Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sejarah

Kereta Kebal Paling Teruk Semasa Perang Dunia Ke-2

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ, وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan: King Tiger (Jerman) Tančík vzor 1933 (Czech) Type 95 Ha-Go (Jepun) Situasi Malaysia Perang Dunia Ke-2 mengambil masa 6 tahun untuk ditamatkan. Tempoh perang yang panjang itu menyaksikan lahirnya idea-idea kereta kebal yang ganas, namun tidak kurang juga yang sangat teruk rekaannya. 1. Kereta Kebal King Tiger / Tiger II Masalah Utama: Terlalu berat dan kompleks sehingga menjejaskan mobiliti. Kereta kebal ini adalah percubaan Jerman untuk menghasilkan perisai paling kebal, namun ia gagal berfungsi dengan baik kerana: Enjin Lemah: Tidak mampu menampung berat perisai yang melampau. Kerosakan Mekanikal: Sering alami kebocoran minyak dan patah drive shaft . Roda Terkunci: Rekabentuk roda bersilang menyebabkan ia lumpuh jika satu roda rosak. Akhirnya, banyak Tiger II hanya dijadikan bunker statik dan mudah dimusnahkan oleh serangan udara pihak Bersekutu. 2. Kereta Kebal Tančík...

Pertama kali dalam sejarah interpretZZ

Imej
Wow! Terngaga sekejap mulut Tedi hari ini. Gol ke 1000 Pele? Bukannya apa, tak sangka hari ini boleh mencecah 1000 paparan laman . Bagi rakan-rakan blogger yang lain, paparan 1000 itu mungkin ambil masa tak sampai sehari, tapi bagi interpretZZ pula, sehari selalunya tak sampai 100 paparan pun, hehehe. Untuk sebuah diari yang hanya dikemaskini selepas Tedi balik dari sekolah, ini agak mengembangkan hidung Tedi yang mancung ini. Dan buat pertama kali juga jumlah pengikut mencecah 100 orang. Terima kasih kepada semua yang sudi menuruti blog Tedi ni. Selepas ini Tedi akan cuba kemaskini hari-hari setiap kali balik sekolah. 20131010

Fakta Sukan Olimpik yang Tedi tak tahu

Imej
Sejak penubuhannya di Greece purba, Sukan Olimpik telah menjadi pencapaian tertinggi dalam olahraga. Pada setiap Sukan Olimpik musim panas dan musim sejuk, atlet berusaha untuk untuk mengalahkan satu sama lain, kadang-kadang melebihi jangkaan. Ini adalah koleksi fakta-fakta yang mungkin kita tidak pernah tahu berkenaan Sukan Olimpik sama ada pada zaman moden atau zaman purba (sukan olimpik pada zaman Yunani). 1. Dalam bulan sebelum Sukan Olimpik purba, tiada peperangan dibenarkan untuk membolehkan penonton mengembara dengan aman di seluruh Greece. Sukan Olimpik moden telah diilhamkan oleh Sukan Olimpik purba, yang telah diadakan di Olympia, Greece, dari abad ke-8 Sebelum Masihi hingga abad ke-4. Utusan akan dihantar untuk mengiklankan temasya tersebut di seluruh Yunani. Satu gencatan senjata dipersetujui, di mana tiada peperangan selama sebulan dan tiada halangan mengganggu perjalanan penonton. Pada abad-abad berikutnya, tempoh gencatan senjata itu dilanjutkan kepada tiga bul...

Pemanduan Kanan vs Pemanduan Kiri

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Mengapa ada negara yang memandu di sebelah kanan dan ada yang memandu di sebelah kiri? Pernahkah kita mempunyai persoalan sedemikian? Negara yang memandu di sebelah kiri kebanyakannya merupakan bekas jajahan lama British & ada sebab British dahulu kala menggemari pemanduan di sebelah kiri Mudah menghunus pedang ke arah lawan di sebelah kanan (kebanyakan orang menggunakan tangan kanan). Pengguna tangan kanan mendapati mudah menaiki kuda dari sebelah kiri, maka bahu jalan mestilah di kiri.   Bagi negara pemanduan sebelah kanan pula: Pada 1700-an, petani di Perancis dan Amerika Syarikat mula menggunakan kereta wagon besar yang ditarik beberapa ekor kuda. Wagon ini tiada kerusi pemandu, sebaliknya pemandu menunggang kuda terakhir yang berada di kiri. Ini kerana mereka menggunakan cambuk di tangan kanan. Oleh itu, untuk memudahkan mereka mengawasi kenderaan-kenderaan lai...

[t14f03] Rupa rumah asal peneroka pada awal penubuhan Felda Sungai Lui.

Imej
Tok Abah selalu bertanya, mana rumah asal peneroka Felda? Mungkin ada yang perasan sudah seminggu Tedi tak kirim apa-apa pun dalam interpretZZ ni. Bukanlah Tedi merajuk membawa diri dek kehadiran kawan-kawan Tedi si Panda tu... bukan pula Tedi membawa diri melawat mereka... kerana kehilangan Tedi tiada kena-mengena dengan mereka. Sebenarnya Tedi sekeluarga sibuk memeriahkan majlis perkahwinan Mak Lang Yan dengan Pak Lang Epul, maka tiada ruang dan peluang untuk mencoret apa-apa pun. Alkisahnya, kenduri kali ini turut dihadiri Tok Abah dan Nek Ma dari Kelantan. Mereka berdua dituruti Mak Su Zati, buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke bumi Felda Sungai Lui. Apabila sampai di sana, soalan yang sering ditanya Tok Abah apabila melihat rumah-rumah peneroka yang besar-besar, ialah: "Macam mana rupa rumah asal peneroka?" Tedi pun tak tahu. Master pula tak pasti kerana Master tahu rupa bentuk rumah asal peneroka di Lui Barat, tetapi Lui Barat adalah Felda yang sangat muda berbandi...

[t01a20] Nik Faiz Mengejar Kejayaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   NIK AHMAD FAIZ NIK ABDULLAH (BADMINTON) Tarikh lahir : 19 Januari, 1980 Tempat lahir : Kota Bharu, Kelantan Profesion : Penuntut universiti, pemain badminton Pencapaian : Tempat ketiga Kejohanan Antarabangsa Remaja Asia 1995 (beregu), naib juara MSSM 1996, 1997, 1998 dan juara beregu MSSM 1998. WALAUPUN sudah lapan tahun serius dalam badminton antarabangsa, Nik Ahmad Faiz Nik Abdullah masih belum memiliki sebarang gelaran yang benar-benar membanggakan. Namun pemain kelahiran Kelantan itu percaya masanya akan tiba untuk dia bergelar juara. Faiz, 21, masih tidak berputus asa meskipun pernah tersingkir daripada akademi Badminton Malaysia (BAM) selepas diterima masuk untuk sesi pertama dari 1993-1996. "Kalau bukan sekarang, esok masih ada. Saya sentiasa percaya di mana ada usaha di situ ada kejayaan,'' kata penutut tahun dua di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (U...

[t14b09] Tapak kaki manusia purba ditemui di Norfolk, England

Imej
Satu siri kesan pada lumpur yang telah didedahkan oleh ribut di Norfolk telah dikenalpasti sebagai tapak kaki manusia terawal di luar Afrika.   Gambar menunjukkan kesan tapak kaki dipercayai berusia 800 ribu tahun. http://www.wired.co.uk/news/archive/2014-02/08/footprints   Tapak kaki berusia 800,000 tahun itu ditemui di pantai Happisburgh pada bulan Mei tahun 2013 ketika air surut. Tapak kaki itu hilang selepas dikenalpasti tetapi sempat dirakam dan diimbas, dipercayai berasal daripada 5 individu - termasuk seorang lelaki dewasa dan beberapa kanak-kanak. Cuma yang masih menjadi tanda tanya ialah siapakah manusia tersebut? Ada spesis dikenali Homo antecessor diketahui menetap di Eropah selatan dan telah menyeberangi daratan yang ketika itu menghubungkan Perancis dan England. Manakala spesis Homo sapiens tidak wujud di England sehinggalah 40,000 tahun dahulu. kesan tapak kaki zaman purba ditemui di buritan 20140209

Buku: Atlas Perang Salib

Imej
Sebuah buku yang menarik. Tedi jumpa di booth di Lapangan Terbang Kota Bharu , Kelantan. (Ha'ah Tedi pergi Kelantan, jalan-jalan) Malangnya harga buku tu RM200++ di booth tersebut (masih dalam lingkungan harga atlas sepertinya).  Tedi tak jadi beli buku ni, nanti kalau Tedi ada duit, Tedi nak beli kat mana-mana pesta buku di Malaysia. :) Ermm... nak mintak duit dengan Pogy la, Pogy mesti banyak duit.  

[t16f24] Adakah Kereta Kebal Rusia Tidak Bagus Berbanding Kereta Kebal Jerman atau Tentera Bersekutu?

Imej
Ini adalah bacaan sejarah dan tidak menunjukkan sokongan Tedi kepada mana-mana pihak. Soviets telah cuba sedaya upaya untuk menjauhkan tentera Jerman dari Moscow. Stalin terpaksa memindahkan angkatan tentera dari Timur Jauh dan juga Leningrad untuk kukuhkan pertahanan. Pada masa yang sama juga Soviet berjuang habis-habisan untuk menamatkan kepungan musuh ke atas Leningrad. Pada hujung kepungan selama 900 hari itu, sejuta orang awam kehilangan nyawa mereka. Soviet juga hampir hilang Stalingrad keseluruhannya kepada Jerman, di mana pada masa itu Jerman telah menawan 90% kota yang telah musnah itu. Dalam keadaan yang kritikal seperti itu, mereka terpaksa menggunakan semua tentera dan mesin yang ada. Tentera mereka selalunya tidak terlatih, dan jentera mereka selalu bermasalah. Keadaan ini memberikan jawapan kepada persoalan di atas - ya, kereta kebal Soviet lemah pada masa itu. Bagaimana jika dibandingkan dengan kereta kebal Jerman? Soalan ini susah untuk dijawab. Kereta kebal Jerman...

Jika Kereta Kebal Mudah Dimusnahkan Roket Anti Kereta Kebal, Kenapa Ia Masih Digunakan Selepas Perang Dunia Ke-2?

Imej
Jika Kereta Kebal dengan Mudah Boleh Dimusnahkan oleh Roket Anti Kereta Kebal, Kenapa Ia Masih Digunakan Selepas Perang Dunia Ke-2? Selalu Tedi tonton dalam filem perang seperti filem lama Rambo, si hero boleh memusnahkan kereta kebal dengan menggunakan senjata anti kereta kebal yang ringan dan mudah dibawa semasa dalam perperangan. Benarkah sebuah kereta kebal dengan mudah boleh dimusnahkan oleh senjata itu? Jadi apa akan berlaku semasa kereta kebal Malaysia terkial-kial mendaki bukit-bukau di dalam hutan? Bukankah dengan mudah musuh yang hanya berjalan kaki boleh memusnahkannya menggunakan roket anti kereta kebal? Pertama, saya percaya anda terlalu percaya bahawa sebuah kereta kebal amat lemah apabila diserang oleh roket anti kereta kebal. Saya pernah mendengar seorang anggota kereta kebal mendakwa bahawa mereka telah dilatih agar tidak takut dengan roket anti kereta kebal. Memandangkan saya tidak pernah menembak menggunakan apa-apa senjata, saya percaya dengan kata-katanya iaitu...

[t13e25] 5000 lukisan gua dibongkar di Mexico

Imej
Pelan interior deco ? Ahli arkeologi menemui hampir 5000 lukisan gua di timur-laut Burgos. Burgos ialah sebuah perbandaran yang terletak di negeri Tamaulipas, Mexico. Penemuan ini penting bagi pengkaji teknologi awal kumpulan-kumpulan pemburu pada zaman pre-Hispanic . Pre-hispanic: tempoh masa sebelum abad ke-16 apabila penjelajah Sepanyol menemui dan menakluki Mesoamerika dan Amerika Selatan. Sebelum penemuan ini, manusia beranggapan tiada kumpulan manusia di Burgos pada zaman pre-Hispanic  itu. Kesemua 4,926 lukisan dijumpai di 11 tempat berasingan. Terdapat 1 gua dengan 1,550 lukisan. Lukisan2 itu menggunakan pigmen warna merah, hitam, kuning & putih. (Macam bendera UMNO la pulak?) Tema utama lukisan adalah manusia, haiwan, serangga & seni abstrak. Ye ker abstrak? Entah2 diorang tak faham, terus tuduh itu lukisan abstrak. Orang... ada pedang? yang kanan tu macam gambar Beruang? Penemuan ini mencadangkan kewujudan sekurang2nya 3 kumpula...

[T16G16] Petani temui 255 duit syiling lama era British

Imej
255 keping duit syiling zaman British dari tahun 1862 ditemui oleh seorang petani di daerah Surajpur di India ketika membajak ladangnya. Petani bernama Phuleshwar Rajwade menemui syiling dengan cetakan imej Permaisuri Elizabeth itu dalam bekas besi bersama-sama sepupunya. Mereka menceritakan penemuan itu kepada kawan-kawan dan penduduk kampung sehingga tiba ke pengetahuan pihak polis yang datang dan merampas harta tersebut. Syiling itu kini dalam jagaan polis tempatan selaras dengan undang-undang India yang menyatakan harta yang ditemui di bawah tanah atau satu kaki di bawah tanah sebagai harta negara. Hal itu menyedihkan keluarga peladang itu yang sebelum ini bercadang untuk mendapatkan keuntungan dengan menjual duit syiling tersebut. Pihak polis menyatakan bahawa duit syiling itu akan diserahkan kepada pengumpul daerah selepas laporan lanjut disediakan. Jangan pula syiling itu disonglap oleh pihak lain sudahlah, dan kerajaan India patut memberi penghargaan kepada si penemu harta...

T13I11 Kewarganegaraan terhormat Hitler dilucutkan selepas 68 tahun

Imej
Hak Kewarganegaraan Terhormat Hitler Dilucutkan Akhirnya Bandar Goslar di Jerman memutuskan untuk melucutkan hak kewarganegaraan terhormat yang dikurniakan kepada Adolf Hitler . Gambar Adolf Hitler daripada wikipedia   Keputusan ini dibuat setelah 68 tahun Hitler mati. Anugerah itu merupakan 1 daripada 4000 yang diterima Hitler semasa dia masih hidup. Sebelum ini terdapat usaha untuk melucutkan anugerah kehormat itu, tetapi ada councilor (ahli majlis) yang mempertikaikan kewajarannya kerana secara teknikalnya ia telah luput apabila Hitler membunuh diri, dan menganggap langkah itu sebagai "percubaan sia-sia untuk memadamkan kesilapan lalu" . Sebaliknya, ada juga councilor yang mahukan pelucutan anugerah itu berlaku secara rasmi, dan akhirnya mereka berjaya. Hitler akan dilucutkan kewarganegaraannya secara formal pada September 2013. Goslar Goslar adalah sebuah bandar bersejarah di Lower Saxony di negara Jerman. Ia adalah pusat pentadbiran daerah Goslar dan terle...

T14D18 Hang Tuah, Hang Jebat ... sedikit imbauan

Imej
Sempena semangat keperwiraan yang merasuk Tedi pada malam ini... Hang Jebat mengamuk menuntut bela atas hukuman ke atas Hang Tuah. Catatan lain menyatakan Hang Lekir yang mengamuk. Kemudian Bendahara Melaka meminta Sultan memaafkan Tuah yang disembunyikan di Hulu Melaka. Ini adalah kerana kawan mereka yang bertiga (selain Jebat atau Lekir) tidak mampu menewaskan Jebat (atau Lekir) yang mengamuk itu. Tedi sebenarnya agak keliru kenapa Hang Jebat tidak mengamuk semasa Hang Tuah belum dihukum bunuh? Lukisan menggambarkan Hang Tuah bertarung dengan Hang Jebat di atas talam - Lukisan karya Abd Ghafar Bahari. [ta.lam] |  تالم Definisi:  sejenis dulang yang tidak berkaki (tempat me­nyaji­kan makanan, minuman, dan lain-lain) Contoh ayat: dia keluar membawa sebuah talam yang berisi secawan kopi; kuih talam  atau  tepung talam sejenis kuih yang lapisan bawahnya dibuat daripada campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka, manakala la...

T18E19 Foto Askar Melayu Perak, 1920-an

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ   Terkedu sebentar Tedi tengok foto di bawah ni. Gambar tujuh orang askar Melayu Perak pada tahun 1920 Gambar yang dipercayai diambil di Ipoh pada tahun 1920-an ini dilelong di e-bay ( http://www.ebay.com/itm/malay-malaysia-PERAK-IPOH-Group-of-Soldiers-1920s-RP-/230424260286 ) oleh penjualnya yang berada di Belanda dengan harganya pada ketika ini USD$25. Ia adalah foto askar Melayu iaitu gambar askar sebenar bewarna hitam putih. Ini bukan gambar daripada askar games tau! Askar dikenali juga sebagai tentera atau perajurit. Dalam loghat Perak disebut sojar yang Tedi anggap berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu  soldier . Memang rare  foto ni, kalau dapat dalam keadaan terpelihara, memang baguslah. Ketika ini Tedi terfikir, tiadakah syarikat swasta atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mahu membida, menyimpan dan mempamerkan gambar bersejar...

Dari mana datangnya nama Jalan Ma'arof , Bangsar

Imej
Al-fatihah. Dari mana datangnya nama Jalan Ma'arof di Bangsar. Encik Ma'arof ialah bapa kepada seniman veteran Datuk Mustapha Ma'arof. Ini adalah kisah yang Tedi baca dan Tedi rasakan satu kisah sejarah yang memang patut dikongsikan kepada rakyat Malaysia bagaimana seseorang itu berani berkorban kerana berpegang kepada prinsip. Maarof Diculik, Dibunuh dan Digantung Dalam Hutan Pengasas Malay Nasional Bank Usaha Ditentang Misteri kehilangan jadi liputan Pesanan terakhir INFO: Maarof Zakaria Saya di MCKK ketika ayah dibunuh Terima telegram Orang kampung Asal-usul nama Jalan Maarof di Bangsar Sumber rujukan   Maarof Diculik, Dibunuh dan Digantung Dalam Hutan Orang ramai terutama peminat filem Melayu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka dan beratus drama di Singapura dan Malaysia. Tetapi masyarakat mungkin tidak mengenali siapa bapanya, Allahyarham Maarof Zakaria . Bagi penduduk Kuala...

Ulama wajar nasihatkan raja - Muhyiddin Yassin

Imej
Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 16 Januari 1993 bertajuk "Ulama wajar menasihatkan raja: MB"

Kelantan mahu kongsi faedah

Imej
Aik, kenapa Tedi sibuk pasal Kelantan lak? Takde apa2 pun. Tadi Tedi cari kisah perang Terengganu-Kelantan, tapi jumpa lak paper lama ni. Tedi suka baca paper lama. Paper baru, Tedi tak layan. Watan, Khamis, 12 Januari 1995. royaltikelantan.com

Jepun akan lupuskan Kapal Tsunami 2011 - Kyotoku-Maru

Imej
Kapal Tsunami merupakan "mercu tanda" peninggalan tsunami di Jepun pada 2011. Fenomena tsunami lazimnya akan meniggalkan monumen berbentuk kapal atau bot yang tersadai di tengah daratan. Situasi ini dapat dilihat pada peristiwa Tsunami Acheh dan juga Tsunami Jepun. Bunga-bungaan yang diletakkan berhampiran sebuah bot ikan yang tersadai di Kesennuma, Jepun. Kagum Tedi tengok bot ikan dia, macam kapal tangki! Foto AP: Azusa Uchikura Kapal yang didaftar sebagai No. 18 Kyotokumaru  itu telah dihanyutkan sejauh 800-ela ke daratan pada Tsunami Jepun 2011. Sejak itu ia telah menjadi simbol kehancuran yang dialami Jepun dalam kejadian itu. Kyotokumaru adalah sebuah bot ikan, tidak seperti bot nelayan di Malaysia, bot nelayan Jepun ni dah macam kapal tangki. Mengikut cerita  Godzilla yang Tedi tonton, kapal sebegini bukan sahaja menangkap ikan malah boleh terus mengetinkan ikan tersebut. Boleh dikatakan ia adalah kilang pengetinan ikan bergerak, atau lebih tepat kilang p...

Popular