بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) mengikat bekas pemain tengah Terengganu FC (TFC), Asnan Ahmad bagi memperkukuhkan pasukan itu dalam menghadapi saingan Piala AFC dan baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

KDA FC dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan pemain berusia 28 tahun dan merupakan anak jati Kedah itu menjadi pemain pertama menyertai skuad Lang Merah pada tempoh perpindahan pertengahan musim ini.

“Selamat datang diucapkan kepada pemain tengah, Asnan Ahmad yang kini bersama Kedah Darul Aman FC. Bagai sirih pulang ke gagang, beliau juga pernah berbakti bersama pasukan Kedah B-21 (Piala Presiden Kedah) sekitar 2013.

Bagai sirih pulang ke gagang: peribahasa Melayu yang bermaksud "kembali ke asalnya". Dalam konteks berita ini peribahasa ini lebih bermaksud pemain itu kembali ke tempat kelahirannya dan boleh juga bermaksud pemain bola sepak itu kembali ke negeri Kedah di mana pemain itu memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak.

“Pemain yang mempunyai ketinggian 172 cm ini merupakan pemain pertama yang bersama KDA FC dalam tempoh perpindahan pertengahan musim dan akan memakai jersi nombor 4,” menurut kenyataan itu.

Asnan sebelum ini pernah beraksi bersama UKM FC selama beberapa musim, sebelum berhijrah ke TFC pada Disember tahun lepas (2020).

Sementara itu, TFC dalam kenyataan melalui laman Facebooknya turut mengesahkan pemain berkenaan telah meninggalkan pasukan itu untuk menyertai KDA FC.

Terengganu FC ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat pemain tengah pasukan, Asnan Ahmad atas sumbangan serta jasa beliau bersama pasukan ini.

"Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Asnan yang menyertai pasukan negeri kelahirannya Kedah Darul Aman FC,” jelas kenyataan itu. - Bernama

Sumber : Berita bertajuk "Asnan perkuat bahagian tengah Hijau Kuning" https://www.sinarharian.com.my/article/140718/BERITA/Sukan/Asnan-perkuat-bahagian-tengah-Hijau-Kuning © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf 20210527


~20210527~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih