بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Segala puji bagi Allah subhanahu wa ta'ala, tadi sebaik sahaja kami tiba di rumah setelah bercuti di hotel Lexis Hibiscus Port Dickson, telefon pintar Xiaomi Redmi Note 10S yang dibeli oleh Master melalui portal e-dagang Shoppee pun tiba melalui khidmat penghantaran J&T Express. Betul-betul belum pun sempat turun kereta, telefon pintar itu sampai.

Jika kawan-kawan pernah membaca kiriman bertajuk Mencari Pengganti Redmi Note 5A Prime sebelum ini Master telah meminta Tedi menyenaraikan calon pengganti telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime beliau dan akhirnya Master telah terpikat dengan keluarga telefon pintar Redmi Note 10 yang terdiri daripada Redmi Note 10, Redmi Note 10S, Redmi Note 10 5G, dan Redmi Note 10 Pro. Berrsandarkan bajet tidak lebih MYR 800, Master sudah pasti bahawa beliau hanya mampu membeli telefon pintar Xiaomi Redmi Note 10.

Tetapi pucuk dicita ulam mendatang, tiba-tiba sahaja pada 11 November semasa melayari laman Shopee, Master terserempak dengan jualan kilat yang menawarkan telefon pintar Xiaomi Redmi Note 10S pada harga MYR 799 berbanding harga pasaran MYR 899. Bak orang mengantuk dihulurkan bantal, memandangkan harga itu telah jatuh pada harga sasaran beliau, Master terus membuat tempahan dan membayar ketika masa jualan kilat itu berbaki 5 minit!

 

Ulasan telefon pintar Xiaomi Redmi Note 10S

Setakat ini tiada komen yang luar biasa, Master berasakan macam biasa-biasa sahaja menggunakan Remi Note 10S menggantikan Redmi Note 5A Prime. Ciri-ciri yang ada pada Redmi Note 5A Prime masih ada cuma belum cuba alat kawalan jauh menggunakan infra merah, sepatutnya masih ada berdasarkan kajian yang pernah Tedi lakukan.

Fungsi alat kawalan jauh ni penting kerana Master perlukannya jika nak set alat kawalan jauh TV berjenama LG kami kepada mana-mana alat kawalan jauh pihak ketiga. Maklum sahajalah alat kawalan jauh ni bukan kekal elok selamanya.

Saiz Redmi Note 10S lebih panjang berbanding Xiaomi Redmi Note 5A Prime membuatkan jari agak lenguh tak dapat capai bahagian atas telefon.

GPS nampak bagus masih berfungsi seperti pada Redmi Note 5A Prime.

Perubahan ketara tentulah telefon ini lebih laju berbanding Redmi Note 5A Prime kerana mempunyai 8MB RAM berbanding hanya 4MB RAM pada Xiaomi Redmi Note 5A Prime, selain penggunaan teknologi baru pada pemproses, unit storan dan lain-lain.

 

Ulasan tangkap gambar malam

Ambil gambar waktu malam tetap mengecewakan dengan hasil gambar yang kelabu.

Master boleh terima walaupun kecewa sebab ada jugalah berangan dapat tangkap gambar malam yang bagus memandangkan perbezaan spesifikasi kamera yang tinggi di antara Redmi Note 10S dan Redmi Note 5A Prime.

Tetapi setelah dicuba kali kedua, kali ini merakam gambar kedai pada waktu malam, ternyata dapat mengubat kekecewaan Master itu.

Percubaan kali pertama adalah gambar manusia pada waktu senja tanpa sumber cahaya yang baik di mana hasilnya kelabu, percubaan kali kedua adalah gambar kedai yang mempunyai sumber cahaya yang agak bagus, hasilnya lebih baik.

 

Ulasan tangkap gambar siang

apa-apa pun yang penting dapat rakamkan gambar dengan ceritanya sendiri, cantik tak cantik belakang kira.

Gambar siang Tedi tidak perhatikan sangat hasilnya. Sepatutnya lebih cantik berbanding Redmi Note 5A Prime.

 

Pengecasan bateri

Bateri ternyata dicas dengan pantas menggunakan mod pengecasan turbo.

 

Masalah dengan Google Photos

Tetapi ada satu masalah yang agak mengganggu Master iaitu ketika menggunakan Google Photos, bahagian Memory tidak berfungsi dengan baik, tersekat semasa set pustaka gambar, dan album gambar tak kelihatan semuanya seperti dalam telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime.

 


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih