Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel zz-201809

[t18i09] Kenduri Kahwin Adik Kak Ogy

Imej
Gaya Hidup Kenduri Kahwin di Desa Pandan Hari ini pergi ke Desa Pandan untuk memenuhi jemputan ke kenduri kahwin anak pengasuh Aina . Meriah kenduri kahwin ni dengan cabutan bertuah. Tengok tu, ada lauk ikan keli sambal berlada lagi, ish ish ish. Aina dan anak-anak Kak Ogy yang sibuk melayan kerenah Aina . Gambar Blok B7 di Desa Pandan . 20180909

[t18i30] Hari ke-3 di Cameron Highlands

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ The 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry) Kampung Taman Sedia di Cameron Highlands ni memang lokasi yang menarik kerana di kampung ini banyak pusat tanaman strawberry. Sepatutnya kami ke sini sahaja tak perlu petik strawberry di lokasi sebelum ini. Salah satu lokasi tumpuan adalah The 200 Seeds Cafe yang juga dikenali sebagai Abang Strawberry. Salah satu cabaran di Kampung Taman Sedia ini ialah kesesakan lalu lintas. Pada pendapat Tedi para penduduk kampung ini harus berpakat untuk mewujudkan lorong sehala atau memikirkan cara yang sesuai untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di sini. Animasi Aina sedang menghalau seekor anak kucing semasa di the 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry) di Kampung Taman Sedia pada hari ke-3 kami di Cameron Highlands. Umur Aina ialah 1 tahun 7 bulan dan 10 hari.   # Sunday, 30 September 2018, 12:26 # 20180930 # CH-trip-2018-3rdDay (26)-ANIMATION.g...

[t18i29] Mencari Kedai Dobi Layan Diri di Cameron Highlands

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Pada pagi hari Sabtu Master melilau mencari kedai dobi layan diri di Cameron Highland dan akhirnya ketemui juga di kawasan Perumahan Makmur Cameron Jaya di Tanah Rata. Pusat Rawatan Urut Kaki Foot Reflexology Family Spa. Abang Dol Laundry, Dobi Layan Diri, Bersih - Selesa - Harum, 24H Self Service, Dimiliki oleh AN99 Enterprise (CA0269812-H) # Saturday, 29 September 2018, 08:27 # SONY ILCE-5000 # DSC06800 # Blok B5-1-7(S) Jalan PMCJ 7, Perumahan Makmur Cameron Jaya, Darulmakmur, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang # ~20180929~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Saffana's Bamboo Rice & BBQ

Imej
 Tak pernah Tedi sangka boleh jumpa nasi buluh di Cyberjaya ni.   Malam ni kami singgah ke Affin Islamic Bank  cawangan  Shaftbury Square di Cyberjaya untuk bayar hutang kereta melalui mesin deposit tunai di sana. Kemudian selepas selesai urusan bayar hutang kereta tersebut, Mommy kata nak ke Tea Live . Tapi dalam perjalanan ke kedai minuman TeaLive tersebut tiba-tiba sahaja Mommy nampak restoran nasi buluh . Nama restoran tersebut adalah Saffana's Bamboo Rice & BBQ . Ia menawarkan hidangan Malaysia dan Arab . Contoh menu adalah seperti nasi putih dengan ayam bakar, pelbagai hidangan penyet, ada hidangan nasi arab, ada juga grill , ada juga pasta. Besar betul gelas air suam, barulah puas minum air.    Gambar nasi buluh dengan ayam bakar. Mommy kata nasi tu lembut. Sup kosong pun sedap juga. Nasi Mendy Lamb pun tak kurang sedapnya cuma rasa herbanya kuat. Mommy kata kambingnya sedap. Jumlah harga hidangan kami ialah RM 40 setelah dibundarkan kep...

[t18i26] KFA perlu ada pasukan khas nilai pemain import

Imej
PASUKAN  yang menilai pemain import wajar dibentuk oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi memburu pemain berkualiti untuk Lang Merah musim hadapan. Pengerusi Kelab Penyokong Jaguh Utara (JUFC) , Mohd Safarizal Mohd Sobri berkata, pasukan khas ini mampu memastikan persatuan tidak bergantung sepenuhnya kepada ejen. Menurutnya, kesilapan memilih pemain import yang dibawa oleh ejen sebelum ini wajar dijadikan pengajaran dan tidak seharusnya berulang lagi pada musim 2019. Liridon Krasniqi akan tamat kontrak bersama Kedah pada hujung musim ini. "Seeloknya tubuhkan satu pasukan pemantau untuk menilai dan menyiasat latar belakang pemain-pemain import ini. "JUFC tidak mahu ada tangan-tangan ghaib yang menentukan pemilihan pemain import ini. Skuad pemantau hendaklah terdiri di kalangan individu yang mempunyai kepakaran tentang bolasepak dan bukannya orang-orang yang menjaga persatuan bolasepak," katanya ketika dihubungi Sukan Sinar. Bagaimanapun, pemilihan tersebut meme...

[t18i24] Aina Suntik Setahun 6 Bulan

Imej
Semalam Aina terima suntikan untuk bayi berumur satu tahun enam bulan. Suntikan itu diambil di Klinik Kesihatan Salak. Kami ke sana pada waktu petang, bertolak dari Bangsar South sekitar jam 1:30 petang dan sampai di klinik pada jam 3:30 petang. Kami singgah di RnR Nilai untuk membolehkan Mummy menunaikan solat Zuhur. Nanti susah pula nak bergilir menjaga Aina jika Mummy dan Master tunggu solat di klinik tersebut. Sebelum disuntik, Aina sungguh galak, termasuklah memukul anak orang, menggigit bayi, memanjat kerusi, menjerit tak payah ceritalah. Selepas disuntik Aina menangis tak boleh berjalan, padahal yang disuntik ialah lengannya.   Tilam toto sampai Petang semalam juga GDex hantar tilam toto yang Mummy beli. Tujuan beli tilam ni supaya dapatlah Aina tidur di bawah kalau tidur di atas katil takut dia jatuh katil pula. Tedi panggil tilam toto kerana ketebalannya tidak setebal tilam biasa tetapi tidak pula senipis toto. Toto ni bukan toto judi tu tapi benda yang dijadikan a...

[t18i14] Kedah turunkan kesebelasan terbaik lawan Kelantan

Imej
FINALIS  Piala Malaysia musim lalu, Kedah akan menurunkan kesebelasan terbaiknya pada perlawanan akhir Kumpulan C Piala Malaysia bertemu Kelantan di Kota Bharu, Ahad ini. Pemangku Ketua Jurulatihnya, Azzmi Abd Aziz berkata, beliau akan menyediakan gandingan pemain terbaiknya dalam aksi memburu kemenangan menentang The Red Warrior (TRW) biarpun sedar bukan satu tugas mudah. Kedah meletakkan sandaran ke atas Sandro untuk mengetuai serangan mereka merobek gawang Kelantan, Ahad ini. Menurutnya, walaupun memerlukan satu mata sahaja untuk layak ke suku akhir, beliau tetap mahu Lang Merah terbang tinggi di Stadium Sultan Muhammad IV dan perkara tersebut dibuktikan melalui persiapan rapi sejak seminggu yang lalu. “Saya melihat perlawanan ini ibarat perjuangan hidup mati buat Kedah dalam Piala Malaysia musim ini dan semestinya kami akan turun ke Kota Bharu dengan kekuatan penuh. “Kita perlu bermain ‘fast football’ dan taktikal ini akan diterapkan untuk menghidu...

Singgah di Kompleks Jeruk Madu Pak Ali

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Ketika kereta kami berkonvoi keluar dari Pulau Pinang, tiba-tiba Tok Mak hantar mesej nak ke Jeruk Pak Ali. Ah pelik ni? Jeruk Madu Pak Ali bukankah dalam kawasan pulau? Sekarang kami sudah di lebuhraya menuju ke selatan Semenanjung Malaysia... Rupa-rupanya ada kilang memproses Jeruk Madu Pak Ali ni. Inilah kali pertama kami sekeluarga menjejakkan kaki ke sana. Biarlah gambar berbicara. Surau Hajjah Saaydah Selamat Datang ke Kompleks Jeruk Madu Pak Ali. Surau Hajjah Saaydah. Pak Ali TM (sejak 1985). # Sunday, 2 September 2018, 18:33 # 20180902 # DSC06750.JPG # SONY ILCE-5000 # Pak Ali. Peraturan Am di dalam Surau. Adab di dalam Surau. # Sunday, 2 September 2018, 18:27 # 20180902 # DSC06739.JPG # Kamera DSLR SONY ILCE-5000 # Aina 1 tahun 6 bulan 12 hari. Jeruk Madu Pak Ali. Sejak 1985. Penang Famous Pickles Manufacturer. Halal Malaysia nombor rujukan 1039-12/2010. Gula-gula RM 1.00. Set tester. Pewangi sebenar. # Sunday, 2 September 2...

Popular