Semalam Tok Abah bawa kereta Proton Persona 2008 1.6 transmisi manual ke bengkel.

Tujuannya nak tukar pemegang pintu kereta bahagian pemandu yang patah.

gambar pemegang pintu (door handle) kereta Proton Persona SE 2008

Setakat ni sudah tiga pemegang pintu kereta Proton Persona 2008 tersebut yang patah, mungkin kerana sudah reput sesuai dengan usianya yang sudah hampir 10 tahun itu.

Tok Abah tukar pemegang pintu kereta bahagian pemandu dengan harga RM 55 (lima puluh Ringgit Malaysia sahaja), di mana harga itu adalah bagi pemegang pintu kereta dengan warna perak (silver) iaitu sama dengan warna badan kereta Proton Persona 2008 tersebut.