Hiasan Bunga di bilik Desa Mentari
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Lama juga kami tinggal di Blok 2 Desa Mentari di Petaling Jaya di Selangor di Malaysia.
Ini adalah salah satu gambar yang ada dalam simpanan kami menunjukkan dinding bilik tidur utama yang ditampal dengan hiasan bermotif bunga berwarna ungu.
Tedi tak tahu nama bunga ni, mungkin orang panggil dia Bunga Teropong?
Atau mungkin bunga ini adalah bunga yang digunakan orang untuk mewarnakan Nasi Kerabu?
Dinding bilik tidur utama di rumah kami di Desa Mentari ni dicat menggunakan dua warna iaitu putih hijau, sebelum ianya dirosakkan penyewa menyebabkan Master mengecat dinding tu dengan warna putih sepenuhnya.
Sakit hati dibuatnya apabila penyewa tak anggap rumah yang mereka duduki tu macam rumah mereka sendiri.
20110716
Ulasan