Itulah bunyi soalan seorang pakcik kepada Master pada beberapa tahun dahulu. Baru sekarang Tedi terdetik untuk menyambung ulasan Tedi.

"Tiada. Ada pun kedai-kedai macam lapangan terbang biasa sahaja." - jawab Master dengan yakinnya.

Namun ternyata jawapan Master itu tidak berapa tepat bagi diri Tedi.

Ini adalah bersandarkan kepada fakta bahawa KLIA2 telah direkabentuk kepada 2 bahagian iaitu bahagian mall dan bahagian lapangan terbang. Ia dibina dengan idea untuk menjadikan KLIA2 sebagai hub membeli-belah selain berfungsi sebagai lapangan terbang.

Mall bermaksud satu kawasan membeli-belah yang besar yang tertutup (mungkin dalam satu bangunan) dan tidak ada lalu-lintas kenderaan di dalamnya.

Ini bermakna jika kawan-kawan tidak mahu menaiki kapal terbang, sebaliknya hanya mahu membeli-belah, anda masih boleh singgah ke sana.

Berkenaan harga barangan di sana tiada pula Tedi semak dan periksa.

Kebanyakan kedai di sana adalah kedai pakaian dan perhiasan, tetapi masih ada pasaraya menjual barangan harian. Kedai permainan pun ada di sana.

Cuma yang mungkin menjadi halangan untuk kita ke Kuala Lumpur International 2 semata-mata untuk membeli-belah adalah kadar bayaran tempat letak kereta di sana.

20200314