بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Prolog

Semuanya bermula apabila Master berjaya install aplikasi Google Map dalam kereta Subaru XV STI kami sebelum kami pergi ke rumah Mak Long di Sungai Besar.

Bermulalah ekspedisi kami menjelajah tiap lorong yang kelihatan menuju ke laut, kerana Master tak puas hati kenapa tiada pantai di Sungai Besar, sedangkan ia terletak berhampiran laut?

Salah satu lorong yang kami terokai membawa kami ke sebuah kedai makan di tepi laut berdekatan kunci air.

Kedai makan itu dinamakan My Place Cafe at Kunci Air, rupa-rupanya adalah sebuah kedai makan terkenal di dalam Google Maps yang boleh dikatakan tempat menarik di Sungai Besar Selangor. Banyak gambar dan review mengenai kedai makan My Place Cafe at Kunci Air ni dalam Google maka tak perlulah Tedi mengarut sangat, pandai-pandailah baca dan terima ya.


Lokasi

Kami kepilkan Streetview kedai makan My Place Cafe at Kunci Air tersebut, gambar dalam Google Streetview ni gambar lama. Sengaja Tedi sertakan Streetview ni supaya kawan-kawan dapat melihat dulu keadaan di sana dan jalan yang bakal dilalui. Tidaklah nanti sampai je di lorong tu teragak-agak betul ke jalan ni?

 

Pemandangan Senja di My Place Cafe 

Jika anda datang ke mari sekadar nak menikmati makanan yang menyelerakan, mungkin ia akan mengecewakan anda.

Tetapi jika anda ke kedai makan My Place Cafe ni untuk santai-santai menikmati suasana di tepi laut, ia destinasi yang bagus, tambahan di Sungai Besar ni memang sukar untuk kita dapat melihat laut.

Datang awal untuk tempah makanan yang diingini, kerana kakitangan mereka mungkin takkan mampu melayan pesanan yang melambak dengan segera apabila semakin ramai pelanggan membanjiri kedai makan mereka. Mummy kata kedai makan My Place Cafe ini beroperasi seawal 4 petang.

Gambar pemandangan senja dari kedai makan My Place Cafe at Kunci Air
Gambar pemandangan senja dari kedai makan My Place Cafe at Kunci Air. Gambar ini diambil sehari sebelum kami singgah makan di kedai makan My Place Cafe at Kunci Air ni, ketika Master mendapat ilham untuk cuba masuk ke satu lorong yang kelihatan menuju ke laut. Memandangkan dah senja dan ramai orang, Master malas nak terus singgah makan. Manalah tahu Tok Abah pun nak turut serta maka bolehlah kami datang lain kali. # Saturday, 12 September 2020, 19:26 # IMG20200912192632-EFFECTS.jpg # OPPO OPPO Reno2 # 

 

Terjah kedai makan My Place Cafe at Kunci Air

Akhirnya kami terjah juga kedai makan My Place Cafe ni semasa kami dalam perjalanan pulang ke Sepang dari rumah Mak Long di Sungai Besar. Jaraknya cuma dalam 1 kilometer.

Tok Abah, Mak Long, Mak Su dan Ammar turuti kami dengan menaiki kereta Perodua Myvi berwarna ungu milik Mak Su. Mereka hanya minum dan mahu lihat suasana sahaja kerana hari sudah hampir malam dan Tok Abah mahu berjemaah Maghrib di masjid.

Gambar suasana di My Place Cafe menjelang senja.
Kami tiba di kedai makan My Place Cafe, kelihatan sudah ada banyak motosikal dan kereta berada di sana. # Kunci Air JPS. My Place Cafe. WLY 7198. # Sunday, 13 September 2020, 18:30 # IMG_20200913_183014.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A #

 

Harga Shellout

Kedai makan My Place Cafe at Kunci Air ini turut sediakan menu makanan Shellout.

Shellout ni bermaksud buang cengkerang iaitu kita ratah pelbagai jenis makanan laut yang dicampurkan dalam satu hidangan.

gambar harga menu shellout di kedai makan My Place Cafe At Kunci Air
Harga Shellout di My Place Cafe at Kunci Air ialah RM 27 (dua puluh tujuh Ringgit Malaysia sahaja) bagi saiz small 3-4 orang, dan RM 53 (lima puluh tiga Ringgit Malaysia sahaja) bagi saiz big 6-8 orang. # Sunday, 13 September 2020, 18:46 # IMG_20200913_184646 # Xiaomi Redmi Note 5A #

Selamat Tinggal kedai makan My Place Cafe

Setelah puas menjamu selera dan menikmati pengalaman makan di atas benteng penghakis ombak berdekatan kunci air, akhirnya tiba masa untuk kami beredar bergerak pulang ke Sepang, perjalanan yang masih jauh.

Sebelum beredar pulang ke Sepang, Aidan sempat bergambar dengan papan tanda kedai makan My Place Cafe at Kunci Air, konon jadi duta lah tu tapi percuma tanpa bayaran, hihihihi. Aina pula sedang menangis minta aiskrim. Nampak kan peti aiskrim di belakang tu? Hati-hati jauhkan anak anda daripada melihatnya. # Sunday, 13 September 2020, 19:56 # IMG20200913195609.jpg # OPPO OPPO Reno2 #

 


~20200912, 20200913~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih