Minggu lepas, 27-Jun, Master pergi hantar kereta untuk diganti minyak hitam dan minyak gear.


  • Seperti biasa apabila ditanya minyak jenis apa untuk digunakan, Master akan jawab "guna minyak fully synthetic".
  • Tapi kali itu, Master ditanya lagi, "nak guna fully synthetic yang mana?"
  • Rupa-rupanya di kedai itu ada 2 jenis minyak hitam sintetik penuh, iaitu Synthium 1000 yang biasa digunakan Master, dan Syntium 3000 yang Tedi tak pernah dengar.
  • Mekanik tu kata, "Syantium 3000 lebih bagus, minyak dia lebih nipis, jadi performance kereta lebih bagus" yang mana Tedi tak berapa nak faham, kerana bagi Tedi, lebih tebal minyak lah lagi bagus sebab lebih banyak perlindungan terhadap enjin kereta.
  • "Berapa ringgit?", tanya Master sebelum membuat keputusan terakhir.
  • "225 sahaja bos"
  • Memandangkan harga minyak itu lebih mahal 25 ringgit sahaja berbanding minyak Syntium 1000 yang selalu digunakan, Master memilih untuk mencubanya sejauh 7000 (tujuh ribu) kilometer perjalanan atau 2 hingga ke 3 bulan.
  • Harga minyak Syntium 1000 adalah RM 200 dan Syntium 3000 pula RM 225.

Mungkin pilihan yang tepat.

  • Menggunakan minyak hitam itu, memang terasa perbezaannya, di mana Proton SAGA BLM 1.3 MT milik Mommy tu kini memecut lebih cepat berbanding sebelumnya. Lebih cepat tidak semestinya lebih laju, tapi kereta terasa seolah lebih ringan.
  • Itu baru pada Proton SAGA BLM,kalau pada kereta lebih mahal, mungkin lebih bagus? Atau mereka memang gunakan minyak yang lebih mahal?
  • Memecut itu maksudnya dari keadaan pegun (tak bergerak) kepada bergerak, atau dari kelajuan perlahan kepada laju. Terasa macam kereta terus bertindak balas dengan tekanan pada pedal minyak, kalau sebelum ini dia macam lambat sikit bertindak balas.
  • Tapi Tedi belum teruja sepenuhnya kerana kali itu Master tukar minyak hitam dan minyak gear, maka tidak dapat dipastikan minyak mana yang menyumbang kepada prestasi tersebut.
  • Cuma seingat Tedi sebelum ini pun kalau tukar minyak gear, kereta tidaklah sepantas itu bertindakbalas, cuma gear akan terasa lebih licin dan ringan.
  • Prestasi minyak Syntium 3000 ni memang terasa semasa memecut, tapi ketika kereta pada kelajuan tinggi, Tedi tak perasan pula perbezaannya, mungkin hanya pemandu saja boleh merasainya.
  • Selama ini Tedi tak tahu pula minyak enjin boleh meningkatkan prestasi kereta kerana bagi Tedi ia memang berguna melindungi enjin kereta.

Tak pernah dengar pasal Syntium 3000 pun sebelum ni?


5 Julai 2015

Label :

  • minyak fully 3000