[t07h18] Percaya

"Jejak atau sisa sesuatu yang hilang atau tidak lagi wujud."
Refleksi Kerjaya & Psikologi:
Itu adalah intipati kepada karya Master yang bertajuk Percaya ini. Coretan pada 1 Jun 2007 ini merakamkan fasa transisi Master dari AlJaroom Resources ke IKCM—sebuah penghijrahan yang melibatkan pengurusan emosi dan strategi keseimbangan kerjaya dan keluarga (Work-Life Balance).

Ia mencoretkan sebahagian konflik yang melanda diri ketika penghijrahan ini berlaku. Rasa sayangkan Aljaroom ditentang hebat oleh tanggungjawab terhadap keluarga.

Pada ketika ini Master sering berasakan pada sesuatu masa ada pengalaman yang telah dilalui, tetapi tidak diingati di mana. Fenomena Deja Vu ini sering dikaitkan dengan kajian neuropsikologi dan fungsi memori manusia. Adakah ia hanya mainan minda atau sebuah petunjuk nyata?

Jika mimpi, ia menjadi nyata, tetapi kenapa tidak diingati mimpi tersebut sehinggalah Master mengalami situasi nyata?

Kod: 22e1920i75 | [Saturday, August 18, 2007, 8:26:19 PM] | Cyberjaya

gambar virtual reality hologram vestige dalam karya Percaya

Visualisasi memori menggunakan elemen Virtual Reality (VR) dan hologram sebagai simbolik sisa memori (Vestige).


Percaya

Kembali nyata
Lembar-lembar mimpiku
Membuatkan aku keliru
Mega ini hadir menjadi saksi KeagunganNya

Terjatuh diri ke jurang dalam
Terasa sukar untuk bangkit kembali
Kemuncak tinggi
Akan sampaikah diriku ke sana?

Ku membisikkan kepada diri
Akan tetap ku teruskan
Segala dugaan ini cuba ku nafikan

Walau berbagai ujian menduga diri
Aku akan teruskan melangkah
Kerana yang memilihnya adalah diri ini
Kerna banyak yang perlu ku lakukan untuk mereka ku kasihi
Ku takkan berhenti

Masa yang berlalu
Mengganas menerkam diriku
Sukarnya untuk mendaki bila terasa mahu berhenti

Hadirnya impian itu
Mendesakku tidak kalah
Walaupun kadangkala leka dalam pendakian
mengheret ku tergelincir

Mendaki ke kemuncak tinggi
Bukan itu yang ku harapkan
Kerna rendah diri menghalangiku
Namun masih menanam impian untuk ke sana
Mencabar diriku

Tuhan
Padamu aku meminta

Walaupun
Aku malu dengan dosa

Namun
Aku terus meminta pada-Mu

Kerna ku mengakui di lubuk hatiku
Engkaulah Tuhanku

Menjelma mimpi yang dibuktikan nyata
Engkau membuatku terpana
Sesungguhya sukar untuk dimengerti tujuan-Mu
Kerana aku hanya tahu
Apa yang Engkau izinkanku

Masih adakah peluang bagi diri ini
Meneruskan pendakian
Lembar-lembar mimpi yang sukar dimengerti
Bagai memberi erti

Aku akan pergi
Pergi buat selamanya
Nota Penulis & Kesihatan Mental:
Karya ini menekankan aspek ketahanan mental (mental resilience) dan kepercayaan penuh kepada Takdir. Dalam setiap perancangan kerjaya atau perubahan besar dalam hidup, aspek kerohanian dan pembangunan diri tetap menjadi tunjang utama untuk terus melangkah.

*** 18 Ogos 2007, 20070818 ***

⌂ Home

Popular