Memoir seekor Tedi
Malaslah Tedi nak taip panjang-panjang petang ni, takut kurang pahala. hehehe...
Kalau kawan-kawan ni hebat, di manakah lokasi kejadian? Cer teka, cer teka, cer teka...
aku berlari, mengelilingi
tasik sepi, angin terhenti
aku kelemahan, aku kecungapan
di mana kan berhenti?
kesepian, lubuk hati
hanya seekor, sendiri merasakan
pohonan merimbun, seolah menanti
ku hala bayangnya
Tedi labuhkan punggung, atas rumpunan menghijau
pandangan jauh Tedi lontarkan
nun Istana Budaya
Tedi tenung permukaan tasik,
berkocak perlahan! gerak dan bunyi
dalam fikiran hanya algoritma
lantas berjalan, Tedi tersenyum,
seekor diri
suasana petang... menyambut pagi
kedua-duanya, bagai tiada beza
Tedi tersenyum, senyum sendiri
apakah memoir ini?
desiran bebuluh seolah menemani
kicauan beburung riang sekali
ingin sekali Tedi merebahkan tubuh
ingin sekali Tedi bermimpi
adakah gelak mereka itu
hanya sinis? keras menyindirku?
Tedi tak peduli, tidak sesekali
ini duniaku, hanya diriku
seekor Tedi...
Ditulis semula pada 20180526 rangkap ini sebenarnya telah berusia mungkin 11 tahun semasa mula dinukilkan oleh Master. Mungkin dalam tahun 2006 atau 2007. Akhirnya Master pun ubah nukilan ini supaya khusus ada kaitan dengan diri Tedi.
#sarang #uh #reul #sarang #han #in #uh

Ulasan
Kak Xila: hahaha, bukan imaginasi la, betul2 ni, Tasik Titiwangsa, kan terang-terang Tedi mention Istana Budaya...
Kak Aiza: xde puitis la, ni diari jugak ni, tapi dlm ayat belit2 supaya Tedi je tau citer sebenar dia. :P
Kak Nira tersengih je baca puisi Tedi ni. Ehehehe...
Comel je~ (>.<)