بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Cermin depan kereta Proton Persona 2009 kami retak teruk jugalah, hasil pelanggaran dengan seketul batu kecil, akhirnya ia mula merebak.

Salah satu pilihan yang Master ada ialah membuat tuntutan insurans untuk membaiki cermin depan kereta Proton Persona tersebut. Nilai perlindungan insuran untuk cermin kereta Proton Persona itu ialah RM 600 menggunakan khidmat Takaful Ikhlas.

Jadi setakat ni Master belum menemukan pembaiki yang sesuai, tetapi dah ada beberapa calonnya.

Landmark Windscreen Sdn Bhd

Kedai ni terletak di Restoran Dapur Tengku di mana kami selalu juga singgah makan.

Mulanya Master tanya boleh baiki atau tidak keretakan pada cermin hadapan kereta Proton Persona tu. Dia tengok dan tilik, katanya baik ganti je terus cermin tu. Nanti baiki, rosak balik, buang duit sahaja. Baiki pun mahal juga, lebih baik digantikan sahaja. Buang yang keruh, ambil yang jernih... eh.

Sambil-sambil tu Master sempat temuduga pemilik bengkel ni sama ada boleh buat tuntutan insurans Takaful Ikhlas di sana. Katanya boleh, sekali dengan tinted RM 600. Erm...

Kalau mahu, boleh WhatsApp kepada dia semua dokumen yang berkenaan seperti jaminan insurans, kad pengenalan pemilik, dan apa lagi Tedi tak ingat. Tanya dia semula lah kalau nak gunakan khidmat dia. Kalau nak berasa lebih selamat, boleh saja cetak sendiri semua dokumen tu dan serahkan kepadanya.

Okay, kita masukkan bengkel cermin kereta ni dalam senarai pendek, ada jodoh bersua nanti.

Ini bengkel Cina, Master tiada masalah dengannya tapi kalau nak pahala lebih bermuamalatlah dengan muslimin muslimat, ye tak. Kurang-kurang mungkin pemilik bengkel tu membayar zakat atau bersedekah dengan rezeki yang dia dapat.

Belum jumpa lagi bengkel Muslim, tapi mesti ada di luar sana.

Kedai baiki cermin kereta. Landmark Windscreen Sdn Bhd. Rick 016-2280822. FB LandmarkWindscreen. www.landmarkwindscreen.com. Address: PT 9707 Ground Floor, Jalan BBN 1/3C, Putra Point 2A, 71800 Nilai, Negeri Sembilan,
We provide all the service: windscreen repair, windscreen replacement, windscreen claim for insurance, headlamp polish, windscreen polish, exchange clear glass to dark glass, mobile service door to door, tinted.
# Thursday, 4 July 2019, 16:58 # 20190704 # IMG_20190704_165748-COLLAGE.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A #