Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

[t20i19] KFA mohon lanjut tempoh dua minggu

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) memohon pertimbangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melanjutkan tempoh melengkapkan proses pelesenan kelab ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kota Setar sejak 11 September lalu. Presidennya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, KFA meminta FAM untuk melanjutkan tempoh dua minggu lagi sehingga 2 Oktober ini bagi membolehkan pihaknya menyelesaikan segala dokumentasi yang diperlukan. Menurutnya, KFA berdepan kesulitan menyediakan beberapa dokumen berkaitan berikutan pejabat agensi kerajaan terlibat tidak dibenarkan beroperasi sehingga 25 September ini. “Ini menyebabkan dokumen yang diperlukan seperti penyata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sukar dilengkapkan, jadi urusan pembayaran dan penyusunan bayaran tunggakan turut tergendala,” katanya kepada Sinar Harian semalam. Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, kesulitan itu timbul berikutan pelaksanaan PKP...

Semakan hak milik hartanah kini boleh dilakukan dalam talian

Imej
KUALA LUMPUR - Sebuah sistem carian bersepadu yang membolehkan orang ramai menyemak daftar hak milik hartanah, kebangkrapan dan status syarikat secara dalam talian telah dibangunkan di portal e-Tanah. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Noor Azlin Kasim menunjukkan cara menggunakan perkhidmatan ‘Single Window Search’(SWS) sistem carian bersepadu di portal awam e-tanah di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sistem itu dibangunkan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) bagi memudah dan menjimatkan masa pemohon untuk menyelesaikan urusan hartanah. "Prosedur sebelum ini memerlukan pemohon hadir ke mana-mana jabatan yang terlibat hanya untuk menyemak hak milik, status kebangkrapan dan syarikat secara carian berasingan. Sistem carian bersepadu ini membolehkan pemohon menyemak ketiga-tiga carian tersebut melalui portal dalam talian...

Popular