بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


.

Perlawanan yang sungguh epik! Sebaik sahaja sampai ke rumah selepas makan colek di Kedai Makan Nasi Kerabu Aini, Master gelisah melihatkan Kedah Darul Aman FC ketinggalan 0-1 (minit 50). Kemudian Kedah berjaya samakan kedudukan 1-1 (minit 71) menerusi permainan cantik Kipre dan Fayadh, sebelum KL City kembali mendahului 1-2 menerusi sepakan sudut (minit 79). Lama juga Kedah mengekori dan Mummy pula mula mengejek Kedah kalah. Tetapi usaha pasukan Kedah yang tidak jemu menyerang akhirnya membuahkan hasil apabila mereka samakan kedudukan 2-2 (minit 93), dan kemudian jaringkan gol kemenangan 1 minit sebelum tamat permainan (minit 96).

List of goal scorers and Kedah's position in the Malaysian Super League after the match on 20210424.
Senarai penjaring gol dan kedudukan Kedah dalam Liga Super Malaysia selepas habis perlawanan pada 20210424.

 

Aidil Kagum Kebangkitan Pemain

Bukan ketua jurulatih Kedah sahaja kagum malahan mana-mana peminat bola sepak patut kagum dengan semangat pasukan Kedah!

Alor Setar : Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Aidil Sharin Sahak meluahkan rasa kagum dengan semangat kebangkitan yang dibuktikan pemainnya pada saat akhir dan seterusnya menghadiahkan kemenangan bermakna menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City) 3-2 di Stadium Darul Aman semalam.

Tahniah untuk semua pemain di atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan, saya seakan tidak percaya dalam beberapa minit terakhir saja, pemain berjaya bangkit mendapatkan tiga mata yang dicari selepas ketinggalan.

"Pemain menunjukkan sikap tidak mudah menyerah kalah dan memburu kemenangan hingga ke saat akhir perlawanan walaupun kita tahu KL City memiliki kekuatan dengan membariskan pemain yang kompak dan teratur hingga memaksa kami bekerja dengan lebih keras sepanjang tempoh perlawanan.

"Pemain gantian dan pemain muda yang masuk juga menunjukkan usaha terbaik mereka bagi membantu pasukan, dan inilah karektor yang ada dalam pasukan yang saya harap dapat terus konsisten untuk perlawanan akan datang," katanya.

Menyentuh mengenai keseluruhan aksi kemenangan ini, Aidil Sharin berkata, skuadnya bagaimanapun tidak boleh bersikap puas hati dengan kejayaan yang diperoleh ini, sebaliknya, setiap pemain harus terus mempertingkatkan lagi keupayaan diri dalam latihan bagi menghadapi banyak lagi perlawanan selepas ini.

"Kita akan melihat kembali setiap aspek kelemahan yang ada dalam perlawanan melalui video selepas ini untuk mengatasi setiap kelemahan dalam usaha meningkatkan lagi keupayaan pasukan bagi menghadapi perlawanan akan datang," katanya.

Tambah Aidil Sharin lagi, dengan jumlah dua gol yang dibolosi skuadnya semalam, beliau berharap kekuatan barisan pertahanan juga perlu dipertingkatkan lagi terutama aspek konsentrasi bagi mengatasi kesilapan mudah.

"Kita mahu jentera pertahanan terus meningkatkan keupayaan mereka selanjutnya dan di akhir musim nanti kita berharap dapat melihat keupayaan mereka tidak dibolosi banyak gol," katanya lagi.

Disamping itu, pengendali skuad Hijau Kuning ini juga melahirkan perasaan bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh penyokong Kedah yang hadir memberi sokongan di Stadium Darul Aman.

"Inilah semangat yang ditunjukkan di Stadium Darul Aman, di mana apabila kita ketinggalan, penyokong juga memainkan peranan mereka dengan memberi sorakan semangat untuk pasukan kembali bangkit.

"Saya juga mengingatkan pemain bahawa kemenangan ini sangat penting untuk penyokong yang hadir dan yang menonton dari luar yang sangat mengharapkan kemenangan pasukan," katanya.

Disiarkan pada: April 24, 2021 @ 12:19pm 20210424 di Aidil kagum kebangkitan pemain (hmetro.com.my)

 


~20210424~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih