Catatan

[t22a21] Raptai Perkahwinan Pak Teh Izzuddin

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hari ini selain rutin harian biasa, Master telah menghadiri raptai majlis perkahwinan Pak Teh di dewan perkahwinan Royal Palace di SkyTech Tower 2, bangunan sama yang menempatkan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). Mengikut rekod Master bergerak dari rumah sekitar jam  2:46 petang dan tiba di destinasi pada jam 3:10 petang. Memandangkan belum ada yang sampai, Master telah menjamu selera di gerai bersebelah bangunan letak kereta.   Prosedur untuk dapatkan bayaran tempat letak kereta kadar rata (flate rate parking) jika anda menghadiri majlis perkahwinan di Royale Palace Cyberjaya. # BALAI POLIS CYBERJAYA AFFY 4000 TENAGA NASIONAL BERHAD THE CYBERJAYA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG JIKA BERLAKU KEBAKARAN SILA JANGAN GUNAKAN LIF ROYALE PALACE SKYVIEW CYBERVIEW FLAT RATE PARKING RM2 PLEASE PAY AT THE PARKING COUNTER ON YOUR WAY OUT JUST MENTION YOU ARE FROM ROYALE PALACE SKYVIE...

[t22a26] Pertama Kali Gunakan e-Dompet Malaysia MAE untuk Bayar Makan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Pertama Kali Guna MAE untuk Pembayaran Malam ini setelah selesai urusan pengeringan baju budak-budak di Clean Pro Taman Seroja, Master berasa sangat lapar. Oleh itu beliau mencari tempat makan dan kedai makan yang bertuah pada malam ini ialah kedai makan Desa Vista di Salak Business Park. Master tempah hidangan Maggi Goreng Mamak dan minuman Nescafe Tarik yang berharga RM 7.50. Ketika urusan pembayaran Master ternampak ada kod QR untuk pembayaran menggunakan MAE di kaunter pembayaran. MAE adalah salah satu e-dompet Malaysia di bawah syarikat perbankan Maybank. Pada masa ini selalunya Master menggunakan e-dompet Malaysia yang lain untuk pembayaran di kedai iaitu Touch 'n Go e-Wallet selain e-dompet Setel untuk pembelian minyak dan runcit di stesen minyak Petronas. Pada zaman pandemik Covid-19 ini penggunaan wang tunai adalah sangat leceh kerana kita kena keluarkan duit d...

[t22b06] Master terima vaksin penggalak AstraZeneca di Litar Antarabangsa Sepang, sempat tengok latihan pramusim MotoGP

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Sebagai rekod pada 6 Feb bersamaan hari Ahad, Master telah menerima suntikan vaksin penggalak (booster) di Litar Antarabangsa Sepang. Ini adalah kesinambungan kepada  suntikan vaksin Covid-19 dos ke-2  walaupun suntikan vaksin sebelum ini adalah keluaran syarikat Pfizer. Gotong-royong Surau Temujanji adalah pada jam 3:30 petang. Pada sebelah pagi Master telah menyertai gotong-royong membersihkan bangunan kedai untuk dijadikan surau sementara di taman perumahan kami memandangkan rumah yang dijadikan surau sebelum ini telah diduduki oleh tuannya. Pantang larang selepas suntikan vaksin Pegawai di sana menerangkan kepada Master bahawa selepas suntikan vaksin penggalak tersebut adalah penting untuk tidak melakukan kerja-kerja berat, minum banyak air, elakkan makanan berkolestrol, dapatkan tidur yang cukup, dan sediakan Panadol (mungkin maksudnya paracetamol). Gamb...

[t22b10] Mi Smart Band 5 dibeli Master akhirnya sampai

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Master telah membeli satu unit penjejak kecergasan Mi Smart Band 5 atau lebih dikenali sebagai Mi Band 5 melalui portal e-dagang Lazada pada 20220205 yang lalu pada harga RM 78. Akhirnya gajet tersebut diterima Master pada hari ini. Pakej Mi Smart Band 5 ini disertakan dengan 1 unit Mi Band 5, 1 unit pencas magnetik, dan 1 unit manual pengguna. Master teruja untuk menggunakan gajet tersebut tetapi selepas dikeluarkan dari kotak ia tidak memaparkan apa-apa walaupun Master telah menyentuh skrinnya. Master terus memasang kabel pencasan jenis magnetik kepada Mi Band 5 itu tetapi ia tidak paparkan sebarang ikon sedang dicas. Apabila disemak melalui carian Google didapati bahawa ini adalah perkara biasa dan para pengguna perlu cas lebih kurang 10 minit untuk Mi Band 5 berupaya memaparkan sebarang maklumat. Lega hati Master membacanya, ingatkan sudah kena tipu dengan scammer. Se...

[t22a23] Majlis Perkahwinan Pak Teh Izzuddin di Royal Palace Cyberjaya

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Aktiviti kami pada hari ini bermula dengan bersiap-siap memakai pakaian yang sesuai dengan majlis perkahwinan. Tema warna pakaian kami ialah biru muda. Pada jam 10:10 pagi Master memecut ke SkyTech Tower 2 Cyberjaya dari rumah kami di Bandar Baru Salak Tinggi dan kami tiba di sana pada jam 10:30 pagi. Pada jam 11 pagi kami sebagai tuan rumah menjamu selera terlebih dahulu. Rekod daripada gambar menunjukkan bahawa Aidan telah merampas dan mengawal kamera merah jambu seawal jam 11:29 pagi menyebabkan Master kurang mengambil gambar. Pada jam 12:17 tengah hari kelihatan Aidan telah melepaskan kamera merah jambu, ini bermakna mungkin kami telah bergerak duduk di Meja Dome VVIP yang terletak di depan pelamin. Pada jam 12:30 tengah hari, pengantin mula masuk ke dalam dewan. Pada jam 4:00 petang majlis tamat dan dewan dikemas seawal jam 3 lebih. Aina dan Aidan main buai di luar...

[t22b08] Aina Aidan: Jeng Jeng Jeng

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Sudah lama Aidan menonton dan ulang tonton filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng melalui Unifi TV. Tetapi kini kegilaannya menjadi-jadi apabila mendengar lagu Jeng Jeng Jeng tu. Aidan kini memiliki sebuah ukulele, dram dan cermin mata Hello Kitty (kepunyaan kakaknya si Aina) yang dikhususkan untuk kegilaannya kepada lagu Jeng Jeng Jeng tersebut. Ilustrasi gambar Aina dan Aidan beraksi membuat konsert semasa menonton filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Aina duduk bermain dram manakala Aidan berdiri bermain gitar siap pakai cermin mata hitam Hello Kitty lagi. # IMG_20220207_225651.jpg # Xiaomi M2101K7BG # Kepada sesiapa yang berminat untuk beli NFT di atas (tanpa bingkai dan watermark) boleh ke  Aina Aidan - Jeng Jeng Jeng - Rarible | Rarible Filem Jeng Jeng Jeng adalah sebuah filem hybrid animasi dan lakonan sebenar terbitan Les Copaque dan KRU Studio. Ia berkenaan tentang Upin Ip...

[t22a30] Terbang balik Kota Bharu dengan AirAsia melalui KLIA2

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Setelah sekian lama tidak menaiki kapal terbang kerana wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, akhirnya kami menaiki kapal terbang AirAsia untuk pulang bercuti di Kelantan sempena cuti Tahun Baru Cina 2022. Kandungan Menaiki ERL dari Salak Tinggi ke KLIA2 ,  E-boarding tak boleh guna di KLIA2 ,  Beg diukur dan ditimbang di KLIA2 ,  Pengalaman pertama Aidan menaiki kapal terbang ,  Beg muntah sudah tidak disediakan ,  Senarai harga tambang teksi dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu   Menaiki ERL dari Salak Tinggi ke KLIA2 Kami seperti kebiasaan ketika menaiki kapal terbang, sekali lagi meletakkan kereta di Stesen ERL Salak Tinggi sebelum menaiki ERL ke Stesen ERL KLIA2. Jaraknya dekat sahaja iaitu cuma 2 stesen. ERL akan berhenti di Stesen ERL KLIA dan kemudian Stesen ERL KLIA2. Jadi jangan terburu-buru keluar, sila pastikan n...

Popular