Keluar dari Tesco, kami terserempak dengan seorang pakcik ni.

Dia jual Kelapa Jelly RM1. Pada mulanya kami tak perasan sangat tapi selepas faham apa yang pakcik tu promosikan, kami berhenti sekejap.

"Nak beli ke bang?" tanya Mommy kepada Master.

"Belilah dua" cadang Master.

Bukan nak minum sangat pun, kalau benarlah kelapa jelly tu sejenis minuman.

Bukan nak makan sangat pun, kalau benarlah kelapa jelly tu sejenis makanan.

Tapi nak kongsi rezeki dengan pakcik tu yang nampaknya tidak meminta-minta, dan berniaga tanpa memaksa.

Tengok-tengok Mommy beli 5, saja je nak tolong pakcik tu berniaga.

Ketika kami dalam kereta, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ke jalan utama, pakcik tu melintasi kami dengan motosikalnya.

Mungkin dia pulang untuk bersiap menunaikan solat Maghrib berjemaah. Tak tahu kenapa, tapi itulah yang terlintas di hati Tedi.

Balik rumah Tok Abah, Tedi cuba makan, wah manisnya kelapa jelly tu, sama manis macam sumi di pasaran.

Mungkin lidah Tedi sudah semakin tawar hasil minum air Cuckoo selama ini.. hik hik..


20160522