Catatan

[20261023] Masalah AT Oil Temp, Tukar Valve Body di Subaru Bangi | RM 3500

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Ujian CVT Subaru XV: Tukar Valve Body di Subaru Bangi, Masalah Enjin & Tukar Bearing Master telah mengambil cuti khusus pada 23 Oktober 2026 bagi memberi tumpuan penuh untuk menguruskan penyelenggaraan kereta. Segalanya bermula pada malam 22 Oktober 2026 apabila lampu amaran AT Temp Oil tiba-tiba menyala pada papan pemuka Subaru XV milik Master — mengimbau kembali kenangan insiden sama seperti yang pernah dicatatkan dalam hantaran ini . Keesokan paginya, Master mengambil keputusan untuk tidak menggunakan khidmat trak tunda kerana pada mulanya lampu amaran tersebut tidak menyala. Namun, dalam perjalanan menuju ke pusat servis, lampu amaran itu kembali menyala dan dirasakan pemanduan Subaru XV semakin berat. Pemeriksaan & Pilihan Alat Ganti di Subaru Bangi Setibanya di Subaru Bangi , juruteknik menjalankan imbasan OBD (OBD scan) ...

[20261023] Rekod Servis Subaru XV: Tukar FR Tyre Bearing (R) | RM 620

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Petang ini Master ke Sham Tyres and Car Services untuk urusan penyelenggaraan kereta Subaru XV. Berikut adalah butiran yang dicatatkan di dalam resit: Butiran Bengkel: Sham Tyres and Car Services (002329724-U) No. 16, Jalan 8, Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. No. Telefon: 03-8705 2911 Tarikh: 23/10/26 (Jumaat) Kenderaan: Subaru XV Item Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM) FR Tyre Bearing (R) 1 620 620 GRAND TOTAL (RM) 620 ~20261023~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Hiasan Bunga di bilik Desa Mentari | 20110716

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Lama juga kami tinggal di Blok 2 Desa Mentari di Petaling Jaya di Selangor di Malaysia. Ini adalah salah satu gambar yang ada dalam simpanan kami menunjukkan dinding bilik tidur utama yang ditampal dengan hiasan bermotif bunga berwarna ungu. Tampalan hiasan motif bunga di rumah kami di Desa Mentari. # Saturday, 16 July 2011, 02:48 # 20110716 (1).JPG # Canon Canon EOS 500D # https://goo.gl/maps/zcWNLJpe7a6AAq3r9  # Tedi tak tahu nama bunga ni, mungkin orang panggil dia Bunga Teropong? Atau mungkin bunga ini adalah bunga yang digunakan orang untuk mewarnakan Nasi Kerabu? Dinding bilik tidur utama di rumah kami di Desa Mentari ni dicat menggunakan dua warna iaitu putih hijau, sebelum ianya dirosakkan penyewa menyebabkan Master mengecat dinding tu dengan warna putih sepenuhnya. Sakit hati dibuatnya apabila penyewa tak anggap rumah yang mereka duduki tu macam rumah mereka sendiri. 20110716

Borong Air Mineral Evian dari Shopee vs 7E: Berapa Harga Sebenar Per Liter? | 20261008

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ 📖 Pendahuluan Cerita Ceritanya semalam Tok Abah beli air mineral Evian di 7E Taman Seroja dengan harga RM14.40 sebotol bagi kandungan 1L. Tok Abah beli air mineral ini untuk diminum Tok Ma. Master merasakan harga itu terlalu mahal lalu Master meminta Tedi merisik harga air mineral Evian paling murah di atas platform Shopee . Berikut adalah penemuan Tedi. ⭐ BENCHMARK HARGA TERENDAH RM5.45 per liter (Pek 1.5L x 12 Botol) Penanda aras harga rasmi untuk rujukan pembelian ulangan air Evian pada masa hadapan. 📊 Analisis Perbandingan Harga Berdasarkan semakan Tedi di kedai fizikal dan Shopee Official Store , terdapat jurang penjimatan yang ketara apabila membuat perbandingan antara pembelian sebotol secara runcit berbanding pembelian pek karton secara dalam talian termasuk kos penghantaran. (Nota: Anda boleh tatal/skrol jadual ke kiri dan kanan pada skrin telefon) ...

Sepupu Master (Arwah Zamzi) Meninggal Dunia | 20261002

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Master menerima khabar kematian sepupunya pada hari ini. Arwah baru sahaja menjalani pembedahan memasang stent jantung di Hospital JB dan berehat di rumah adiknya sebelum meninggal dunia di sana. Keesokan harinya ( 20261003 ) kami bergerak ke Masjid Bukit Chedang di Seremban di mana arwah akan dimandikan dan disembahyangkan. Kami tiba sekitar jam 3 petang, manakala jenazah tiba kemudian sebelum jam 4 petang. Tok , Tokki , Keluarga Tok Ni , dan Tok Na sudah berada di sana ketika kami sampai. Tok Na dan Tok Ni bermalam di kebun Tok di Ulu Rokan pada malam tadi. Mengenai arwah pakcik Zamzi beliau adalah sepupu Master dari belah Tok di Terengganu . Beliau menetap di Seremban dan kali terakhir bekerja di Johor . Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale d...

Potty untuk kakak | 20210221

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Assalamua'laikum semua. Alkisahnya umur Aina sudah pun mencecah 4 tahun. Sudah tiba masanya untuk dia belajar buang air di tandas dan tidak menggunakan lampin. Mummy telah membeli tandas khusus buat Aina secara atas talian. Tandas ini dipanggil dengan nama manja " potty " adalah khusus untuk ajar kanak-kanak buang air iaitu kencing atau berak. Mummy beli jenis yang untuk dipasang di tandas duduk dewasa, bukan jenis tandas duduk kanak-kanak yang kita kena buang najis di dalamnya nanti. Tandas ini telah sampai beberapa hari cuma pada hari ini 20210221, barulah Master meluangkan masa untuk memasangnya, dengan bantuan juruteknik muda si Aidan. Kandungan:  Sebelum dipasang ,  Aksi Aidan memasang potty ,  Setelah siap dipasang ,  Maklumat Potty Aina , dan  Panduan Pemasangan Potty Aina . Gambar aksi Aidan sibuk juga nak memasang tandas buat kakaknya si Ai...

Perbandingan Harga Deodoran Dashing vs Rexona: Mana Satu Lebih Berbaloi?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Malam ini Master dan Mummy ke Watson Medan 88 untuk membunuh masa. Memandangkan deodoran Master sudah hampir habis, Master pun merisik deodoran yang ada di sana. Kiriman ini adalah untuk rekodkan harga deodoran yang dibandingkan di sana sebagai rujukan pada masa hadapan. Rumusan Pantas Perbandingan Harga Jenama & Produk Pakej / Isipadu Harga Promosi / Ahli Harga Anggaran per ml Dashing (7 / 10 / Cool Aqua) 2 x 125ml (Jumlah: 250ml) RM19.85 RM0.079 / ml (Paling Murah) Rexona Men (Member Special) 2 x 135ml (Jumlah...

Bermain dengan Ionic.Zip dan EPPlus

Imej
Yeay... Hari ini Tedi ada satu misi. Misi untuk menggelitar satu folder yang mengandungi beberapa fail yang dipadatkan (zip). Kemudian kandungannya perlu diekstrak. Dan hasil ekstrak itu perlu dikeluarkan dalam satu fail Excel. Alhamdulillah misi Tedi berjaya! Pertama Tedi gunakan pustaka ionic.zip untuk bermain dengan fail yang dipadatkan. Kemudian Tedi gunakan pustaka EPPlus. Esok kena kemaskini fail Excel yang dihasilkan, kena teliti semula regex pattern yang digunakan kerana ada kandungan fail yang tidak diingini telah termasuk ke dalam fail Excel itu. 20150128

Lukisan Lembu

Imej
Lukisan seekor lembu dengan stroke ringkas. Ini merupakan lakaran fasa akhir bagi lukisan lembu . Untuk maklumat lanjut mengenai cara melukis lembu , sila layari Draw Central . Lukisan Lembu Holstein Lembu Holstein merupakan pilihan popular untuk dilukis kerana corak tompok hitam dan putihnya yang unik dan menarik. Namun, memandangkan baka ini bukan lembu tempatan di Malaysia, ia mungkin kurang sesuai dijadikan bahan pembelajaran utama bagi subjek tempatan. Panduan langkah demi langkah cara melukis lembu Holstein boleh dirujuk di laman web Easy Drawings and Sketches .

Balik ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu menaiki bas Ekspres Musafir | 20190623

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tiket Bas Ekspres Musafir dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Selatan Malam ini Master balik ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu Kelantan menaiki bas Ekpres Musafir bersendirian kerana Mummy sedang berpantang di Kelantan. Destinasi di Kuala Lumpur ialah Terminal Bersepadu Selatan. Ini adalah satu tradisi ketika Mummy sedang berpantang dan pernah Tedi kisahkan perjalanan Master ini dalam kiriman bertajuk  Dari Kota Bharu TESCO ke Kerinchi . Keterangan   Tiket bas EKSPRES MUSAFIR ini merekodkan butiran perjalanan dari KOTA BHARU menuju ke TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS), Kuala Lumpur . Perjalanan bas ekspres ini, yang mewakili salah satu laluan paling popular, dijadualkan pada 23 Jun 2019 dan akan bertolak tepat pada jam 09:00 malam. Tiket bas bernombor rujukan TBS190600216059 ini diperuntukkan untuk penumpang dewasa, dengan tempat duduk bernombor 8A. Harga tiket bas ta...

Tedi @ KL Towerthon | 20160517

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ, وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Isi Kandungan: 📊 Rumusan Masa & Peristiwa 🕒 Sampai di kawasan berkumpul jam 5.30 pagi 🏃 Master dipanggil memulakan perlumbaan 🏁 Sampai di TH03 ☁️ Ke Sky Deck Rumusan Kronologi Towerthon 2016 Masa Peristiwa / Aktiviti 04:30 AM Bangun dan bersiap di hotel penginapan. 05:30 AM Tiba di kawasan berkumpul (Pendaftaran). 06:00 AM Solat Subuh & Pelepasan kelompok pertama. 06:45 AM Master dipanggil memulakan perlumbaan. 07:30 AM Tiba di garisan penamat (Tingkat TH03). 12:00 PM Check-out hotel & cari tempat makan. 05:30 PM Selamat tiba di Sepang. Hari Ahad yang lalu ( 15 Mei 2016 ) merupakan hari yang panjang dalam hidup Tedi kerana seharian Tedi menghabiskan masa bersama Master dan Mommy di Menara Kuala Lumpur (Menara KL) . Pada pagi hari kami sertai KL Towerthon 2016 di Menara tersebut sebelum pada waktu petangnya pula kami menjelajah Menara KL. Towerthon di Menara Ku...

Sakinah kemas rumah | 20140215

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Minggu lepas cik Sakinah datang ke rumah Tedi tak pastilah apa tujuan utama beliau mengunjungi kami, tapi beliau tampak menyibukkan dirinya di sini. Di antara aktiviti beliau adalah tolong mengemas rumah. Ada gaya profesional mengemas barang ni. Tekun dan berdedikasi pula tu. [20140215] Sedang kemaskan meja kopi yang penuh dengan barang-barang. Lepas ni mesti "bersih" meja kopi tu Sakinah kemaskan. Mana dia boleh tengok meja penuh dengan barang, mesti nak kemas. [20140215] ~ 20140215 ~ Jika kiriman ini bermanfaat, sila bantu sokong blog ini dengan melawat iklan yang ada ya. Terima kasih banyak! ← Entri Sebelumnya Entri Seterusnya →

Tak jadi terbang ke Kota Bharu | 20141226

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Rakyat Malaysia Umumnya Mengetahui Bencana Banjir yang Sedang Dahsyat Melanda Negeri Kelantan Darul Naim Gambar suasana banjir di Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu di negeri Kelantan di negara Malaysia. Garaj dan padang sekolah ditenggelami air. Kronologi Keputusan dan Situasi Semasa di Lapangan Petang tadi, sekitar jam 3.30 petang, Mommy sepatutnya terbang ke Kota Bharu (Kelantan) dari KLIA 2 . Manakala Master pula akan menyusul usai kerja pada jam 8.30 malam dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang . Mommy petang tadi hanya menunggu masa untuk masuk ke balai berlepas, menunggu di luar pintu sambil menanti berita terkini daripada keluarga di Kelantan . Akhirnya Mommy memilih untuk tidak menaiki penerbangan tersebut kerana Jambatan Sultan Yahya Petra telah ditutup dan Pasir ...

Cara Aktifkan Face Login Tanpa Tekan Butang Power di Redmi Note 15 Pro 5G

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Cara Mudah Guna Face Login Tanpa Tekan Butang Power Hari ini, Tedi nak kongsikan satu cerita sebagai pembantu setia kepada Master. Beliau yang baru sahaja tukar telefon pintar baru iaitu Redmi Note 15 Pro 5G , mahukan agar pelbagai tetapan diubah agar lebih selesa. Salah satu permintaan penting Master: "Tedi, macam mana nak guna face login tapi tak mahu tekan butang power sebab takut cepat rosak?" Menjaga jangka hayat gajet sememangnya langkah yang bijak! 📱 Langkah 1: Aktifkan "Raise to Wake" Supaya skrin menyala automatik tanpa tekan butang fizikal, aktifkan tetapan ini: Buka aplikasi Settings . Pergi ke Always-on display & Lock screen . Aktifkan pilihan: Raise to wake (Angkat telefon untuk nyala). Double tap to wake (Ketik du...

Cara Pindah MyDigital ID ke Telefon Baharu (Tukar Phone)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Panduan Memindahkan MyDigital ID ke Telefon Baharu Master Ditulis oleh: Tedi | Kategori: Teknologi & Panduan Salam sejahtera kepada semua pembaca blog! Baru-baru ini, Master telah menaik taraf telefon pintar beliau daripada Redmi Note 10S kepada peranti baharu iaitu Redmi Note 15 Pro 5G . Walau bagaimanapun, Master menghadapi masalah apabila ingin menggunakan aplikasi log masuk portal kerajaan Malaysia, iaitu MyDigital ID pada telefon baharu tersebut. Melihat situasi berkenaan, Tedi telah menjalankan sedikit kajian bagi membantu Master menyelesaikan masalah ini. Tedi ingin berkongsi hasil kajian tersebut untuk panduan bersama. Hasil Kajian Tedi Mengenai MyDigital ID Berdasarkan semakan Tedi, sijil MyDigital ID tidak boleh dipindahkan secara terus (direct transfer) dari telefon lama ke telefon baharu. Hal ini demikian kerana sijil digital tersebut diikat secara ...

Nocturne Buat Diriku

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Nocturne Buat Diriku Sekilas terkenangkan dirimu Apakah khabar dirimu di sana..? Sepimu mengundang resah...sejenak ku terfikir Adakah dirimu serupa... resah dengan sepiku Ku rasakan itulah hakikatnya Jari jemariku mengetik papan kekunci Mataku menatap skrin berona Sekilas wajahmu menerpa Apa khabar dirimu di sana..? Benarlah ku bekerja ini Mengejar cita kita Namun jika ia bermakna dikau kesepian Adakah daku membuatmu terluka Adakah dikau mengerti..? Ku rasa dikau cuba mengerti Cuma mungkin daku tidak memahami Saatku kelemahan… dikau menguatkan diriku Tapi tika dirimu perlu berteman Adakah aku menyedari..? Kekadang aku menyesali nasib diri Melibatkan dirimu dalam kisah hidupku Pantas aku menafi Semoga aku insan yang diciptakan buatmu Sekil...

[20260311] Servis 190K Subaru XV di EB Inovatif, Ganti Drive Shaft ODN & Absorber Magneti Marelli

Imej
Diari Tedi: Hari Restorasi Subaru XV STI Master (Servis 190K & Drama Absorber) Selamat malam semua! Isnin, 9 Mac 2026, nampaknya menjadi hari yang sangat sibuk untuk Master demi memastikan Subaru XV STI (2015) kesayangannya kembali dalam keadaan tip-top . Pagi: Temujanji Servis di Kajang Asalnya Master buat temujanji dengan Subaru Bangi, tapi mereka cadangkan Master ke pusat servis pakar, EB Inovatif di Kajang. Master ke sana awal pagi untuk servis minor 190,000km dengan kos keseluruhan RM 495.60 . Kos Servis Pagi (Online Transfer): • Upah Servis 190K: RM 115.00 • Penapis Minyak (Oil Filter): RM 53.00 • Gasket: RM 6.00 • Minyak Enjin Motul 5W30 (4.8L): RM 321.60 Jumlah: RM 495.60 Masa servis ni, mekanik bagi Safety Checklist yang menyatakan drive shaft depan kanan (RHS) bocor, brakepad belakang haus (Yellow-Red), and rear bush rosak. Apa Itu Drive Shaft & Kenapa Ia Penting? Ia adalah komponen yang menghantar tork dari enjin ke roda depan. Jika boot bocor...

KeMaS CTU membakar diriku | 20160618

Imej
Pembangunan Sistem Coretan Sebelum Tidur: Transisi Kod, Pangkalan Data & Sistem KeMaS CTU بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan Kiriman Ekstrak Data Pengguna PosBO Pengambilalihan KeMaS CTU Daripada Mr R Peluang Kembali Mengekod Dan Cabaran Pangkalan Data Logo CTU - Sistem KeMaS CTU yang bakal diambil alih untuk pembangunan modul laporan. # 18 Jun 2016 # 20160618 # KeMaS CTU # Sebelum tidur rasa nak conteng sikit dalam interpretZZ ni.. hehe.. Ekstrak Data Pengguna PosBO Pagi tadi duk godek-godek PosBO untuk keluarkan data pengguna yang berada di luar sana. Alhamdulillah sukses. Pengambilalihan KeMaS CTU Daripada Mr R Kemudian sibuk kacau Mr R untuk dapatkan status KeMaS CTU, minta pangkalan data daripada beliau. Kesian beliau asyik terganggu dek pertanyaan demi pertanyaan, sedangkan beliau masih bergelut nak siapkan KeMaS RFID. KeMaS CTU itu pun sebenarnya setelah Tedi periksa stat...

Popular