بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

terharu ku renung wajah lenamu
bagaimana biasa ku herdik diri tulus itu?

kau selalu, mencuba mencarik kesabaranku 0:19
ku tahu itu, hanya untuk menarik perhatian
bagaimana pengetahuan itu, tidak menebalkan sabarku?
dalam sekelumit waktu bersama 0:50
dalam kesuntukan masa yang ku tidak punya 1:00
kemudian ku mimpi kejari semula

semoga marahku tidak bersuara 1:11
pasti ia akan menikam jiwa
hanya doa dan harapan
agar ku terus bersabar mendidikmu
kau hanya insan muda masih banyak perlu belajar dan mengalami 1:39

moga tiada bias 1:54
moga akan tiada pilih kasih
membezakan antara dirimu dan adikmu

moga kau tidak rasa terasing 2:14
maaf jika ada

moga kau kan terus bahagia
moga ini menjadi janji
kepada diriku sendiri

semoga kesan yang tinggal di dahimu 2:50
ingatkan ku akan janjiku

 

  Hari ini Master pergi hantar bekalan susu Aina dan Aidan untuk menggantikan bekalan susu mereka yang lama, memandangkan hari ini 20210208 adalah hari pertama pada tahun 2021 Aina dan Aidan kembali ke Taska. Sebelum ini tidak dihantar mengenangkan kes Covid-19 yang semakin meningkat dan juga Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang telah dilaksanakan. Namun akhirnya mereka dihantar juga ke Taska mengenangkan banyak yang mereka ketinggalan.
  Ketika Master hantar susu tu Master ternampak Aina sedang tidur waktu tengahari dari sebalik cermin pintu. Nampak muka Aina tenang dan syahdu sahaja, maka inilah yang terlintas di hati Master pada masa itu, direkodkan semoga akan menjadi panduan dan "janji" untuk masa depan. 


~20210208~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih