Era Baharu Hijau Kuning: KDA FC Pilih "Reset" di Liga A1 Demi Kelangsungan Kelab
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Kedah Darul Aman (KDA) FC secara rasmi memulakan proses penstrukturan semula dengan mengesahkan penyertaan dalam Liga A1 Semi-Pro bagi musim 2025/26. Langkah ini diambil oleh pemilik majoriti, Tan Sri Mohd Daud Bakar, sebagai pelan pemulihan kritikal untuk menangani isu tunggakan gaji serta memastikan kelangsungan kelab Hijau Kuning dalam arena bola sepak Malaysia.
Isi Kandungan
Mengenai Liga A1 Semi-Pro
Liga A1 Semi-Pro merupakan divisyen kedua dalam sistem piramid bola sepak Malaysia, berada tepat di bawah Liga Super.
- Tahap Saingan: Dikelola oleh Amateur Football League (AFL).
- Format: 16 pasukan bertanding dengan sistem promosi ke Liga Super.
- Pemain U23: Syarat wajib menurunkan 3 pemain bawah 23 tahun.
- Piala Malaysia: Slot terbuka untuk pasukan terbaik liga.
Senarai 16 Pasukan Liga A1 Semi-Pro 2025/26
| Bil | Pasukan | Nota / Profil |
|---|---|---|
| 1 | KDA FC | Lulus Bersyarat; Fokus pemulihan |
| 2 | Kedah FA | Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) |
| 3 | Perlis GSA | Wakil tunggal Perlis |
| 4 | FC Seoul Phoenix | Pengaruh teknikal Korea |
| 5 | JDT II | Pasukan pembangunan Johor |
| 6 | Selangor FC II | Pasukan pembangunan Selangor |
| 7 | Armed Forces FC | Pasukan ATM |
| 8 | Imigresen FC | Naib Juara musim lalu |
| 9 | Manjung City FC | Wakil Perak |
| 10 | Perak FA (PAFA) | Pasukan persatuan Perak |
| 11 | Kelantan RW FC | The Red Warriors |
| 12 | Kelantan WTS FC | Wakil kedua Kelantan |
| 13 | Malaysian Uni | Pasukan gabungan IPT |
| 14 | UM-Damansara Utd | Kemasukan senarai menunggu |
| 15 | Bunga Raya FC | Wakil Negeri Sembilan |
| 16 | Machan FC | Wakil Sarawak |
Fakta Tambahan & Pelan Strategik (RTM & BH)
- Kelulusan Bersyarat: KDA FC, Perlis GSA, dan FC Seoul Phoenix wajib penuhi kriteria dokumentasi AFL segera.
- Penarikan Diri: Ipoh City FC sah menarik diri dari senarai menunggu.
- Pelan Kelangsungan: Tan Sri Mohd Daud Bakar menegaskan ini strategi untuk stabilkan kewangan tanpa tekanan kos tinggi Liga Super.
- Komitmen Gaji: Penyelesaian tunggakan secara profesional bersama pemain dan staf KDA FC.
Keratan Berita Asal LENGKAP: Kedah Darul Aman persiap pasukan sertai Liga A1 Semi-Pro
Kedah Darul Aman (KDA) hari ini mengumumkan pasukan itu dalam proses persiapan serta sedang menyediakan pasukan bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi-Pro bagi musim 2025/26. Pemilik majoriti KDA, Tan Sri Mohd Daud Bakar, telah mengadakan pertemuan bersama barisan pemain, kejurulatihan kelab untuk mencari solusi terbaik serta penyelesaian kepada masalah tunggakan gaji sebelum ini.
"Kelab Bolasepak Kedah Darul Aman (KDA FC) ingin memaklumkan bahawa kelab kini sedang dalam proses menyertai dan akan mempersiapkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga A1 musim 2025/2026."
"Langkah ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kelab untuk memastikan kelangsungan dan daya saing KDA FC dalam arena bola sepak negara."
"Sehubungan itu, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, selaku pemilik majoriti KDA FC, akan mengadakan pertemuan bersama bekas pemain, barisan kejurulatihan dan kakitangan kelab dalam masa terdekat. Pertemuan ini bertujuan mencari solusi dan penyelesaian kepada isu tunggakan gaji secara teratur and adil, demi menjaga kebajikan serta profesionalisme semua yang terlibat."
"Dalam usaha membawa kelab ke tahap yang lebih baik, pihak KDA FC turut memulakan proses penstrukturan semula pengurusan kelab. Pelantikan barisan pengurusan baharu bukan sahaja akan menumpukan kepada penyelesaian isu-isu tertunggak, malah akan merangkumi perancangan strategik jangka pendek dan panjang."
"Fokus utama adalah untuk memastikan kestabilan struktur pengurusan, komersial dan kewangan kelab, seiring dengan usaha memperkukuhkan prestasi pasukan di atas padang. KDA FC komited untuk membuka lembaran baharu yang lebih tersusun, telus dan mampan dalam segala aspek operasi kelab." katanya.
🏠 Ke Halaman Utama
Ulasan