بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Pertama Kali Guna MAE untuk Pembayaran

Malam ini setelah selesai urusan pengeringan baju budak-budak di Clean Pro Taman Seroja, Master berasa sangat lapar. Oleh itu beliau mencari tempat makan dan kedai makan yang bertuah pada malam ini ialah kedai makan Desa Vista di Salak Business Park.

Master tempah hidangan Maggi Goreng Mamak dan minuman Nescafe Tarik yang berharga RM 7.50.

Ketika urusan pembayaran Master ternampak ada kod QR untuk pembayaran menggunakan MAE di kaunter pembayaran. MAE adalah salah satu e-dompet Malaysia di bawah syarikat perbankan Maybank.

Pada masa ini selalunya Master menggunakan e-dompet Malaysia yang lain untuk pembayaran di kedai iaitu Touch 'n Go e-Wallet selain e-dompet Setel untuk pembelian minyak dan runcit di stesen minyak Petronas.

Pada zaman pandemik Covid-19 ini penggunaan wang tunai adalah sangat leceh kerana kita kena keluarkan duit di mesin ATM dan akhirnya duit itu akan habis juga kemudian kita kena pergi keluarkan semula di mana meningkatkan risiko kita terdedah kepada virus Covid-19 ni.

Jadi penggunaan e-dompet seperti MAE ini memudahkan urusan kita kerana tak perlu susah-susah beratur keluarkan wang tunai, bayar sahaja menggunakan transaksi atas talian.

Berbalik kepada cerita Master menggunakan MAE tadi, tiada baki dalam e-dompet MAE beliau, tetapi beliau dapat tambah duit ke akaun MAE melalui aplikasi MAE itu sendiri. Pindahan dari akaun Maybank2U ke akaun MAE. Nasib baik tiada orang beratur nak bayar dan penjaga kaunter pun bersemangat kesukanan turut mengucapkan tahniah kepada Master kerana berjaya menggunakan MAE buat pertama kali.

Selepas tambah nilai dalam akaun, Master cuma imbas kod QR menggunakan aplikasi MAE dan masukkan jumlah yang perlu dibayar. Sebaik sahaja transaksi berjaya,, Master tunjukkan kepada penjaga kaunter resit pembayaran yang dipaparkan dalam telefon pintar.


Master ke Pejabat untuk Perjumpaan Jabatan

Pemandangan di sekitar pejabat Master di tingkat 4.
# IMG_20220126_115607.jpg # 20220126 # Xiaomi M2101K7BG #

Sebagai rekod pada siang tadi Master telah ke pejabat beliau di Cyberjaya kerana ada perjumpaan jabatan setelah hampir 2 tahun tiada perjumpaan fizikal diadakan kerana wabak Covid-19.

Macam-macam masalah Master hadapi hasil daripada lamanya beliau tidak ke pejabat iaitu:

  1. pas bulanan tempat letak kereta tamat tempoh - nasib Master boleh ambil tiket dan kemudian ke pejabat tempat letak kereta untuk urusan pembaharuan.
  2. kad akses pejabat tidak dapat digunakan -  nasib baik Master masih boleh gunakan cap jari telunjuk kanan.
  3. akaun komputer riba dikunci - terjadi kerana Master masukkan kata laluan lama sedangkan komputer riba telah kemaskini kata laluan baru sebaik sahaja bersambung dengan rangkaian pejabat.

Keringkan Baju Budak-budak di Clean Pro Taman Seroja

Sebagai rekod Master ke kedai dobi Cleanpro Taman Seroja untuk keringkan baju yang baru dibasuh sekitar jam 10 malam, kerana Aina perlukan pakaian seragam sekolah beliau.


~20220126~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih