[t24a17] Peribahasa Kasih Sayang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Kiriman ini adalah berkenaan contoh peribahasa kasih sayang.

Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang

Maksud peribahasa: Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.


Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah

Maksud peribahasa: Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda.


Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang

Maksud peribahasa: Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda.
(Peribahasa lain yang sama makna: Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah).


Bagai emak mandul baru beranak

  1. Maksud peribahasa:
    1. Girang yang amat sangat;
    2. Kasih sayang yang terlalu amat.

Bagai menjaga permata intan ketika dicanai

Maksud peribahasa: Kasih sayang yang tidak ada taranya.

Peribahasa ini boleh digunakan sebagai peribahasa kasih sayang ibu, peribahasa kasih sayang ibu bapa terhadap anak, juga peribahasa kasih sayang keluarga. Rujuk: [t23f19] Peribahasa Ibu Bapa[T21H30] Peribahasa Keluarga untuk lebih banyak contoh peribahasa.

Bagai sayang kaki pada terompah

  1. Maksud peribahasa:
    1. Kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan,
    2. Sesuatu yang digunakan pada waktu perlu saja.

Hidung dicium, pipi digigit

  1. Maksud peribahasa:
    1. Kasih sayang yang pura-pura saja;
    2. menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik.

Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat

  1. Maksud peribahasa: Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik.
  2. Peribahasa lain yang sama makna: Berkaul kepada [= ke tempat] keramat.

Seperti embun di hujung rumput

Maksud peribahasa: Kasih sayang yang lekas hilang.


Seperti labah-labah cinta kepada telurnya / Seperti labah-labah kasih sayang kepada telurnya

Maksud peribahasa: Kasih sayang yang tak dapat dipisahkan.


Umpama bunga, sedap dipakai, layu dibuang

Maksud peribahasa: Kasih sayang sementara disukai, sudah bosan lalu dibuang.



~20240117~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

⌂ Home

Popular