بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Hari ini tiba-tiba sahaja Mummy terima panggilan telefon dari Sekolah Kebangsaan di mana Aina belajar. Aina buat masalah di sekolah. Mummy telefon Master yang bekerja dari rumah meminta Master ke sekolah kerana guru kaunseling dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mahu menemui beliau.
Master punyalah risau memikirkan Aina mungkin telah mencederakan kawan-kawannya kerana Aina itu boleh dikatakan kasar jika bermain. Master membawa Aidan bersamanya kerana kebetulan Aidan tidak ke tadika kerana batuk.
Rupa-rupanya Aina telah merosakkan 15 buah buku tulis pelajar darjah 5. Terkejut juga Master kerana bilakah masanya Aina boleh melakukan perkara itu tanpa disedari sesiapa. Hal kerosakan buku-buku itu hanya disedari oleh murid-murid tahun 5 apabila mereka mahu menggunakan buku tulis mereka yang disimpan di loker dalam bilik darjah.
Kelas Aina dikongsi dengan pelajar tahun 5 pada sesi pagi.
Antara kerosakan yang berlaku ke atas buku-buku tulis itu ialah diconteng, dikoyak, dan digunting.
Guru Kaunseling memaklumkan Aina sendiri datang mengaku kesalahannya dan daripada contoh tulisan ternyata serupa dengan tulisan Aina kerana huruf "k" tulisannya agak unik.
Tak tahu nak kata apa yang difikirkan oleh Aina ketika melakukan kerosakan tersebut. Master cuma terfikir mungkin dia ni tertekan belajar dan dengki dengan orang yang lebih pandai.
Mungkin kena cari pakar jiwa kanak-kanak untuk mengetahui masalah si Aina ni.
~20250424~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.