Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pasar malam

[t19d01] Paras Hemoglobin Mummy rendah

Imej
Semalam, 1 April, Mummy ke Klinik Kesihatan Salak untuk pemeriksaan kesusulan kehamilan. Mummy ambil cuti sepenuh hari manakala Master pula ambil cuti separuh hari petang. Semalam sebenarnya pas bermusim letak kereta Master dah luput, jadi Master rancang untuk masuk ke medan letak kereta melalui lorong pelawat, tetapi semasa nak ambil tiket, palang penghadang pintu masuk tempat letak kereta pelawat tu terbuka. Ia dapat kesan pas bermusim tempat letak kereta Master menggunakan RFID, walaupun Master dah letakkan dalam wallet. Maka terpaksalah Master masuk dan letak kereta di medan letak kereta bermusim. Pelik sebenarnya sebab sepatutnya penghadang itu tidak terbuka kerana pas bermusim Master dah luput. Tetapi perancangan Allah itu lebih baik. Memandangkan dah letak kereta di medan letak kereta bermusim, dan waktu masih awal di mana pejabat Master masih kosong, dan Master masih belum ada tugasan baru, maka Master pun ambil kesempatan tersebut untuk perbaharui pas letak kereta di pejab...

Aina ke Hospital Putrajaya, 08 Okt 2018

Imej
Pagi tadi Tok Ma, Tok Abah, dan Mak Su bertolak pulang ke Kelantan. Kemudian kami bawa Nor Aina ke Klinik Dr Siti sebab nafasnya kencang. Di Klinik Dr Siti di Kota Warisan, Aina diberi nebulizer, dan setelah diperiksa oleh doktor bertugas, dia memberikan kami dua pilihan: sedut kahak Aina Aina dirujuk ke Hospital Putrajaya Kami memilih untuk merujuk Aina ke Hospital Putrajaya sebab tak sanggup melihat tiub dimasukkan ke dalam tekaknya untuk sedut kahak keluar. Bawa Aina ke Hospital Putrajaya Apabila sampai ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya, nafas Aina sudah tidak kencang lagi, maka kami kena ambil nombor panggilan untuk bertemu doktor. Tetapi apabila dokotor periksa didapatinya bahawa Aina bernafas kencang dan terus dimasukkan ke Zon Kuning iaitu zon semi kritikal. Kemudian Aina diberikan nebulizer sebanyak 3 kali, dan akhirnya dibenarkan keluar. Ketika ini Aina sudah muntah 2 kali, dan muntah terakhirnya beserta kahak kuning pekat. Ketika nak ambil ubat di Farmasi Ke...

Popular