• Lima hari setelah penggantian motor kipas radiator kereta Proton Persona Elegance, Master membawa kereta Proton Persona itu ke bengkel di Kosmopleks untuk periksa masalah sensor undur kereta Proton Persona itu tidak berbunyi.
  • Selain itu Master juga mahu periksa masalah lampu belakang menyala sebelah, lampu brek belakang tidak menyala, dan lampu undur tidak menyala. Master pergi ke bengkel Zam di Kosmopleks, sebelum mekanik di bengkel Zam menasihati kami membawa kereta Proton Persona Elegance itu ke kedai aksesori kereta bernama Car Room Auto Part & Accessories.
  • Setelah diperiksa didapati bahawa mentol-mentol lampu yang terjejas telah terbakar. Master agak musykil bagaimana boleh terbakar serentak? Master syak mekanik di JDMH Puncak Jalil yang punya angkara. Tetapi mekanik di kedai aksesori Car Room Auto Part & Accessories tu kata ini masalah biasa.
  • Pemeriksaan ke atas sensor undur Proton Persona itu menunjukkan suis sensor undur sudah rosak. Ia boleh digantikan dengan harga RM 65 sahaja (enam puluh lima Ringgit Malaysia sahaja).
  • Jumlah kos keseluruhan termasuk tukar 1 mentol belakang, 2 mentol lampu brek belakang, dan 2 mentol undur ialah RM 85 (lapan puluh lima Ringgit Malaysia).
  • Master turut menanyakan harga handle pintu kereta Proton Persona dan harga set handle pintu Proton Persona berwarna hitam termasuk pemasangan ialah RM 35 (tiga puluh lima Ringgit Malaysia sahaja), dan RM 55 (lima puluh lima Ringgit Malaysia) untuk set berwarna silver.
gambar belakang kereta Proton Persona ELegance
Tukar mentol lampu belakang, lampu undur, dan lampu brek belakang kereta Proton Persona Elegance.
Tukar juga suis sensor undur dengan harga RM 65.
Entah macam mana tinggal 1 mentol lampu belakang dan lampu brek ketiga sahaja berfungsi.
# 9 Mac 2019 jam 12:34 tengahari hari Sabtu
# IMG_20190309_123416.jpg 20190309 201903
# Xiaomi Redmi Note 5A
# Car Room Auto Part & Accessories, Jalan 1, Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Malaysia.