Catatan

[t19c09] Tukar Suis Sensor Undur, Mentol dan Pemegang Pintu Kereta Proton Persona Elegance

Imej
Tukar mentol lampu dan penderia undur kereta Proton Persona Tukar Pemegang Pintu Kereta Proton Persona Tukar mentol lampu dan penderia undur kereta Proton Persona Lima hari setelah penggantian motor kipas radiator kereta Proton Persona Elegance , Master membawa kereta Proton Persona itu ke bengkel di Kosmopleks untuk periksa masalah sensor undur kereta Proton Persona itu tidak berbunyi. Selain itu Master juga mahu periksa masalah lampu belakang menyala sebelah, lampu brek belakang tidak menyala, dan lampu undur tidak menyala. Master pergi ke bengkel Zam di Kosmopleks, sebelum mekanik di bengkel Zam menasihati kami membawa kereta Proton Persona Elegance itu ke kedai aksesori kereta bernama Car Room Auto Part & Accessories. Setelah diperiksa didapati bahawa mentol-mentol lampu yang terjejas telah terbakar. Master agak musykil bagaimana boleh terbakar serentak? Master syak mekanik di JDMH Puncak Jalil yang punya angkara. Tetapi mekanik di kedai aksesori Car Room Auto Part ...

[t18b13] Tukar Pemegang Pintu Kereta Proton Persona 2008

Imej
Semalam Tok Abah bawa kereta Proton Persona 2008 1.6 transmisi manual ke bengkel. Tujuannya nak tukar pemegang pintu kereta bahagian pemandu yang patah. Setakat ni sudah tiga pemegang pintu kereta Proton Persona 2008 tersebut yang patah, mungkin kerana sudah reput sesuai dengan usianya yang sudah hampir 10 tahun itu. Tok Abah tukar pemegang pintu kereta bahagian pemandu dengan harga RM 55 (lima puluh Ringgit Malaysia sahaja), di mana harga itu adalah bagi pemegang pintu kereta dengan warna perak (silver) iaitu sama dengan warna badan kereta Proton Persona 2008 tersebut. Harga Pemegang Pintu Kereta Kemudian ketika  Tukar Suis Sensor Undur Kereta Proton Persona Elegance , Master sempat tanya harga pemegang pintu kereta itu dan harganya ialah RM 35 satu set untuk warna hitam dan RM 55 satu set untuk warna silver. Kemudian Master mengupah Pak Lang Epul menukar pemegang pintu kereta Proton Persona itu berwarna hitam dengan harga RM 60 untuk 4 set atau RM 15 satu set. Tiada...

[t22g06] TFC layak suku akhir Piala FA selepas singkir Kedah

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) mara ke suku akhir Piala FA selepas menumpaskan Kedah Darul Aman FC 1-0 pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, di sini, yang berakhir sebentar tadi. Dengan kemenangan itu, skuad kendalian Nafuzi Zain bakal bertemu bekas gurunya, Irfan Bakti Abu Salim yang kini membimbing pasukan Kuching City FC. Skuad Penyu yang masih segar hasil kemenangan 2-1 ke atas Sri Pahang FC Ahad lalu dalam saingan Liga Super bermula garang apabila hampir mendahului pelawat pada minit pertama. Namun percubaan penyerang utamanya, Kpah Sherman berjaya dihalang penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal Chek Kasim yang turut berperanan sebagai kapten pasukan. Bagaimanapun lima minit berselang, stadium yang dibanjiri 11,700 peminat setia kembali bergema apabila pemain paling rendah dalam padang, Faiz Nasir yang juga dikenali 'Messi Terengganu' menanduk masuk hasil umpanan Mohd Faisal Halim untuk mendahului 1-0. TFC yang mendominasi permainan terus bernafsu un...

[t21e01] Tiga Hari Berturut-turut ke Bangi Gateway

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Sinopsis Hari ini kami berkereta ke banyak tempat juga: Ke Menara TM untuk ambil barang Mummy dan hantar biskut semperit ke kawan Mummy. Ke kondominium Fajaria untuk hantar biskut semperit ke kawan Mummy juga. Ke apartment Pantai Permai untuk cari karipap sedap. Ke Segambut untuk hantar biskut semperit ke kawan Mummy juga. Ke Bangi Gateway untuk tukar songkok Aidan . Makan malam di D Asria Garden Cafe. Tedi kongsikan apa yang mampu je dulu. Lain kali Tedi tambah lagi.y Hari ke-3 di Bangi Gateway Erm, hari Khamis sudah ke sini. Semalam pun ke sini ambil baju raya Master dan Aidan yang tertinggal di kedai seluar, Mummy beli songkok Aidan tanpa kehadiran Aidan yang berada di taska. Hari ini terpaksa kembali ke Bangi Gateway lagi untuk tukar songkok Aidan kerana tidak muat kepalanya. Besar juga kepala Aidan tu ya. Gelagat YB kecil Aidan sedang melawat kedai menjual p...

[t16b07] Melancong ke Bukit Bendera Pulau Pinang Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Gambar di sekitar Air Itam War Memorial Park ketika dalam perjalanan ke Bukit Bendera terletak berhampiran dengan bulatan Air Itam. Mengiukut pemahaman Tedi memorial ini adalah untuk mengingati pejuang negara China di luar negara China yang membantu perjuangan China ketika berperang dengan Jepun. Dikatakan di bawah memorial itu ada abu mayat pejuang yang memberi bantuan melalui jalan darat Myanmar - China kerana Jepun telah menyekat laluan pelabuhan. Memorial orang menolak trak itu pula simbolik kepada sukarelawan menghantar bantuan ke China.   # STESEN KERETAPI BUKIT BENDERA # JALAN STESEN BUKIT BENDERA 11500 AIR HITAM # PENANG HILL RAILWAY STATION # BAS PEKERJA # 搬到人间石氏智 政 # 50 # 恭贺新 # TERUS BERJUANG # Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DAP Pulau Pinang # 福州民主行動健 # # Sunday, 7 February 2016, 13:07 # DSC_2711 # Sony D2533 # https://goo.gl/maps/NSruU1KbQ5kfsQMHA  # ...

[t19g27] Ganti Minyak Gear Kereta Proton Persona

Imej
Bawa kereta Proton Persona ke Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi untuk tukar minyak gear manual. Harga termasuk upah ialah RM 68. Jarak perbatuan untuk penukaran minyak gear seterusnya ialah 8000 kilometer daripada catatan perbatuan sekarang (164916). Tetapi macam tipu je ni sebab kalau tak silap meter perbatuan kereta manual Proton Persona tu kalau tak silap belum cecah 163000 kilometer pun, mungkin tersilap tulis agaknya. Pertama kali Tedi dengar minyak gear kereta jenama Liqui Moly ni di Malaysia, selalunya popular dengan minyak enjin je. Rasanya ini kali kedua Master tukar minyak gear manual kereta Proton Persona tetapi tiada catatan dalam interpretzz mengenai penyelenggaraan sebelumnya. Liqui Moly lube oils additives car care | www.liquimolyasia.com | Last service : Date 27.7.2019 Mileage ( km) 164916 | Next service : mileage (km) 172916 | Oil Viscosity Grade : Liqui Moly 10/40 | Additive used : N/A | Your trusted workshop : Apworks | Please contact us. Saturday, 27 July 201...

[t20i13] My Place Cafe at Kunci Air di Sungai Besar di Selangor di Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Prolog Semuanya bermula apabila Master berjaya  install aplikasi Google Map dalam kereta Subaru XV STI kami sebelum kami pergi ke rumah Mak Long di Sungai Besar. Bermulalah ekspedisi kami menjelajah tiap lorong yang kelihatan menuju ke laut, kerana Master tak puas hati kenapa tiada pantai di Sungai Besar, sedangkan ia terletak berhampiran laut? Salah satu lorong yang kami terokai membawa kami ke sebuah kedai makan di tepi laut berdekatan kunci air. Kedai makan itu dinamakan My Place Cafe at Kunci Air, rupa-rupanya adalah sebuah kedai makan terkenal di dalam Google Maps yang boleh dikatakan tempat menarik di Sungai Besar Selangor. Banyak gambar dan review mengenai kedai makan My Place Cafe at Kunci Air ni dalam Google maka tak perlulah Tedi mengarut sangat, pandai-pandailah baca dan terima ya. Lokasi Kami kepilkan Streetview kedai makan My Place Cafe at Kunci Air tersebut, gam...

Popular