Catatan

[t20l24] Kedah tagih pengalaman Khairul Azman

ALOR SETAR: Kehadiran legenda penjaga gawang negara, Khairul Azman Mohamed diharap dapat membantu menjadikan penjaga gol Kedah lebih tangkas dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dilantik menjadi jurulatih penjaga gol skuad Lang Merah bagi menggantikan Mohd Effendy Kamsah dan sudah mula menjalankan tugas, semalam. Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Khamal Idris Ali, berkata skuad Kedah kini lebih fokus melakukan penambahbaikan dalam membentuk pasukan yang mantap di semua posisi. "Selamat datang legenda penjaga gol Khairul Azman ke Kedah. Kemasukan beliau satu strategi terbaru kerana kita mahu melakukan penambahbaikan dari semua aspek, termasuk kejurulatihan pada musim depan berbanding musim sebelum ini." "Berdasarkan pengalamannya, saya rasa kita akan dapat mendapat manfaat dalam memperkukuhkan pasukan terutama di benteng terakhir," katanya. Khamal juga meluahkan rasa syukur kerana usa...

[t22d02] Gigi Susu Aina Tercabut Buat Pertama Kali

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Keterangan  Gigi Aina tercabut buat pertama kali ketika Master, Aina dan Aidan menunggu Mummy selesai temujanji dengan doktor di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Peristiwa ini berlaku dalam kereta Subaru XV STI sewaktu Aina minum susu botol. Gigi pertama Aina yang tercabut ialah gigi kapak sebelah bawah. Umur Aina pada masa ini ialah 5 tahun 1 bulan dan 10 hari. Bila?  Saturday, 2 April 2022, 11:24 Kamera  OPPO Reno2 Gambar  IMG20220402112401 Teks   Lokasi   4MF9+6CH Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur ~20220402~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Janji

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Video Muzik Keterangan terharu ku renung wajah lenamu bagaimana biasa ku herdik diri tulus itu? kau selalu, mencuba mencarik kesabaranku  0:19 ku tahu itu, hanya untuk menarik perhatian bagaimana pengetahuan itu, tidak menebalkan sabarku? dalam sekelumit waktu bersama 0:50 dalam kesuntukan masa yang ku tidak punya 1:00 kemudian ku mimpi kejari semula semoga marahku tidak bersuara 1:11 pasti ia akan menikam jiwa hanya doa dan harapan agar ku terus bersabar mendidikmu kau hanya insan muda masih banyak perlu belajar dan mengalami 1:39 moga tiada bias  1:54 moga akan tiada pilih kasih membezakan antara dirimu dan adikmu moga kau tidak rasa terasing 2:14 maaf jika ada moga kau kan terus bahagia moga ini menjadi janji kepada diriku sendiri semoga kesan yang tinggal di dahimu  2:50 ingatkan ku akan janjiku Video Muzik Janji telah memecah tradisi kerana ini adalah karya per...

Era Baharu Hijau Kuning: KDA FC Pilih "Reset" di Liga A1 Demi Kelangsungan Kelab

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Kedah Darul Aman (KDA) FC secara rasmi memulakan proses penstrukturan semula dengan mengesahkan penyertaan dalam Liga A1 Semi-Pro bagi musim 2025/26 . Langkah ini diambil oleh pemilik majoriti, Tan Sri Mohd Daud Bakar , sebagai pelan pemulihan kritikal untuk menangani isu tunggakan gaji serta memastikan kelangsungan kelab Hijau Kuning dalam arena bola sepak Malaysia . Isi Kandungan 1. Mengenai Liga A1 Semi-Pro 2. Senarai 16 Pasukan Bertanding 3. Fakta Tambahan & Pelan Strategik 4. Keratan Berita Penuh (Versi Lengkap) Mengenai Liga A1 Semi-Pro Liga A1 Semi-Pro merupakan divisyen kedua dalam sistem piramid bola sepak Malaysia , berada tepat di bawah Liga Super . Tahap Saingan: Dikelola oleh Amateur Football League (...

[t25d24] Aina buat hal di sekolah kebangsaan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ  Hari ini tiba-tiba sahaja Mummy terima panggilan telefon dari Sekolah Kebangsaan di mana Aina belajar. Aina buat masalah di sekolah. Mummy telefon Master yang bekerja dari rumah meminta Master ke sekolah kerana guru kaunseling dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mahu menemui beliau. Master punyalah risau memikirkan Aina mungkin telah mencederakan kawan-kawannya kerana Aina itu boleh dikatakan kasar jika bermain. Master membawa Aidan bersamanya kerana kebetulan Aidan tidak ke tadika kerana batuk. Rupa-rupanya Aina telah merosakkan 15 buah buku tulis pelajar darjah 5. Terkejut juga Master kerana bilakah masanya Aina boleh melakukan perkara itu tanpa disedari sesiapa. Hal kerosakan buku-buku itu hanya disedari oleh murid-murid tahun 5 apabila mereka mahu menggunakan buku tulis mereka yang disimpan di loker dalam bilik darjah. Kelas Aina dikongsi dengan pelajar tahun 5 p...

[t25d24] Penyulitan Data di AngularJS menggunakan Forge dan penyahsulitan menggunakan EJB Java EE 7 dan Java 8

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ  Kali ini Tedi menerima satu kerja sekolah yang agak memeningkan di mana Tedi perlu menyulitkan satu data dari sistem front end yang menggunakan AngularJS dan kemudian nyahsulit data tersebut di bahagian back end menggunakan EJB (Enterprise JavaBeans) dan Java 8. Penyulitan data di AngularJS menggunakan forge Tedi bernasib baik kerana ada beberapa library yang boleh membantu Tedi mencapai matlamat tersebut. Library itu adalah forge . Memangangkan projek AngularJS ini menggunakan pengurus pakej bower maka perkara pertama adalah Tedi perlu install forge. bower install forge --save Kemudian Tedi perlu import forge ke dalam projek, memandangkan kami menggunakan requireJs cara import adalah seperti berikut:   Seterusnya Tedi boleh menggunakan forge untuk penyulitan data seperti berikut   Penyulitan data oleh forge menggunakan public key yang boleh kita jana menggunakan op...

Master periksa mata di Hospital Putrajaya

Imej
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sollallahu álaihi wassalam. Hari ini Master keluar rumah sekitar jam 7 pagi untuk ke Hospital Putrajaya kerana Master ada temujanji dengan ophthalmologist di sana. Master sampai di Hospital Putrajaya sekitar jam 7:40 pagi dan dapat nombor pada jam 7:50 pagi. Master dipanggil untuk pemeriksaan sekitar jam 8:30 pagi, dan habis temujanji dengan ophthalmologist sekitar jam 9:15 pagi. Ophthalmologist adalah gelaran bagi doktor pakar mata. Ini adalah temujanji kedua Master dengan pakar mata di Hospital Putrajaya, sebagai pemeriksaan susulan kepada pemeriksaan pertama dalam bulan Disember 2017 yang dilakukan kerana kemalangan kereta yang kami sekeluarga alami. Kali ini Master turut membawa hasil pemeriksaan mata yang diperolehi dari Hospital Kuala Lumpur. Merujuk kepada laporan pemeriksaan tersebut, doktor pakar mata tu menyatakan bahawa mata Master adalah normal dan tiada...

Popular