بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Sebagai rekod pada 6 Feb bersamaan hari Ahad, Master telah menerima suntikan vaksin penggalak (booster) di Litar Antarabangsa Sepang.

Ini adalah kesinambungan kepada suntikan vaksin Covid-19 dos ke-2 walaupun suntikan vaksin sebelum ini adalah keluaran syarikat Pfizer.


Gotong-royong Surau

Temujanji adalah pada jam 3:30 petang.

Pada sebelah pagi Master telah menyertai gotong-royong membersihkan bangunan kedai untuk dijadikan surau sementara di taman perumahan kami memandangkan rumah yang dijadikan surau sebelum ini telah diduduki oleh tuannya.


Pantang larang selepas suntikan vaksin

Pegawai di sana menerangkan kepada Master bahawa selepas suntikan vaksin penggalak tersebut adalah penting untuk tidak melakukan kerja-kerja berat, minum banyak air, elakkan makanan berkolestrol, dapatkan tidur yang cukup, dan sediakan Panadol (mungkin maksudnya paracetamol).

Gambar menunjukkan suasana di Stesen 4 - Suntikan Vaksin di mana Master menunggu giliran untuk disuntik vaksin Asta Zeneca. Sebenarnya hanya ada Master seorang pada masa ini.
# IMG_20220206_160905.jpg # Xiaomi M2101K7BG # Sepang International Circuit #

 


Master menonton latihan pramusim pasukan MotoGP

Kebetulan pada hari itu pasukan MotoGP hadir ke Litar Antarabangsa Sepang untuk menguji motosikal mereka, maka Master ambil peluang untuk menyaksikan sendiri dengan mata kepala bagaimana perlumbaan MotoGP berlangsung di litar lumba.

Kemasukan adalah percuma, tetapi hanya grandstand sahaja dibuka kepada penonton, manakala orang ramai yang menonton dari kawasan berbukit kelihatan telah dihalau oleh pengawal keselamatan. Suasana agak kecoh dengan perang mulut di antara penonton dan pengawal keselamatan sehingga akhirnya Polis hadir membunyikan siren. Pada masa itu Master telah beredar jadi tak tahulah apa yang berlaku.

Penonton yang menonton dari kawasan bukit itu beralasan bahawa kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke tempat duduk utama, manakala pengawal keselamatan itu mungkin punyai alasan tersendiri, jika tiada arahan masakan dia nak menghalau para penonton tempatan itu.

Tedi faham perasaan penonton tempatan itu, mereka tentunya teruja dapat masuk ke litar bertaraf antarabangsa seperti itu dan menyaksikan bagaimana motosikal lumba beraksi, jika nak beli tiket pada hari perlumbaan tentulah harganya mahal. Apa guna ada litar antarabangsa tetapi warga Malaysia sendiri tak masuk melihatkan kemegahannya, hanya melihat gambar dalam TV atau laman web sahaja.

Master pun tak pernah masuk ke kawasan Litar Antarabangsa Sepang itu malahan melihat pondok pengawalnya sahaja sudah cukup membantutkan hasrat untuk memasukinya.

Tetapi rupa-rupanya dalam kawasan Litar Sepang itu ada Muzium Automatif Nasional yang boleh dimasuki tanpa bayaran. Malahan ada tempat meletakkan kereta dalam kawasan kompleks litar lumba itu.

 


Ambil jus nanas di Seksyen 7 Bangi

Pada sebelah malamnya kami sekeluarga ke seksyen 7 Bangi untuk ambil jus nanas daripada kawan Mummy.

Suami kawan Mummy itu adalah pengusaha tanaman nanas di Johor.

 


Master tidak dapat tidur

Sekitar jam 2-3 pagi barulah Master mula membaringkan diri setelah menguruskan Aidan yang belum tidur, dan juga kakaknya Aina yang tiba-tiba muntah di atas tilam.

Malangnya Master tidak dapat melelapkan mata kerana berasa tidak selesa di bahagian bawah badan, sama keadaannya seperti selepas suntikan vaksin kedua dahulu yang mengambil masa beberapa hari untuk Master pulih sepenuhnya [T21H11 Jam Pintar Fossil Sampai dan Master Akhirnya Pulih?].


~20220206~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih