Sempena melancong ke negeri Melaka kali ini, Mummy ajak beli Klebang Original Coconut Shake.

Tempat ni terkenal dan ramai orang sanggup beratur untuk mendapatkan minuman Coconut Shake di sini.

Gambar:
Pintu gerbang ke tempat letak kereta Klebang Original coconut Shake
Teks:
WALL's Klebang Original Coconut Shake. Selamat Datang (pintu masuk). Dilarang masuk (pintu keluar).
Waktu berniaga Isnin - Ahad 11:00 pagi hingga 6:30 petang.
Bila: 2016-05-02 jam 14:22 hari Isnin
Kamera: telefon pintar Sony D2533
Lokasi: 5, 75200 Klebang, Melaka, Malaysia

Memang ramai orang di sini. Ada dua kedai yang satu resoran yang sebuah lagi jual coconut shake sahaja di tepi jalan. Ramai orang beratur nak beli coconut shake ni.

Gambar: Orang ramai sedang beratur untuk beli Klebang Original Coconut Shake.
Peristiwa: Mummy beratur nak beli coconut shake.
Kamera: telefon pintar Sony D2533
Bila: 2016-05-02 jam 14:24 hari Isnin.

Lokasi: 5, 75200 Klebang, Melaka

Nak tiba ke gerai jual coconut shake tu sekali Mummy nampak ada kedai jual Putu Bambu Durian Mek pula... apa lagi pergi singgah sana dahulu tetapi pastikan tempat anda beratur ada orang yang jaga...

Gambar: senarai harga pencuci mulut Putu Bambu Durian Mek.
Teks: pandan RM 3, Durian RM 3.50, Campur RM 3.50, Special Pandan RM 3.50, Special Durian RM 4.00.
Hari ini bayar cash... esok boleh hutang.
Bila: 2016-05-02 jam 14:54 hari Isnin
Kamera: telefon pintar Sony D2533
Lokasi: 6684+84 Klebang Besar, Melaka
Gambar: senarai harga produk di Coconut Shake Klebang Original.
Teks: kaunter bungkus take away. Coconut Shake Biasa RM 2.50, coconut Shake Special RM 2.70, Air Kelapa Muda Cup RM 1.70, Air Kelapa Muda Sebiji RM 3.50.
Bila: 2016-05-02 jam 15:31 hari Isnin
Kamera: telefon pintar Sony D2533
Lokasi: 6684+84 Klebang Besar, Melaka
Gambar: segelas Klebang Original Coconut Shake
Teks: ~
Peristiwa: misi sudah selesai untuk mencuba Klebang Original Coconut Shake, tiba masa bergerak ke destinasi seterusnya.
Bila: 2016-05-02 jam 15:38 hari Isnin
Kamera: telefon pintar Sony D2533
Lokasi: 6684+84 Klebang Besar, Melaka

Adakah berbaloi untuk beratur membeli Klebang Original Coconut Shake? Hanya Mummy sahaja dapat menjawabnya. Bagaimana dengan kawan-kawan? Pernah mencuba Klebang Original Coconut Shake di Klebang Besar di Melaka di Malaysia?

Ini lokasinya jika belum mencuba dan mahu mencuba...

 20160502