular