بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Alor Setar: Pasukan bola sepak Kedah meneruskan latihan tanpa bersentuhan di kawasan tertutup, susulan negeri itu kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 13 hingga 26 Januari.

Menurut laman rasmi Facebook Kedah Darul Aman FC (KDA FC), kebenaran untuk terus berlatih sepanjang PKPB cukup melegakan pihak pengurusan bagi menjaga momentum kecergasan pemain, selepas tiga minggu melakukan persiapan pramusim menjelang bermulanya musim 2021.

"Latihan (petang semalam) diadakan selepas arahan kebenaran berlatih dikeluarkan oleh Liga Bola sepak Malaysia (MFL), meliputi prosedur operasi standarad (SOP) ketat melalui kebenaran Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Keselamatan Negara," katanya.

Sebelum ini kapten pasukan KDA FC, Baddrol Bakhtiar dilaporkan berkata pemain skuad Hijau Kuning itu masih mencari keserasian gandingan pemain baharu dan lama melalui sesi latihan.

Katanya keserasian itu penting bagi membolehkan semua pemain berperanan sebagai nadi penggerak dalam mencari rentak seiring, sekali gus merebut piala liga.

Ketua Jurulatih Aidil Sharin Sahak dikekalkan untuk membimbing skuad Hijau Kuning, selain Baddrol serta beberapa pemain turut dikekalkan antaranya Rizal Ghazali, Shahril Sa'ari, Faizat Ghazli, Zulkhairi Zulkepli dan Azammuddin Akil.

Barisan pemain import pula ialah Kpah Sherman dari Liberia, Rabih Ataya (Lebanon) dan pemain kebangsaan Singapura, Anumanthan Mohan Kumar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 8:29 PM
20210115
Sumber: Kedah teruskan latihan tertutup | Harian Metro (hmetro.com.my)


~20210115~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih