Menara TM dan TM Annexe 1 dan TM Annexe 2
Tedi membesar bersama kenangan di sekitar Menara TM dan TM Annexe 1 dan TM Annexe 2. Tidak dapat Tedi lupakan bagaimana Menara TM gah di kawasan Jalan Pantai Baharu ketika kawasan Kerinchi masih belum dipanjat bangunan-bangunan tinggi. Malangnya pada zaman itu kamera digital adalah sesuatu yang eksotik. Laman ini akan menyimpan beberapa foto menara-menara tersebut sekadar apa yang ada. Menara TM, Bangsar juga dikenali sebagai Menara Rebung di kalangan peminat filem Avengers ia dikenali sebagai Stark Tower kerana rekaannya yang hampir sama dengan rekaan menara filem superhero tersebut. TM Annexe, Bangsar terdapat 3 menara di mana 2 daripadanya milik TM, iaitu TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 menara yang ketiga itu jika namanya mungkin Annexe 3 telah terbengkalai, dan kemudiannya disiapkan dan diduduki oleh Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar. Persekitaran Menara TM, TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 Koleksi gambar: 19 Februari 2019 | 28 September 2016: Puncak Rebung |...