بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Master telah membeli satu unit penjejak kecergasan Mi Smart Band 5 atau lebih dikenali sebagai Mi Band 5 melalui portal e-dagang Lazada pada 20220205 yang lalu pada harga RM 78.

Akhirnya gajet tersebut diterima Master pada hari ini.

Pakej Mi Smart Band 5 ini disertakan dengan 1 unit Mi Band 5, 1 unit pencas magnetik, dan 1 unit manual pengguna.

Master teruja untuk menggunakan gajet tersebut tetapi selepas dikeluarkan dari kotak ia tidak memaparkan apa-apa walaupun Master telah menyentuh skrinnya.

Master terus memasang kabel pencasan jenis magnetik kepada Mi Band 5 itu tetapi ia tidak paparkan sebarang ikon sedang dicas.

Apabila disemak melalui carian Google didapati bahawa ini adalah perkara biasa dan para pengguna perlu cas lebih kurang 10 minit untuk Mi Band 5 berupaya memaparkan sebarang maklumat.

Lega hati Master membacanya, ingatkan sudah kena tipu dengan scammer.

Sementara menanti Mi Band 5 itu dicas, Master install aplikasi Mi Fit ke dalam telefon pintar Xiaomi Redmi Note 10S dan ubah tetapan apa yang patut.

Setelah bateri Mi Band 5 itu dicas 20%, Master mula hubungkannya dengan telefon pintar xiaomi Redmi Note 10S. setelah berjaya dihubungkan lebih banyak tetapan dapat dibuat salah satunya ialah menukar paparan pada muka Mi Band 5 tersebut. Master juga kemaskini firmware Mi Band 5 menggunakan aplikasi Mi Fit tersebut.

Gambar Mi Band 5 yang sedang dikemaskini melalui aplikasi Mi Fit
# IMG_20220210_162020.jpg # Xiaomi M2101K7BG #

Alhamdulillah, walaupun dibeli dengan harga bawah RM 100, paparan Mi Band 5 tersebut bukan biasa-biasa, ada banyak pilihan boleh dibuat. Harga Mi Band 5 ini jatuh kerana pada masa ini Mi Band 6 yang lebih canggih telah berada di pasaran Malaysia.

 


Kenapa beli Mi Band 5?

Semasa mencari penjejak kecergasan yang sesuai Maste mencari alat yang boleh merekod 3 perkara iaitu bilangan langkah, degupan jantung, dan juga kualiti tidur.

Banyak penjejak kecergasan dan jam pintar di pasaran aygn boleh melakukan 3 tugas tersebut, jadi Master memilih pula harga paling murah.

Banyak juga penjejak kecergasan yang lebih kurang sama harga dengan Mi Band 5 tetapi jenama Mi memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Antara jenama lain yang terkenal ialah Huawei tetapi Master tak mahu ambil risiko jika ia tidak dapat dihubungkan dengan Google Fit.

Jika tambah duit lebih sedikit sahaja sebenarnya Master sudah boleh beli jam pintar contohnya dari jenama Amazfit yang merupakan pengeluar Mi Band juga, tetapi Master tidak suka pakai jam tangan dan Master nak pakai dengan lasak iaitu untuk dipakai ketika tidur. Kalau beli jam pintar cantik dan mahal, sanggup nak dipakai ketika tidur? Kalau tak pakai ketika tidur, macam mana nak rekod degupan jantung dan juga kualiti tidur? Tak praktikal langsung, biarlah orang lain melawa dan megah dengan jam pintar mereka, Master cuma nak pakai biasa-biasa sahaja..

Tetapi jangan pandang rendah Mi Band 5 ni, rupa-rupanya ia boleh juga buat macam-macam tugas seperti menjadi alat kawalan jauh kamera telefon, boleh keluarkan notifikasi untuk macam-macam hal, boleh semak cuaca dan lain-lain, itu kalian bacalah sendiri, Master cuma nak gunakan biasa-biasa sahaja.


~20220210~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih