KeMaS CTU membakar diriku | 20160618
Coretan Sebelum Tidur: Transisi Kod, Pangkalan Data & Sistem KeMaS CTU
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Logo CTU - Sistem KeMaS CTU yang bakal diambil alih untuk pembangunan modul laporan.
# 18 Jun 2016 # 20160618 # KeMaS CTU #
Sebelum tidur rasa nak conteng sikit dalam interpretZZ ni.. hehe..
Ekstrak Data Pengguna PosBO
Pagi tadi duk godek-godek PosBO untuk keluarkan data pengguna yang berada di luar sana. Alhamdulillah sukses.
Pengambilalihan KeMaS CTU Daripada Mr R
Kemudian sibuk kacau Mr R untuk dapatkan status KeMaS CTU, minta pangkalan data daripada beliau. Kesian beliau asyik terganggu dek pertanyaan demi pertanyaan, sedangkan beliau masih bergelut nak siapkan KeMaS RFID.
KeMaS CTU itu pun sebenarnya setelah Tedi periksa statusnya masih ada yang belum siap iaitu bahagian laporan. Tedi tanya dia sama ada dia dah bersedia biarkan Tedi ambil alih sistemnya itu, dan dia kata dia gembira berbuat demikian. Kalau Tedi lah kan, macam payah sahaja Tedi nak bagi orang sambung bangunkan sistem yang Tedi mulakan. Sebab itulah Tedi susah nak tukar sekolah... huhu.
Peluang Kembali Mengekod Dan Cabaran Pangkalan Data
Transisi ini macam bertukar sekolah juga kepada diri Tedi kerana ia bagi Tedi peluang untuk mengekod semula. Tedi bukan beruang yang suka menghadap dokumen... bosan... Tedi bosan...
Tadi tak sempat pasang pangkalan data versi 2014... uish... banyaknya versi pangkalan data yang Tedi terpaksa gunakan....
Minggu depan sahajalah Tedi bereskan kerana Tedi ada komitmen lain.
Alangkah indahnya kalau Tedi dapat tulis kod di mana sahaja... on the go.. seperti Tedi menconteng dalam interpretZZ sekarang.
Selamat malam.. adios.. amigos...
Ulasan