بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Syarikat yang paling mudah dibuat ialah syarikat sendirian. Selalunya pemilik syarikat ini akan gunakan nama Enterprise kerana ia nampak lebih menarik dan kompleks. Contohnya InterpretZZ Enterprise nampak lebih gah berbanding Syarikat InterpretZZ.

Kecuali jika kita mulakan syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.), itu akan nampak lebih gagah di Malaysia kerana ia memiliki set peraturan tersendiri yang perlu dipatuhi.

Okay kita abaikan sudut teknikal kerana banyak maklumat di luar sana yang telah disediakan oleh mereka yang lebih pakar dalam bidang penubuhan dan pendaftaran syarikat.

Apa yang Tedi nak fokus dalam kiriman ini adalah senarai nama syarikat enterprise terutamanya dalam Malaysia untuk dijadikan contoh atau cadangan nama syarikat enterprise tersebut. Kawan-kawan boleh juga baca idea untuk nama syarikat enterprise yang unik.

  1. AB Jafrin Enterprise
  2. Ada Nisa Enterprise
  3. Aman Jaya Enterprise
  4. Angel Touch Enterprise
  5. Chemprai Fiffy Enterprise
  6. D Unggul Kekal Enterprise
  7. Faiza Amer Enterprise
  8. FZ Farming Enterprise
  9. Gah Global Enterprise
  10. Heera Enterprise
  11. Jadesky Enterprise
  12. Lan Tabur Enterprise
  13. Maju Entity Enterprise
  14. Malay Spices Enterprise
  15. Maltis Enterprise
  16. Mama Izz Enterprise
  17. MSMS Horizon Enterprise
  18. Nuralizah Enterprise
  19. Queyun Enterprise
  20. Rizkin & Anak-anak Enterprise
  21. Sajian Selera Rosemegah Enterprise
  22. Sakura Pelangi Enterprise
  23. Seafood Valley Enterprise
  24. Sherry Al Jamalullail Enterprise
  25. Wawasan Maju Kekal Enterprise

Melalui senarai nama syarikat Enterprise di atas kita mendapati bahawa nama syarikat Melayu pun menambah perkataan Enterprise di belakang nama perniagaan mereka bermakna amalan ini sudah menjadi kebiasaan dan diterima di Malaysia. Boleh juga baca kiriman berkenaan idea nama syarikat enterprise Melayu.

Jika tidak mahu menggunakan perkataan "enterprise", kita boleh menggantikan dengan perkataan "syarikat" atau "perusahaan". Contohnya interpretZZ boleh menggunakan nama interpretZZ Enterprise, atau Perusahaan interpretZZ, atau Syarikat interpretZZ. Ada juga yang menggunakan perkataan PKS atau SME untuk menggambarkan mereka adalah syarikat perusahaan kecil dan sederhana.

 

Naik taraf kepada Sendirian Berhad?

Boleh sahaja, nanti nama syarikat itu cuma ditambah Sdn. Bhd. di hujung nama, contohnya interpretZZ Enterprise Sdn. Bhd., atau Perusahaan interpretZZ Sdn. Bhd., atau Syarikat interpretZZ Sdn. Bhd.

Tiada masalah kerana hanya berubah jenis syarikat.

 


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih