Sepupu Master (Arwah Zamzi) Meninggal Dunia | 20261002

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ


Master menerima khabar kematian sepupunya pada hari ini. Arwah baru sahaja menjalani pembedahan memasang stent jantung di Hospital JB dan berehat di rumah adiknya sebelum meninggal dunia di sana.

Keesokan harinya (20261003) kami bergerak ke Masjid Bukit Chedang di Seremban di mana arwah akan dimandikan dan disembahyangkan. Kami tiba sekitar jam 3 petang, manakala jenazah tiba kemudian sebelum jam 4 petang. Tok, Tokki, Keluarga Tok Ni, dan Tok Na sudah berada di sana ketika kami sampai. Tok Na dan Tok Ni bermalam di kebun Tok di Ulu Rokan pada malam tadi.

Mengenai arwah pakcik Zamzi beliau adalah sepupu Master dari belah Tok di Terengganu. Beliau menetap di Seremban dan kali terakhir bekerja di Johor.

Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale di kubur lot A.1303.

Gambar di bawah adalah gambar Aina (4 dari kanan), Aidan dan sepupu mereka si Ikhwan sedang menyaksikan proses pengkebumian jenazah arwah pakcik Zamzi.


~20261003~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

⌂ Home

Popular