بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


[Kandungan]

Berikut adalah senarai peribahasa ibu bapa:

  1. Badan bersaudara; emas perak tiada bersaudara; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa
  2. Bagai bertemu buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu.
  3. Bagai makan buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu.
  4. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa.
  5. Bagai tekukur mengikut kata
  6. Bomoh mencari orang sakit
  7. Bulat waris mengadakan buapak, bulat buapak mengadakan lembaga.
  8. Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala
  9. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa
  10. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa.
  11. Jangan meludah ke langit
  12. Kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa.
  13. Seperti cebok dengan tempayan
  14. Seperti gayung dengan tempayan

Badan bersaudara; emas perak tiada bersaudara; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa

Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.

Bagai bertemu buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu.

  1. Maksud peribahasa:
    1. Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit;
    2. dalam keadaan yang serba salah.
  2. Bandingkan dengan peribahasa: Lalu hangus, surut layu.
  3. Peribahasa sama maksud:
    1. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa
    2. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang
    3. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang
    4. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa
    5. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa
    6. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang
    7. Seperti Quran buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa.

[Kandungan]

Bagai makan buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu

Rujuk peribahasa Bagai bertemu buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu.

[Kandungan]

Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa.

  1. Maksud peribahasa:
    1. Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit;
    2. dalam keadaan yang seba salah.
  2. Peribahasa lain yang sama makna:
    1. Bagai bertemu buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu
    2. Seperti Quran buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa.

[Kandungan]

Bagai tekukur mengikut kata

Maksud peribahasa: Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.

Bomoh mencari orang sakit

  1. Maksud peribahasa:
    1. Orang perempuan mencari suami;
    2. ibu bapa mengemukakan anak gadisnya.

Bulat waris mengadakan buapak, bulat buapak mengadakan lembaga

  1. Maksud peribahasa: Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga.
  2. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

[Kandungan]

Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala

Menghabiskan harta ibu bapa atau harta majikan.

[Kandungan]

Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa

  1. Maksud peribahasa:
    1. Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit;
    2. dalam keadaan yang serba salah.
  2. Peribahasa lain yang sama makna:
    1. Bagai bertemu buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu.
    2. Bagai makan buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu
    3. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa,
    4. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang,
    5. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang,
    6. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa,
    7. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang

[Kandungan]

Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa.

Rujuk Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa.

[Kandungan]

Jangan meludah ke langit

  1. Maksud peribahasa:
    1. Jangan mengeji ibu bapa atau saudara mara sendiri.
    2. Jangan mencela ibu bapa atau saudara mara sendiri.

[Kandungan]

Kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa.

Kasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya.

[Kandungan]

Seperti cebok dengan tempayan

Ibu bapa menghimpunkan harta, anaknya menghabiskan.

[Kandungan]

Seperti gayung dengan tempayan

Ibu bapa menghimpunkan harta, anaknya menghabiskan.

<top>


Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


~20230619~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih