بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


BEKAS pertahanan Hougang United FC, M Anumanthan, 26, menyasarkan untuk membantu Kedah Darul Aman (KDA) FC meraih piala di Liga Malaysia 2021.

Beliau mula turun berlatih bersama skuad kendalian Aidil Sharin Sahak buat pertama kali di Padang Latihan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Alor Setar pada Jumaat.

Pemain kebangsaan Singapura yang mampu beraksi di posisi tengah dan pertahanan itu menyifatkan penglibatannya beraksi bersama pasukan yang besar seperti KDA FC itu sebagai penghargaan buat dirinya.

"Saya rasa teruja kerana diterima untuk bermain bersama sebuah pasukan yang besar seperti Kedah dan akan memberikan yang terbaik kepada pasukan ini.

"Saya hadir untuk mendapatkan cabaran baru di Liga Malaysia. Sasaran saya sudah tentu meraih pelbagai piala bersama KDA FC," katanya yang ditemui sebelum menyertai latihan.

Anumanthan yang lebih dikenali sebagai Anu di kalangan penyokong berkata, beliau juga akan cuba membantu KDA FC untuk memberikan saingan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perebutan juara Liga Super 2021.

"Sasaran saya juga adalah untuk membantu pasukan memberikan saingan dalam Piala AFC 2021," katanya.

Anu tidak asing kepada Aidil Sharin kerana pernah bekerjasama di Home United ((kini Lion City Sailors FC) pada musim 2017 dan 2018.

Laman Facebook KDA FC pada Sabtu mengesahkan pemain tersebut akan beraksi di posisi tengah untuk pasukan Hijau Kuning musim bagi 2021 dan telah menandatangani kontrak selama setahun.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/118327/BERITA/Sukan/Anumanthan-teruja-sertai-KDA-FC 
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
20210109
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih