16-September 10:00 pagi ,Kosmopleks.

Tedi ikut Master hantar kereta Proton SAGA BLM 1.3 Manual Transmission IAFM ke sebuah bengkel di Kosmopleks di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia.

Destinasi kami pada kali ini adalah bengkel SY Tyres And Services di alamat No. 23, Jalan 10, Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor.

Nombor telefon 012-2522435.

Hajat kami adalah untuk menukar minyak gear transmisi manual kereta Proton SAGA BLM tersebut.

pergi tukar minyak gear manual SAGA BLM di SY TYRES AND SERVICES di Salak Tinggi

Harga Tukar Minyak Gear Manual: RM 45

Bila ditanya berapakah harga ganti minyak gear manual SAGA BLM, mekanik kata RM 45 sahaja. Master jadi keliru dan tanya lagi jika dua botol diperlukan iaitu bermaksud jumlah harga tukar minyak gear SAGA BLM tu menjadi RM 90?

Tidak. Itu jawapan mekanik. Hanya RM 45 sahaja kerana mereka gunakan kaedah pam.

Master tak faham apa maksud mekanik tu tapi dia tidak kisah asalkan harganya RM 45 sahaja. Selalunya kalau kami ke pusat servis Proton, mereka akan gunakan dua botol minyak gear yang berharga RM 45 setiap satu botol.

Selepas tu Master suruh mekanik periksa kenapa tingkap auto kereta Proton SAGA BLM kami itu tidak berfungsi di mana suisnya tersangkut (stuck).

Kemudian kami ke Restoran Ketereh untuk sarapan pagi.

Harga Suis Power Window SAGA BLM: RM 120

Bila kami ke bengkel itu semula, kereta Proton SAGA BLM kami itu dah siap ditukar minyak gear manual tapi masih tidak dibaiki suis tingkap automatiknya kerana mekanik mahukan kepastian daripada Master untuk menukar suis yang berharga RM 120 itu.

Terkejut juga Master dibuatnya. Duit ada RM 200 aja. Nak makan apa lepas ni?

Selepas Master bertanya kepada pak lang Epul perihal harga suis tingkap auto SAGA BLM dan diiyakan oleh pak lang Epul yang harga itu memang macam tu dalam pasaran, Master pun bersetuju duitnya terbang.

Jumlah keseluruhan adalah RM 165.

Kilometer semasa ialah 243547 kilometer Dan minyak gear kereta manual perlu ditukar dalam 30000 (tiga puluh ribu) kilometer.

Service seterusnya ialah pada 273000 kilometer.

Lokasi SY Tyres and Services:

20171116 10:00