Langkau ke kandungan utama
Tazkirah Subuh 29 Ramadhan
"Rupa-rupanya hari ini mungkin Ramadhan terakhir pada tahun ini. Tedi baru perasan apabila terdengar tazkirah subuh daripada corong pembesar suara di masjid depan rumah tok" - Tedi.
Hari Raya manakah lebih besar? Eidil Fitri atau Eidil Adha?
- Eidil Adha adalah lebih utama berlipat kali ganda:
- takbir Eidil Adha adalah selama 4 hari,
- manakala takbir Eidil Fitri pula hanya dari waktu Maghrib selepas Ramadhan sehingga solat sunat.
Eidil Fitri VS Jumaat
- Mandi sunat
- Mandi sunat Eidil Fitri disunatkan kepada semua walaupun manusia tersebut tidak akan bersolat sunat Eidil Fitri.
- Mandi sunat Jumaat sunat kepada mereka yang akan menunaikan Solat Jumaat.
- Solat
- Solat sunat Eidil Fitri hukumnya sunat muakkad. Malahan kaum wanita yang haid juga digalakkan hadir untuk mendengar khutbah.
- Solat fardhu Jumaat diwajibkan kepada orang lelaki sahaja.
Jika terlewat sampai dan imam telah bertakbir sebanyak 5 kali daripada 7 kali, perlukah kita ganti?
- Tak perlu sebab imam yang menanggung takbir sunat itu.
- Manakala dalam solat jenazah pula, wajib digantikan takbir yang ketinggalan.
Hukum berkongsi raya dengan perayaan kaum kuffar.
- Tak boleh kerana kita menyamakan taraf Hari Raya kita dengan perayaan mereka.
Ulasan