بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Residential adalah perkataan dalam Bahasa Inggeris.

Kiriman ini akan menterjemah maksud perkataan "residential" melalui beberapa seksyen:

 

Maksud residential dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan

  1. kediaman
    1. residential area, kawasan kediaman; 
    2. residential hotel, hotel kediaman
    3. residential college, kolej kediaman;
  2. menetap
    1. residential qualifications, kelayakan menetap

 

Maksud residential dalam istilah Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MaBBIM)

  1. residential care: penjagaan di rumah
  2. residential city: kota kediaman
  3. residential differentiation: pembezaan kediaman
  4. residential location: lokasi kediaman
  5. residential neighborhood: ketetanggaan kediaman
  6. residential park: taman kediaman
  7. residential site: taman kediaman
  8. residential square: medan kediaman
  9. residential suburb: pinggiran bandar kediaman
  10. residential transition: transisi kediaman

 

Maksud residential dalam istilah Bahasa Melayu

  1. residential area: kawasan kediaman (kawasan yang dikhaskan untuk perumahan atau sebagai tempat tinggal)
  2. residential city: bandar kediaman
  3. residential college: maktab berasrama, asrama universiti
  4. residential insititution: institusi berasrama
  5. residential mobility: mobiliti kediaman
  6. residential sector: sektor kediaman
  7. residential segregation: segregasi kediaman
  8. residential suburb: pinggir bandar kediaman
  9. residential unit: unit kediaman

 

Maksud residential dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan

  1. residential density: kepadatan kediaman
  2. residential development: pembangunan kediaman
  3. residential investment: pelaburan kediaman
  4. residential land: tanah kediaman
  5. residential land value: nilai tanah kediaman
  6. residential layout: susun atur kediaman
  7. residential parish: mukim kediaman
  8. residential tenancy: penyewaan kediaman
  9. residential zone: zone kediaman
  10. residential zoning: pengezonan kediaman

 

Residensi

Mungkin kawan-kawan juga pernah membaca perkataan residensi ini sekaligus membuatkan kita terfikir kenapa tidak gunakan sahaja perkataan "kediaman"?

  1. Perkataan "residensi" hanya digunakan dalam penamaan bangunan atau kawasan kediaman sahaja, "kediaman" digunakan dalam ayat.
  2. Perkataan "residensi" tiada dalam Bahasa Melayu, perkataan "kediaman" adalah padanan yang betul untuk "residency".
  3. Perkataan "residensi" diletakkan di pangkal nama contohnya seperti Residensi Mawar.

 


Rujukan: Carian Umum (dbp.gov.my)


~20211106~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih